Semua tenaga yang kita gunakan samada untuk bersenam,
bermain, tidur atau aktiviti-aktiviti lain berasal dari tiga kelas makronutrien
iaitu karbohidrat, lemak dan protein. Ketiga-tiga nutrisi ini penting bukan
hanya sebagai bahan bakar tatapi juga untuk keseluruhan kesihatan.
Karbohirat dalam jumlah berat yang sama menghasilkan tenaga
yang paling sedikit. Namun ia adalah jenis yang paling penting sebagai bahan
bakar untuk latihan dan aktiviti lain.
Untuk latihan masa pendek seperti berlari pecut, karbohidrat
sahaja yang merupakan bahan bakar yang mampu membekalkan tubuh tenaga dalam
kadar yang cepat. Dalam beberapa minit yang pertama apa-apa aktiviti,
karbohirat adalah sumber yang paling penting untuk memenuhi keperluan tenaga.
Kemampuan untuk melakukan aktiviti sama pada masa seterusnya bergantung pada
sumber simpanan karbohidrat dalam bentuk glikogen di otot.
Walaupun tubuh kita tidak menggunakan lemak untuk kegiatan
yang berintensiti rendah tetapi karbohidrat menjadi mangkin untuk pembakaran
lemak. ‘Karbohidrat penting dalam pembakaran lemak’. Karbohidrat juga memainkan
peranan penting dalam fungsi sistem sarat pusat. Otak misalnya menggunakan
glukosa sebagai bahan bakar untuk beroperasi secara efisian.
Adakah diet mempengaruhi simpanan glikogen dalam otot?
Kebanyakan orang mempunyai sekitar 2000 kalori daripada
glikogen tersimpan dalam otot. Tidur dalam lingkungan 8 jam dengan disertai
dengan diet rendah karbohidrat dapat menurunkan secara dramatik simpanan
glikogen ini. Ini dapat dilihat bila mana seseorang itu diet ‘tak makan nasi’.
Badan dia akan mengecut dan nampak kecil tapi adakah lemak yang turun?
Secara
umumnya badan badan manusia normal, mampu menyimpan sekitar 15g karbohidrat utk
1 kilogram berat badan. Jadi mereka yang mempunyai berat 100kg berpotensi
menyimpan sehingga 1500g karbohidrat atau bersamaan dengan 6000 kalori. 1g
karbohirat membekalkan 4 kalori.
Ada beberapa jenis karbohidrat. Dalam diet penting untuk
kita memahami jenis karbohidrat, yang mana boleh diambil dan patut kurangkan,
bila nak ambil dan memahami pengaruh karbohidrat pada tubuh badan kita.
Monosakarida
Monosakarida adalah unit yang paling asas dalam karbohidrat.
Contoh monosakarida adalah fruktosa (gula dalam buah-buahan) dan glukosa.
Sel-sel boleh menggunakan terus glukosa yang ada dalam makanan sebagai tenaga,
manakala fruktosa diubah menjadi glukosa dalam hati.
Disakarida
Gabungan dua monosakarida dipanggil disakarida. Sukrosa
(contoh gula yang biasa ada kat rumah itu) adalah disakarida yang merupakan
gabungan glukosa dan fruktosa. Gula dalam susu, laktosa adalah jenis disakarida
lain. Nama lain untuk kedua-dua monosakarida dan disakarida adalah gula
ringkas. Gula ringkas cepat diserap badan dan menyediakan sumber tenaga yang
cepat.
Gula ringkas daripada minuman air buah dan air tenaga adalah
pilihan yang baik untuk mengantikan semula bahan bakar setelah tamat latihan
dimana ketika itu simpanan glikogen dalam badan sangat rendah.
Polisakarida
Kanji dan serat adalah polisakarida. Kanji adalah kombinasi
ratusan monosakarida. Polisakarida juga dipanggil gula kompleks. Contohnya
termasuk roti, kentang, nasi, pasta. Ia mengambil masa yang lama bagi tubuh
untuk memecahkan gula kompleks dari gula ringkas.
Serat berbeza dari kanji kerana ia tidak boleh dicerna dan
digunakan sebagai sumber tenaga. Ia merupakan komponen makanan yang penting.
Kurang serat dalam badan biasanya dikaitkan dengan penyakit-penyakit
degeneratif tertentu.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan