Juga dikenali sebagai muscle spasm atau cramp. Kekejangan otot adalah penguncupan otot secara tiba-tiba dan
tidak terkawal satu kumpulan otot atau organ berongga seperti jantung dan
pengecutan tiba-tiba orifis. Kebiasaannya ia berlaku dengan kesakitan yang amat
secara tiba-tiba pada otot, tetapi biasanya tidak berbahaya dan akan reda
selepas beberapa minit.
Antara punca-punca kekejangan otot ialah penyahhidratan,
lebihan bebanan pada otot (‘muscle overload’), dan ketiadaan/kekurangan
elektrolit. Pengecutan otot tidak terkawal juga mungkin boleh disebabkan oleh
keadaan perubatan, termasuk ‘dystonia’. Kekejangan otot hipertonik
(hipertonia) adalah keadaan ‘residual muscle tension/tonus’ yang
berlebihan dan kronik, atau ketegangan dalam otot berehat (jumlah penguncupan
yang kekal ketika otot tidak aktif bekerja). Rendah kandungan natrium, kalium,
dan magnesium juga antara faktor penyumbang kepada kekejangan otot.
Terdapat pelbagai sebab dan punca pengecutan otot yang tidak terkawal dan tidak
sedar ini, ada yang mungkin lebih serius, bergantung kepada keadaan.
Otot rangka bekerja sebagai pasangan bercanggah (‘antagonistic
pairs’). Penguncupan otot rangka memerlukan pengembangan otot lawan untuk
bertindak sebagai satu pasangan. Kekejangan boleh berlaku apabila otot tidak
dapat untuk berehat dengan betul disebabkan oleh gentian myosin tidak
sepenuhnya tercerai dari filamen actin.
Dalam otot rangka, ATP mesti melekat pada kepala myosin
untuk ia memisahkan diri dari actin dan membenarkan keadaan rehat (‘relaxation’)
– ketiadaan ATP dalam kuantiti mencukupi bermaksud kepala myosin kekal
melekat kepada actin. Percubaan untuk memaksa otot yang mengalami
kekejangan dengan cara ini untuk pemanjangan/pengembangan (dengan berlakunya
kontraksi pada otot lawan) boleh menyebabkan tisu otot koyak dan memburukkan
lagi keadaan. Otot mesti dibenarkan untuk pulih (sintesis semula ATP), sebelum
gentian myosinboleh diceraikan dan seterusnya membenarkan otot untuk
berehat.
Mengikut kajian, aktiviti regangan membantu
dalam rawatan kekejangan otot yang tidak serius. Masalah kekejangan yang
disebabkan oleh ketidakseimbangan elektrolit (terutamanya ketiadaan/kekurangan
natrium), garam mampu membantu. Sebagai langkah mencegah, adalah baik jika kita
pastikan persediaan fizikal, mental dan keperluan cecair/imbangan elektrolit
yang mencukupi untuk mengelakkan kekejangan otot. Kerap minum air boleh membantu badan untuk sentiasa
terhidrat dan membuat otot kurang berkemungkinan untuk kejang.
Sementara itu, Angina adalah kekejangan otot jantung, berlaku apabila tidak
mendapatkan bekalan darah (oksigen) yang mencukupi. Situasi ini dikaitkan dengan aterosklerosis,
bahasa mudahnya ialah “pengerasan arteri”. Ia biasanya dirasai seperti
tegangan otot yang pedih di dada, kadang-kadang boleh berkembang ke leher, bahu
dan rahang. Medikasi sering digunakan untuk rawatannya, walaupun sakit secara
tiba-tiba, kesakitan yang semakin teruk, dan kekejangan yang berlangsung selama
lebih daripada 10 minit boleh menjadi tanda-tanda serangan jantung akan datang.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan