Disclaimer

MatriXwoo2 does not give any warranty on accuracy, completeness, functionality, usefulness or other assurances as to the content appearing in this blog. MatriXwoo2 disclaims all responsibility for any losses, damage to property or personal injury suffered directly or indirectly from reliance on such information.

Isnin, 3 Disember 2018

Kolej Matrikulasi Labuan : Kelendar Akademik Semester 2 Sesi 2018/2019

KALENDAR AKADEMIK PROGRAM MATRIKULASI KPM SESI 2019/2020
PROGRAM MATRIKULASI SATU TAHUN (PST)
 DAN PROGRAM MATRIKULASI DUA TAHUN (PDT)
KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA

SEMESTER I/ III
AKTIVITI
BILANGAN MINGGU/ HARI
TARIKH
KUMPULAN
Minggu Pendaftaran Pelajar
1 minggu
28/4/19 – 2/5/19
A
1 minggu
29/4/19 – 3/5/19
B
Minggu Asimilasi
1 minggu
5/5/19 – 9/5/19
A
6/5/19 – 10/5/19
B
Kuliah
9 minggu
12/5/19 – 11/7/19
A
13/5/19 – 12/7/19
B
Cuti Pertengahan Semester
1 minggu
14/7/19 – 18/7/19
A
15/7/19 – 19/7/19
B
Kuliah
9 minggu
21/7/19 – 19/9/19
A
22/7/19 – 20/9/19
B
Minggu Ulangkaji
1 minggu
22/9/19 – 26/9/19
A
23/9/19 – 27/9/19
B
Peperiksaan Akhir
5 hari
30/9, 1, 2, 3 & 7/10/19
A
B
Cuti Akhir Semester
14 hari
8/10/19 – 25/10/19
A
13 hari
8/10/19 – 25/10/19
B
SEMESTER II/ IV
AKTIVITI
BILANGAN MINGGU
TARIKH
KUMPULAN
Kuliah
8 minggu
28/10/19 – 19/12/19
A
28/10/19 – 20/12/19
B
Cuti Pertengah Semester
1 minggu
22/12/19 – 26/12/19
A
23/12/19 – 27/12/19
B
Kuliah
10 minggu
29/12/19 – 5/3/20
A
30/12/19 – 6/3/20
B
Minggu Ulangkaji
1 minggu
8/3/20 – 12/3/20
A
9/3/20 – 13/3/20
B
Peperiksaan Akhir
5 hari
16, 17, 18, 19 & 24/3/20
A
B
TAMAT PROGRAM



KUMPULAN A:  Bagi kolej di negeri Kedah, Kelantan, Terengganu dan Johor.
KUMPULAN B:  Bagi kolej di semua negeri kecuali Kedah, Kelantan, Terengganu dan Johor.


Kolej Matrikulasi Labuan : Tugasan Berkumpulan WK002

ARAHAN TUGASAN BERKUMPULAN
KURSUS KOKURIKULUM SEMESTER 2 SESI 2018/2019


HASIL PEMBELAJARAN (CLO) :

CLO 2


  • Menjelaskan idea dan maklumat berdasarkan kemahiran pembelajaran sepanjang hayat melalui pembentangan berkumpulan berkaitan kokurikulum sepanjang semester.
MARKAH
30%
BENTUK /BILANGAN TUGASAN
  •      Pembentangan adalah dalam bentuk kumpulan terdiri daripada 3 orang pelajar. Pemilihan jantina adalah bergantung kepada keperluan pelajar.
  •      Setiap kumpulan dikehendaki hanya membentang 1 pembentangan sahaja.
  •   Pelajar boleh menggunakan sebarang penggunaan bahan bantu seperti komputer riba, LCD, kertas mahjong, kad manila atau apa-apa sahaja bahan bantu yang bersesuaian semasa pembentangan. 
MASA/MINGGU
  •  Pembentangan dilaksanakan pada waktu pengajaran dan pembelajaran.
  •  Pensyarah akan menyediakan jadual pembentangan bagi memudahkan pelajar untuk menyediakan bahan pembentangan mengikut keperluan rubrik.
  •   Tiada had masa diperuntukkan bagi setiap pembentangan kumpulan.
TOPIK / TAJUK

2. KECERGASAN FIZIKAL
DAYA TAHAN OTOT
DAN KEKUATAN OTOT

2.Komponen Kecergasan
2.2.1 Berasaskan Kesihatan
- Daya tahan kardiovaskular
- Daya tahan otot
- Kekuatan otot
- Kelenturan
- Komposisi tubuh badan

2.2.2 Berasaskan Lakuan Motor
 - Kepantasan
 - Ketangkasanan
 - Kuasa
 - Imbangan
 - Masa tindak balas
 - Koordinasi


  • Pilih (1) jenis sukan di bawah dan kemudian  terangkan kepentengingan sekurang-kurangnya (5) kemahiran sukan tersebut:
  1. Olahraga - Pilih (1) acara khusus.
  2. Bola Sepak
  3. Badminton
  4. Bola Tampar
  5. Squasy
  6. Bola Jaring
  7. Bola Keranjang
  8. Petanque
  9. Sepak Takraw
  10. Hoki
  11. Ragbi
  • Namakan dan terangkan (3) jenis latihan kecergasan fizikal berasaskan kesihatan dan (2) jenis latihan berasaskan kemahiran motor yang boleh meningkatkan setiap komponen kecergasan atlet sukan yang dipilih.
  • Pilih sekurang-kurangnya (2) jenis latihan fizikal berasaskan kesihatan dan (2) jenis latihan berasaskan lakuan motor serta tunjukkan kepada rakan-rakan anda perlaksanaan latihan tersebut.
  • Kaitkan dan huraikan kepentingan setiap latihan yang dipilih untuk meningkatkan kemahiran sukan tersebut.
  • Senaraikan bahan rujukan yang digunakan dalam memperolehi maklumat tugasan.

RUBRIK PENILAIAN
Subabtribut digunakan dalam penilaian pembentangan iaitu :-
Senarai rujukan   
Relevan
Penapisan Maklumat









Kolej Matrikulasi Labuan : Tugasan Projek Akhir WK002

KURSUS KOKURIKULUM WK002
KOLEJ MATRIKULASI LABUAN
PROGRAM MATRIKULASI, KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA
 


TUGASAN PROJEK AKHIR KURSUS KOKURIKULUM
SEMESTER 2 SESI 2018/2019         


HASIL PEMBELAJARAN (CLO) :

CLO 1

Mengorganisasi aktivti berdasarkan kemahiran berpasukan yang dipraktikkan melalui Kerja Kumpulan yang diadakan pada akhir semester.
MARKAH
70%
BENTUK /BILANGAN TUGASAN
Setiap kelas dikehendaki melaksanakan 1 tugasan projek akhir sahaja.
MASA/MINGGU
Minggu ke 12 hingga 17 kursus kokurikulum
Boleh dilaksanakan di luar waktu PdP kursus kokurikulum
CADANGAN PROJEK AKHIR
Cadangan projek akhir pelajar adalah seperti berikut :-
  1. Pertandingan
  2. Bengkel atau klinik
  3. Khidmat masyarakat
  4. Kem (Kem Motivasi / Kem Bina Insan / Kem Jati Diri)
PERINCIAN PROJEK AKHIR
Perkara berikut perlu diambil kira semasa merancang projek akhir kelas anda:
  1. Penetapan tajuk projek akhir kelas dan membentuk jawatankuasa yang bersesuaian dengan projek akhir.
  2. Penglibatan disarankan terbuka semua pelajar matrikulasi kolej berkaitan atau sekurang-kurangnya kumpulan pelajar yang mengambil kursus kokurikulum pada semester berkenaan.
  3. Pelaksanaan boleh dilakukan di luar waktu pdp dan digalakkan aktiviti dalam kolej sahaja.
  4. Setiap perjumpaan hendaklah dicatatkan sebagai bahan untuk lampiran dalam laporan.
  5. Konsultasi bersama pensyarah penasihat yang bertindak sebagai fasilitator dicatat.
  6. Maksimumkan kemahiran kerja berpasukan dan kepimpinan melalui pengurusan pengelolaan, kepegawaian dan kesukarelawanan.
  7. Dokumentasikan gambar-gambar yang diambil sebelum semasa dan selepas projek berlangsung.(Penggunaan dokumentasi berbentuk video amatlah diharapkan oleh semua kelas yang menganjurkan aktiviti).
  8. Kutipan wang tunai atau sebarang yuran untuk menampung perbelanjaan berkaitan projek akhir ini adalah DILARANG SAMA SEKALI.
  9. Sediakan laporan projek akhir (1) minggu selepas projek selesai. Laporan perlu disertakan dengan penilaian (soal selidik) sekurang-kurangnya 30% peserta yang mengambil bahagian. Soal selidik berbentuk “google form” disarankan kepada semua kelas bagi mengurangkan penggunaan kertas.
  10. Sebarang keputusan hendaklah dirujuk kepada pensyarah penasihat masing-masing.
RUBRIK PENILAIAN
Setiap pensyarah dan pelajar dibekalkan rubrik penilaian untuk penilaian akhir projek kokurikulum.









Khamis, 31 Mei 2018

Ujian lompat menegak (Johnson & Nelson, 1986)


 

Tujuan:                
Mengukur prestasi kuasa kaki dalam lakuan motor.

Peringkat Umur: 
Pelajar lelaki dan perempuan Kolej Matrikulasi Labuan

Kebolehpercayaan:           
0.98 (kajian rintis 2000)

Objektiviti:           
0.96

Kesahan:              
0.85

Kawasan Ujian:  
Dinding konkrit dengan ketinggian dan keluasan yang mencukupi untuk lompatan.

Alatan: 
Pita pengukur, pita penanda dan kapur.

Prosedur: 
  1. Posisi mula, berdiri sisi selari dengan dinding.
  2. Kedua-dua belah kaki dibuka seluas bahu, jarak bahu dengan dinding membolehkan tangan diayun.
  3. Jangkauan sambil berdiri setinggi yang mungkin dan tandakan.
  4. Bengkok lutut, ayunkan tangan, lompat setinggi yang mungkin dan tandakan.
  5. Tidak dibenarkan melangkah atau berjalan semasa hendak membuat lompatan.
  6. DUA percubaan diberi, percubaan yang terbaik sahaja dikira sebagai skor ujian.
Kiraan Skor: 
  1. Ukuran dibuat dalam 0.5 sentimeter yang hampir.
  2. Ketinggian lompatan dikira berdasarkan perbezaan di antara jarak jangkauan semasa berdiri dan melompat.
  3. Percubaan terbaik dikira sebagai skor ujian.



Featured post

Metos Makan Waktu Malam

  Makan malam buat anda gemuk? Tiada bukti secara saintifik  membuktikan kerap makan di waktu malam akan mengakibatkan seseorang itu mengala...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...