Disclaimer

MatriXwoo2 does not give any warranty on accuracy, completeness, functionality, usefulness or other assurances as to the content appearing in this blog. MatriXwoo2 disclaims all responsibility for any losses, damage to property or personal injury suffered directly or indirectly from reliance on such information.

Ahad, 23 Oktober 2016

Perihal Kentut



Membicarakan tentang kentut biasanya agak memalukan. Namun kajian menunjukkan kentut merupakan satu kitaran dalam badan yang perlu dikeluarkan. Hebatnya, dengan kentut anda boleh mencegah risiko kembung perut hingga kepada penyakit kanser.
Apa itu kentut?
Fart, atau diterjemahkan sebagai kentut, merupakan salah satu kata tertua dalam bahasa Inggeris. Lantas, mengapa anda boleh kentut?

Kentut disebabkan oleh udara yang terperangkap dari pelbagai sumber. Udara itu masuk semasa anda menelan, mengunyah atau minum. Udara ini meresap masuk ke usus dan dibawa oleh darah.

Gas kentut terdiri daripada 59% nitrogen, 21% hidrogen, 9% karbon dioksida, 7% metana dan 4% oksigen. Hanya kira-kira 1% daripada kentut mengandungi gas hidrogen sulfida yang mengandungi sulfur. Sulfur inilah yang membuat kentut berbau busuk.
Kentut yang menimbulkan suara biasanya terjadi kerana getaran rektum. Sedangkan kenyaringannya boleh berbeza-beza, bergantung pada seberapa banyak tekanan gas serta otot sfingter.

Mengapa kentut bau?
Beberapa makanan seperti kekacang, kubis, keju, soda, dan telur boleh menyebabkan bau busuk saat kentut.

14 kali sehari purata seorang kentut
Rata-rata orang menghasilkan kira-kira setengah liter kentut setiap hari. Dan meskipun banyak wanita tidak akan mengakuinya, wanita lebih kerap kentut berbanding lelaki.
Jika seseorang adalah kentut terus menerus selama 6 tahun dan 9 bulan, mereka akan menghasilkan gas dengan tenaga setara dengan bom atom.

Kentut hanya keluar 10-15 saat
Ya, kelajuan gas yang keluar hanya kira-kira 10-15 saat. Jadi walaupun terganggu, bau kentut akan cepat hilang.

Bahaya menahan kentut
Kentut merupakan bahagian alami dari sistem pencernaan anda. Jadi, elakkan menahan kentut seboleh mungkin. Menahan kentut hanya akan menyebabkan masalah kembung, dan gejala tidak selesa lainnya pada perut.
Dalam kes terburuk, menahan kentut boleh menyebabkan buasir atau gangguan usus.

Ada beberapa budaya yang menyukai bau kentut
Di China zaman dahului, anda benar-benar boleh mendapatkan pekerjaan bila kentut anda berbau busuk. Menurut mereka, bau busuk ini menandakan anda profesional.

Di Rom purba, Maharaja Claudius mengesahkan undang-undang yang menyatakan kentut boleh diterima saat perjamuan.

Kentut mudah terbakar
Kentut mengandung sejumlah gas metana dan hidrogen sehingga mudah terbakar.

Orang boleh kentut selepas mati
Inilah bukti bahawa anda tidak boleh melarikan diri melalui gas, bahkan setelah nyawa melayang. Hingga tiga jam selepas badan mati, gas akan keluar melalui kedua ujung saluran pencernaan.

Jangan heran bila mayat juga boleh bersendawa atau mengeluarkan suara kentut. Fenomena ini disebabkan kerana kontraksi (penguncupan) otot.

Kentut merupakan proses semulajadi tubuh badan menghindar daripada pelbagai penyakit.

Tiada ulasan:

Featured post

Metos Makan Waktu Malam

  Makan malam buat anda gemuk? Tiada bukti secara saintifik  membuktikan kerap makan di waktu malam akan mengakibatkan seseorang itu mengala...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...