Menurut Bovenraad (1911), kandungan lemak secara purata
dalam tisu adipos manusia adalah 87%. Oleh itu, 1 paun (454 gram) tisu adipos (tisu
bawah kulit) mengandungi 395 gram lemak.
Dalam julat yang dipersetujui, kajian klinikal oleh Strang
& Evans (1928) dan hasil review Wishnofsky (1958) telah membuat conclusion
bahawa dengan diet rendah kalori dan tinggi protein, 1 paun berat badan adalah
bersamaan dengan 3500 kalori dengan andaian (i) defisit kalori
tersebut hanya berdasarkan katabolisma lemak, (ii) protein dan
karbohirat (glikogen) dalam badan perlu berada dalam keadaan keseimbangan.
Mereka juga (iii) mengambil faktor kuantiti air sebagai salah satu
pembolehubah dalam kajian.
Namun, peraturan 3500 kalori (kcal) atau 32.2MJ/kg ini telah
disemak semula oleh pengkaji seperti Forbes (1987, 2000) dengan taakulan beliau
ketika penurunan berat badan, kehilangan jisim otot juga akan berlaku, dan ini
juga disokong McArdle (1996) bahawa rule of thumb ini sudah terlebih
anggar (Overestimation).
Hall (2008) telah menyemak dan melakukan modifikasi terhadap
teori Forbes (1987, 2000), dengan meramalkan bahagian penurunan berat badan
berdasarkan jisim otot yang hilang sebagai fungsi tidak linear kandungan lemak
badan asal dan magnitud berat badan yang hilang (Hall, 2007). Kajian telah
menunjukkan bahawa kehilangan air dalam badan menunjukkan perubahan jisim yang
signifikan, tetapi tidak menyumbang kepada kandungan tenaga metabolisma; Teori
tenaga metabolisma Forbes ini hanya dimanipulasikan oleh ketumpatan tenaga
metabolisma dalam bentuk lemak, protein dan glikogen dengan 39.5, 19.7, 17.6 MJ/kg
masing-masing (Livesey & Elia, 1988).
Ramalan ketumpatan tenaga berat badan dalam fungsi (i)
kandungan lemak badan atau (ii) berat badan asal perempuan. Diadaptasi dari Hall
(2008).
Berdasarkan hasil-hasil kajian Hall diatas, ianya
menunjukkan:
(i) Semakin tinggi kandungan lemak badan asal, semakin besar
kumulatif tenaga yang diperlukan untuk menghasilkan jumlah penurunan berat
badan yang sama. (Mungkin memerlukan lebih dari 3500 kcal untuk penurunan 1
paun berat badan).
(ii) “Rule of thumb 3500 kcal” ini tidak sesuai
untuk mereka yang rendah kandungan lemak badan asal secara relatif.
(iii) Lelaki lebih mudah untuk turunkan berat badan berbanding
perempuan kerana perempuan mempunyai kandungan lemak badan lebih berbanding
lelaki untuk berat badan yang sama.
Berdasarkan hasil kajian di atas juga, ianya menunjukkan
bahawa kadar penurunan berat badan akan menjadi lebih tinggi dengan jisim
otot yang lebih tinggi, kerana lebih rendah kandungan kepadatan tenaga
metabolisma berbanding jisim lemak untuk berat yang sama -lebih rendah tenaga,
lebih senang hasilkan defisit kalori- (Menunjukkan salah satu kepentingan
signifikan membina otot tidak kira jantina lelaki atau perempuan.)
Beberapa usaha (i.e. Thomas et al, 2013) telah dilakukan
bagi membangunkan perisian aplikasi untuk model pengiraan dinamik untuk
perubahan berat badan yang lebih tepat.
Antara pautan perisian yang dibangunkan;
Biblografi
Bozenraad O. Ueber den Wassergehalt des mnenschlichen
Fettgewebes unter verschiedenen Bedingungen, Deutsch. Arch. f. klin. Med. 103:
120, 1911.
Forbes GB. Lean body mass-body fat interrelationships in
humans. Nutrition reviews. 1987;45:225–231.
Forbes GB. Body fat content influences the body composition
response to nutrition and exercise. Annals of the New York Academy of Sciences.
2000;904:359–365.
Hall KD. Body fat and fat-free mass inter-relationships:
Forbes’s theory revisited. Bri J Nutr. 2007;97:1059–1063.
Hall KD. What is the required energy deficit per unit weight
loss? Int J Obes (Lond). 2008 Mar;32(3):573-6. Epub 2007 Sep 11.
Livesey G, Elia M. Estimation of energy expenditure, net
carbohydrate utilization, and net fat oxidation and synthesis by indirect
calorimetry: evaluation of errors with special reference to the detailed
composition of fuels. Am J Clin Nutr. 1988;47:608–628.
McArdle WD. Exercise physiology: energy, nutrition, and
human performance. 4th edition edn. Williams & Wilkins; Baltimore: 1996.
Strang JM, Evans FA. The energy exchange in obesity. J.
Clin. Investigation 6: 277, 1928.
Wishnofsky M. Caloric equivalents of gained or lost weight.
Am J Clin Nutr. 1958 Sep-Oct;6(5):542-6.
-Terri Guillemets-
Tiada ulasan:
Catat Ulasan