Jika anda dalam proses menurunkan berat badan, meningkatkan
kadar metabolisme boleh membantu menurunkan berat badan tanpa memotong kalori
terlalu banyak.
Kehidupan kita kini dipenuhi oleh produk-produk merapu yang
mendakwa boleh meningkatkan metabolisme. Tapi perlu ke kita produk-produk
begitu? Terdapat banyak cara meningkatkan kadar metabolisme secara semulajadi.
- Faham apa itu metabolisme. Kadar metabolisme adalah kadar dimana badan kita membakar kalori. Kebanyakan mereka yang gemuk memiliki kadar metabolisme yang rendah. Walaupun sekumpulan orang buat aktiviti dan makan makanan yang sama, tak semestinya kadar pembakaran sama. Cuba kenali apa yang mempengaruhi kadar metabolisme. Ada beberapa faktor yang kita boleh ubah, dan ada yang tidak boleh. Antara faktor yang mempengaruhi kadar metabolisme ialah:
- Umur. Kadar metabolisme akan menurun 5% setiap 10 tahun selepas kita mencecah umur 40 tahun.
- Jantina, lelaki kebanyakannya membakar kalori lebih cepat berbanding perempuan disebabkan memiliki tisu otot yang lebih.
- Keturunan. Mungkin ada antara kita yang mewarisi genetik rendah metabolisme daripada generasi sebelumnya. Keempat masalah tiroid, mungkin disebabkan Hypothyroidism (kelenjar tiroid kurang aktif), Hyperthyroidism (kelenjar tiroid terlalu aktif)
RMR = 9.99w + 6.25s – 4.92a + 166g – 161
w = berat dalam kilogram
s = tinggi dalam centimeter
a = umur
g = jantina, 1 untuk lelaki, 0 untuk perempuan
- Mengubah diet. - untuk menurunkan berat badan, kalori tidak boleh melebihi RMR x 1.15
- Makan sikit tapi kerap - memanjangkan masa antara menu akan menyebabkan badan tukar ke mood kelaparan dan akan menurunkan kadar metabolisme disebabkan badan nak menjaga kita supaya tak kelaparan. Mengelakkan atau tak makan tidak membantu dalam penurunan lemak.
- Minum air sejuk - bila kita minum air sejuk, badan kita akan bakar kalori untuk memanaskan kembali badan.
- Tingkatkan metabolisme sementara dengan aktiviti aerobik/kardio.
- Latihan bebanan - otot membakar lebih kalori berbanding lemak. Lebih tinggi kandungan otot lebih tinggi kadar metabolisme rehat.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan