VO2 maksimum bermaksud Kadar tertinggi penyerapan oksigen semasa latihan maksimum.
Seiring dengan peningkatan intensiti latihan demikian juga
pengambilan oksigen. Namun, satu tahap akan tiba di mana intensiti latihan terus meningkat tanpa peningkatan pengambilan oksigen. Untuk memahaminya, lihat rajah
berikut:
Bahagian pengambilan oksigen mendatar menunjukkan VO2
maksimum atau kapasiti maksimum aerobik individu. Hal ini dianggap penunjuk
terbaik dari daya tahan jantung dan kecekapan aerobik. Namun, lebih sebagai
penunjuk potensi aerobik seseorang atau limit penentu kejayaan dalam acara yang
memerlukan stamina.
Antara perkataan lain yang biasa mengantikan VO2 maksimum
adalah kuasa aerobik, kapasiti aerobik dan pengambilan oksigen maksimum. VO2
maksimum biasanya relatih terhadap berat badan kerana oksigen dan keperluan
tenaga relatif terhadap saiz berbeza. Ia juga relatif terhadap luas permukaan
badan dan juga perbezaan jantina. Unit pengukuran VO2 maksimum adalah
ml/kg/min.
Satu kajian yang dijalankan terdahap budak lelaki berusia 12
hingga 20 tahun yang mana separuh daripada mereka dilatih manakala separuh lagi
tidak dilatih tetapi aktif. Hubungan berat badan tidak ada perbezaan dalam VO2
maksimum yang ditemui antara kumpulan menyarankan latiha yang tidak menjejaskan
pengambilan oksigen maksimum. Namun, bila VO2 maksimum itu dinyatakan relatif
terhadap luas permukaan badan, ada perbezaan antara kumpulan dan pengambilan
oksigen maksimum meningkatkan kadar latihan.
Genetik juga memainkan peranan utama dalam VO2 maksimum
seseorang dan keturunan mungkin membezakan sehingga 25-50% perbezaan antara
individu. VO2 maksimum tertinggi yang pernah direkodkan adalah 94 ml/kg/min
pada lelaki dan 77 ml/kg/min pada perempuan yang mana kedua-duanya adalah
pemain ski.
Perempuan tidak terlatih biasanya mempunyai penyerapan
oksigen maksimum 20-25% lebih rendah berbanding lelaki yang tidak terlatih.
Namun, perempuan yang terlatih jika dibandingkan dengan lelaki terlatih, hanya
10% lebih rendah. VO2 maksimum boleh digunakan untuk mengira masa pembakaran
lemak.
Latihan dan VO2 Maksimum
Untuk orang biasa, latihan pada tahap 75% daripada kadar
nadi maksimum selama 30 minit 3 kali seminggu selama 6 bulan boleh meningkatkan
VO2 maksimum sekitar 15-20 %. Namun ada kes dilaporkan peningkatan dari 4-93%.
Diantara kumpulan orang yang mengikuti protokol latihan yang
sama, ada yang dapat hasil besar dan ada yang dapat hasil sikit. Kajian
menunjukkan bahawa genetik memainkan peranan dalam setiap individu. Di Malaysia
kita dapat lihat kesan yang lebih besar pada bangsa india yang mana memonopoli
kebanyakan aktiviti seperti marathon.
Peningkatan VO2 maksimum bergantung pada titik permulaan.
Bagi individu yang bermula dengan kurang potensi mungkin ada peningkatan besar
dan untuk atlet mungkin kurang. Ini disebabkan limit seseorang. Bila mencecah
tahap mendatar, seseorang itu masih boleh memperbaik VO2 maksimumnya lagi
dengan latihan yang berubah.
Latihan bebanan dan latihan intensif ‘burst-type’ anaerobik
mempunyai sedikit kesan pada VO2 maksimum. Latihan bebanan sahaja tidak
meningkatkan VO2 maksimum kecuali jika dikurangkan rehat di antara set. Latihan
yang cukup diperlukan untuk mencapai batas atas VO2 maksimum, namun juga perlu
dijaga dengan kekerapan latihan. Jika tidak, ia akan kembali merosot. Ketika
mencecah tahap maksima VO2, individu tersebut boleh mengurangkan latihan ke 60%
selama 15-21 hari. Jangka masa penurunan tanpa aktiviti adalah sekitar 24-48
jam berbanding kesan anaerobik sekitar 5 hari.
VO2 Maksimum sebagai Prediktor Prestasi
Untuk atlet, VO2 maksimum bukanlah ramalan yang baik
mengenai prestasi. VO2 maksimum boleh diambil sebagai kelajuan seseorang atlet
dalam berjalan, basikal atau berenang. Dua atlet mungkin mempunyai tahap yang
sama kuasa aerobik tetapi seseorang boleh mencapai VO2 maksimum meraka pada
kelajuan 20 km/jam dan yang lainnya 22 km/jam.
Sementara VO2 maksimum boleh menjadi prasyarat untuk
prestasi dalam aktiviti stamina tinggi, penanda lain termasuk ‘lactate
threshold’. Sekali lagi, kelajuan di ambang laktat lebih penting daripada nilai
sebenar itu sendiri.
Faktor-faktor yang Mempengaruhi VO2 Maksimum
Ada banyak faktor fisiologi yang menentukan VO2 maksimum.
Ada dua teori besar. Teori pertama berpendapat bahawa kapasiti aerobik dibatasi
oleh kurangnya enzim oksidatif yang cukup dalam mitokondria. Ini adalah
kemampuan badan untuk menggunakan oksigen yang ada dengan kapasiti aerobik. Ini
ditambah dengan perbezaan meningkat antara kepekatan darah arteri dan vena
oksigen.
Teori kedua menunjukkan bahawa kapasiti aerobik terhad tidak
dominan oleh penggunaan tetapi oleh kemampuan sistem kardiovaskular untuk
memberikan oksigen ke rangkaian yang memerlukan. Penyokong teori ini dengan
peningkatan isipadu darah, keluaran jantung maksimum (peningkatan stroke
volume) dan peredaran yang lebih baik ke otot-otot menjelaskan perubahan VO2
maksimum dengan latihan.
Menentukan VO2 Maksimum
VO2 maksimum dapat ditentukan melalui beberapa penilaian
fizikal. Ujian ini boleh secara langsung atau tidak langsung. Ujian langsung
memerlukan peralatan canggih utuk mengukur volume dan konsentrasi gas inspirasi
dan udara keluar. Ada banyak protokol yang digunakan pada treadmill, kitaran
ergometer, dan peralatan sukan yang lain untuk mengukur VO2 maksimum.
Salah satu yang paling umum adalah protokol Bruce yang
sering digunakan untuk ujian VO2 maksimum pada atlet atau pesakit-pesakit
jantung yang berisiko tinggi.
Ujian tidak langsung jauh lebih banyak digunakan oleh
pelatih kerana memerlukan sedikit atau tidak ada peralatan yang mahal. Ada
ujian langsung yang digunakan untuk menganggarkan VO2 maksimum. Contohnya
termasuk ujian bleep, 12 minit berjalan dan ujian lari 1.5 batu.
VO2 Maksimum di Ketinggian
VO2 maksimum menurun seiring dengan bertambahnya ketinggian
di atas 1600m (5249ft). Untuk setiap 1000m (321ft) di atas itu, turun oksigen
maksimum sekitar -11%. Sesiapa yang mengandungi VO2 maksimum lebih rendah
daripada 50 ml/kg/min akan berjuang untuk tahan hidup di puncak gunung Everest
tanpa oksigen tambahan.
Penurunan ini disebabkan oleh penurunan keluaran jantung
maksimum. Keluaran jantung adalah produk dari denyutan jantung dan stroke
volume. Stroke volume menurun kerana penurunan isipadu darah dalam plasma.
Denyutan jantung juga menurun dan hasilnya oksigen kurang dalam darah.
Kesan Penuaan pada VO2 Maksimum
VO2 maksimum menurun dengan peningkatan usia. Purata
penurunan secara umum sekitar 1% setiap tahun atau 10% pada dekad selepas usia
25. Satu kajian berskala besar menunjukkan penurunan 0.46 ml/kg/min setiap
tahun untuk lelaki (1.2%) da 0.54 ml/kg/min untuk wanita (1.7%).
Namun, penurunan tidak semestinya kerana proses penuaan. VO2
maksimum juga relatif dengan berat badan. Jika berat meningkat mengikut usia,
kecergasan aerobik akan semakin berkurang. VO2 maksimum menurun. Latihan boleh
melambatkan penurunan VO2 maksimum tetapi menjadi kurang berkesan selepas usia
50 tahun.