Bil.
|
Perkara
|
Perincian
|
1.
|
Banyak aktvt boleh
dilaksanakan dlm kegiatan ko-kurikulum. Aktvt-aktvt dlm bidang UBF bleh
dikategorikan kpd dua :
|
|
2.
|
Aktvt dlm bidang persatuan dan
kelab :
|
|
3.
|
Tujuan mengadakan aktvt :
|
|
4.
|
Langkah bagi merancang program
dan aktvt
|
|
5.
|
Isi kandungan kertas kerja
|
|
6.
|
Surat-menyurat perlu
diselesaikan sebelum melaksanakan aktvt
|
|
7.
|
Penyediaan peraturan dan
langkah pengelolaan perlu disediakan aktvt dijalankan
|
Sebelum Aktvt
Semasa aktvt
Selepas aktvt
|
8.
|
Penilaian aktvt bertujuan
|
|
9.
|
Laporan aktvt
|
|
Disclaimer
SainsdanSukan does not give any warranty on accuracy, completeness, functionality, usefulness or other assurances as to the content appearing in this blog. MatriXwoo2 disclaims all responsibility for any losses, damage to property or personal injury suffered directly or indirectly from reliance on such information.
Label
Memaparkan catatan dengan label Pengurusan Sukan. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Pengurusan Sukan. Papar semua catatan
Selasa, 22 Januari 2019
Garis Panduan Pengelolaan Aktiviti
Ahad, 28 Disember 2014
ASPEK KESELAMATAN DI SEKOLAH
PENGERTIAN SELAMAT
Terpelihara atau terhindar daripada bencana, terlepas
daripada bahaya; aman sentosa, sejahtera, tidak terdapat apa-apa gangguan;
bebas daripada keadaan kacau bilau; tenteram, damai, tenang; bebas daripada
gangguan atau sesuatu yang tidak menyenangkan.
PUNCA-PUNCA SEKOLAH
DIDAKWA
- KECUAIAN
- GAGAL MELAKSANAKAN TANGGUNGJAWAB DAN MENEPATI UNDANG-UNDANG SERTA PERATURAN
- PENYALAHGUNAAN KUASA DAN PENYELEWENGAN
KECUAIAN
- Sekolah mempunyai ‘kewajiban berjaga-jaga’
- Pihak sekolah perlu melindungi kesihatan guru dan murid
- Sekolah perlu mengambil langkah mengenalpasti dan mengurangkan risiko-risiko yang boleh dijangka
Perbuatan yang
dikatakan cuai oleh mahkamah bila ketiga-tiga perkara berikut dipenuhi
- Defenden mempunyai tanggungjawab ‘kewajiban berjaga-jaga’ terhadap plaintif
- Defenden telah tidak melakukan tanggungjawab ‘kewajiban berjaga-jaga’
- Plaintif mengalami kecederaan atau kerugian akibat kegagalan defenden menjalankan tanggungjawab ‘kewajiban berjaga-jaga’
- Pihak sekolah tidak dianggap cuai apabila ‘tahap berjaga-jaga yang munasabah’ telah diambil oleh seseorang dalam situasi berkenaan
Faktor yang
menentukan tahap berjaga-jaga yang munasabah
- Adakah sesuatu kejadian itu boleh dijangka akan berlaku?
- Adakah sesuatu kejadian itu mungkin mengakibatkan kecederaan?
- Apakah keseriusan kecederaan jika ianya dijangka berlaku?
- Setakat manakah langkah-langkah pencegahan boleh diambil secara praktik?
- Adakah aktiviti yang menyebabkan kecederaan atau kerugian merupakan amalan yang biasa?
- Adakah aktiviti yang menyebabkan kecederaan atau kerugian sesuatu yang memenuhi kewajiban untuk mengambil risiko yang lebih tinggi?
ASPEK KESELAMATAN
YANG PERLU DIBERI PERHATIAN
- MEMASTIKAN KESELAMATAN STRUKTUR FIZIKAL SEKOLAH
- MEMASTIKAN KESELAMATAN SEWAKTU KELAS
- MEMASTIKAN KESELAMATAN SEWAKTU KELAS YANG MENJALANKAN AMALI DAN KETUKANGAN ( SAINS, PERTANIAN, TEKNIK, VOKASIONAL, ERT)
- MEMASTIKAN KESELAMATAN KEMUDAHAN SUKAN DAN KO-KURIKULUM
- MEMASTIKAN KESELAMATAN TRAFIK DI KAWASAN SEKOLAH
- MEMASTIKAN KESELAMATAN KEBAKARAN SENTIASA DIJAGA
- MEMASTIKAN KESELAMATAN SEWAKTU MEMBUAT LAWATAN
- MEMASTIKAN KEBERSIHAN MAKANAN DAN KESIHATAN MURID DIJAGA
MEMASTIKAN
KESELAMATAN STRUKTUR FIZIKAL SEKOLAH
- Keadaan premis hendaklah selamat digunakan dan didiami oleh semua pihak
- Keadaan fizikal hendaklah sentiasa diselenggarakan dengan baik
- Segala kerosakan perlu dibaiki segera
- Langkah-langkah yang munasabah perlu diambil bagi mengelakkan kemalangan dan kecederaan kepada murid
- Sekolah mematuhi The Registration of Schools Ordinance, 1950. Schools General Regulations.
- Kes Carmarthenshre county council v Lewis (1995)
MEMASTIKAN
KESELAMATAN SEWAKTU KELAS
Mengikut undang-undang common law, guru dikehendaki membuat
penyeliaan yang munasabah ke atas muridnya sewaktu kelas berjalan
Kes Carmarthenshire County Council V Lewis (1995)
MEMASTIKAN
KESELAMATAN SEWAKTU KELAS YANG MENJALANKAN AMALI DAN KETUKANGAN
- Peraturan bertulis perlu diedarkan kepada setiap murid dan diterangkan dengan jelas
- Peraturan perlu dipamerkan
- Kelas amali hanya boleh dikendalikan oleh guru-guru terlatih sahaja
- Pengetua dengan bantuan Ketua Panitia harus menapis rancangan kerja bagi kerja amali
- Pekeliling Ikhtisas 1/1974 perlu difahami dan dipatuhi
- Semasa amali guru mesti menyelia dan mengawasi aktiviti murid dengan rapi
- Kes Kmmarulzaman Mohd Ali V Louis Marie Neube
MEMASTIKAN
KESELAMATAN KEMUDAHAN SUKAN DAN KEGIATAN KO-KURIKULUM
- Kemalangan berlaku
- Segala kemudahan sukan dan permainan dalam keadaan sempurna.
- Pastikan alat dan kemudahan yang sempurna dan baik sahaja digunakan.
- Pelajar perlu diajar menggunakan alat dengan betul
- Peraturan dan arahan tentang langkah keselamatan perlu dimaklumkan.
- Penjagaan rapi semasa aktiviti berjalan
- Surat Pekeliling Iktisas 1/1995, 9/2000, 3/84,7/77, 7/88, 8/95 DAN 24/98 perlu dipatuhi.
- Kes Silvadurai v government of Malaysia
GURU JUGA HENDAKLAH:
- Mengambil kira factor musim
- Mengeluar dan menyimpan peralatan
- Pastikan alat dalam keadaan baik dan selamat
- Dapatkan kebenaran penjaga
- Guru pengiring
- Kebajikan pelajar
- Murid sakit tidak dipaksa
- Pelajar memiliki skim insurans
- Kemudahan berbahaya perlu dikawal penggunaan
- Lapor kemalangan kepada Pengetua dengan segera
MEMASTIKAN
KESELAMATAN TRAFIK DI KAWASAN SEKOLAH
- Sekolah perlu sistem pergerakan trafik yang cekap
- Pengawasan lebih semasa sebelum kelas bermula dan kelas berakhir
- Ibu bapa perlu ada tempat khas menunggu anak mereka
- Sekolah kawasan larangan untuk kenderaan
- Kes headmistress, mgs &ors v headmaster, anglo-chinese primary school & anor
MEMASTIKAN
KESELAMATAN KEBAKARAN SENTIASA DIJAGA
- Menubuhkan jawatankuasa pencegahan kebakaran sekolah
- Membuat pemeriksaan rapid an berkala terhadap system pendawaian
- Gurur perlu tahu dan mematuhi prosedur pencegahan kebakaran di makmal dan bangkel
- Pastikan alat pemadam api dan pencegahan kebakaran berfungsi dan berada di dalam keadaan baik dan mudah dicapai.
- Adakan latihan memadam kebakaran dan fire drill
- Menyediakan plan keselamatan kebakaran sekolah
- Pastikan keselamatan semasa membuat lawatan (kemalangan sering berlaku semasa lawatan)
- Guru dan pelajar mesti mematuhi segala undang-undang dan peraturan (SCHOOL TOURS REGULATION 1957), PEK.IKHTISAS 1/1995, 9/2000 berhubungan dengan lawatan.
- Kes Chen Soon Lee V Chong Voon Pin
- Peraturan School (general) Regulations, The Registration of scool Ordinance, 1950
- Sekolah mesti mementingkan aspek kebersihan, keceriaan dan kesihatan guru, pelajar dan kemudahan fizikal sekolah.
- Makanan dan minuman yang disediakan atau dibekalkan di kanten atau dapur mesti bersih dan sesuai dengan kesihatan pelajar.
- Makanan mesti selamat digunakanj oleh semua pihak
- Amalan kebersihan perlu didedahkan
- Pekerja dan pengendali mananan perlu mengamalkan amalan kebersihan.
GAGAL MELAKSANAKAN
TANGGUNGJAWAB DAN MENEPATI KEHENDAK UNDANG DAN PERATURAN
- Sistem sekolah dikawal secara pusat oleh Akta Pendidikan 1996 (Akta 550), Ordinan 1959, Peraturan-peraturan pendidikan dan pekeliling-pekeliling Ikhtisas.
- Semua kehendak di atas perlu dipatuhi.
TIGA ASPEK UTAMA
- Melaksanak kurikulum kebangsaan satu kewajipan
- Menjaga disiplin dan mengenakan tindakan disiplin terhadap pelajar mengikut peraturan.
- Isu hak cipta dan isu-isu lain.
PENYALAHGUNAAN KUASA
DAN PENYELEWENGAN
- Pecah amanah
- Untuk mengelak dari didakwa, satu system kewangan yang lengkap dan teratur perlu diwujudkan
- Segala prosedur kewangan perlu
KESIMPULAN
Semua langkah perlu diambil untuk menjamin keselamatan
pelajar di sekolah dan kolej matrikulasi dari aspek fizikal, mental. Emosi dan
rohani dalam usaha mewujudkan ‘Sekolah Selamat’
Khamis, 9 Oktober 2014
PENGENALAN KEPADA PENGURUSAN PENDIDIKAN JASMANI DAN SUKAN
KONSEP DAN DEFINISI PENGURUSAN
Pengurusan merupakan suatu proses mengkoordinasi,
mengintegrasi dan menggunakan sumber organisasi bagi mencapai objektif yang
spesifik.
Menurut Chelladurai (1994), menyatakan bahawa
pengurusan sukan berkaitan dengan mengkoordinasikan sumber manusia dan bahan
yang terhad, teknologi yang relevan serta situasi luar jangkaan bagi
menghasilkan perkhidmatan sukan yang berkesan.
Fungsi Pengurusan
- Merancang – melibatkan proses menentukan objektif organisasi dan cara untuk mencapai objektifnya.
- Mengelola – merujuk kepada proses mendelegasi dan mengkoordinasikan tugas serta sumber untuk mencapai sesuatu objektif organisasi.
- Memimpin – proses mempengaruhi petugas bawahan untuk bekerja ke arah mencapai objektif organisasi.
- Mengawal – merujuk kepada proses membentuk dan mengimplementasikan mekanisme penilaian kerja bagi memastikan objektif yang dirancang akan tercapai.
Peringkat Pengurusan Strategik Sukan
Proses pengurusan strategik sukan melibatkan tiga
peringkat:
- Peringkat perumusan
- Peringkat pelaksanaan
- Peringkat Penilaian
Perumusan
- Membangunkan visi dan misi
- Mengenal pasti peluang-peluang dan ancaman luaran.
- Mengenal pasti kekuatan dan kelemahan dalaman.
- Menetapkan objektif jangka panjang.
- Menghasilkan strategi-strategi alternatif.
- Memilih strategi untuk menyelesaikan isu-isu tertentu.
- Membuat keputusan tentang perancangan projek baru dan pelupusan projek lama.
- Menentukan pengagihan sumber.
- Mencari pasangan korporat.
- Menyediakan belanjawan.
Pelaksanaan
- Menggembleng tenaga pegawai-pegawai sukan dan pengurus sukan untuk melaksanakan strategi yang telah ditetapkan.
- Membangunkan budaya menyokong strategi
- Menggembleng tenaga pegawai-pegawai sukan dan pengurus sukan untuk melaksanakan strategi yang telah ditetapkan.
- Membangunkan budaya menyokong strategi
Penilaian
- Menilai semula faktor-faktor luaran dan faktor-faktor dalaman.
- Menilai prestasi.
- Mengambil langkah pembetulan.
Pengurusan Pendidikan Jasmani
- Kurikulum Pendidikan Jasmani di Malaysia
- Objektif kurikulum Pendidikan Jasmani
- organisasi
Bidang Kuasa Ketua Panitia Pendidikan
Jasmani
- Menjadi AJK mesyuarat kurikulum sekolah
- Mempengerusi mesyuarat panitia PJ
- Memeastikan rancangan tahunan PJ tersedia untuk digunakan
- Mengagih dan menyimpan sukatan pelajaran PJ
- Menyediakan perancangan tahunan panitia
- Memantau pengajaran PJ
- Memeriksa buku latihan pelajar
- Merancang pembelian alatan untuk panitia
- Menyediakan anggaran perbelanjaan panitia
- Merancang latihan dalaman
Perancangan Belanjawan
- Pelan dan sistem perbelanjaan yang sistematik
- KP perlu menyediakan perancangan belanjawan tahunan
- Perlu menyusun mengikut kepentingan
- Bergantung pada peruntukan
Pengurusan Stor Pendidikan Jasmani
- Merupakan bilik yang digunakan untuk menyimpan barang-barang PJ.
- Penyelenggaraan sebuah stor PJ memerlukan kerjasama dari semua pihak termasuk pentadbir, guru-guru dan murid-murid
Ciri-Ciri Pengurusan Stor PJ
- KP bertanggungjawab untuk menyelia stor selalu.
- Guru penyelia stor bertanggungjawab perlulah menyediakan buku stok bagi alatan stor dengan kemas kini.
- Guru penyelia stor bertanggungjawab menerima dan membeli peralatan baru.
- Buku catatan barang keluar masuk perlu di sediakan bagi merekodkan pergerakan alatan.
- Guru penyelia stor bertanggungjawab membuat pemeriksaan stok sekurang-kurangnya sekali setahun.
- Peraturan stor sukan perlulah di rangka dan dilaksanakan.
Keperluan Bilik Stor
- Ruang
- Rak
- Lokasi
- Tingkap
- Siling
- Peredaran udara
- Keselamatan
- Pintu
Penjagaan Peralatan
- Duduk di atas bola
- Menyepak bola yang bukan bola sepak
- Mengetuk-getuk alatan seperti kayu hoki, baton dan lain-lain
- Mengheret barang-barang yang di buat dari kanvas atau kain atau material yang lembut
Pengurusan Sukan
Sukan adalah merupakan aktiviti yang dipertandingkan
mengikut peraturan dan undang-undang yang telah ditetapkan oleh satu badan
persekutuan sukan antarabangsa.
Perlukan perancangan dalam mengendalikannya.
Dasar Sukan Negara
Merupakan dokumen yang sentiasa menjadi rujukan ke
arah perkembangan, kemajuan dan pembangunan sukan negara.
Rasional Dasar Sukan Negara
Ke arah menjadikan sukan sebagai alat untuk menerapkan
nilai moral dan membentuk masyarakat yang sihat jasmani dan rohani.
Peringkat Individu
- Membentuk sahsiah, memberi kesedaran dalam diri individu dan membangkitkan semangat pertandingan yang sihat.
- Meningkatkan tahap kesihatan dan kecergasan fizikal diri.
- Dapat menggunakan masa senggang dengan aktiviti yang bermanfaat.
- Dapat menenangkan fikiran dan mengurangkan tekanan hidup.
- Interaksi sosial yang baik.
- Mengasah kemahiran-kemahiran asas.
Peringkat Masyarakat
- Meransang pembinaan masyarakat yang mempunyai kualiti kesihatan fizikal dan moral yang baik bersesuaian dengan aspirasi nasional.
- Mewujudkan suasana yang kondusif untuk memupuk perhubungan komuniti yang lebih baik dalam pelbagai kumpulan etnik dalam negara.
- Meningkatkan tahap kesihatan masyarakat dan seterusnya merangsang peningkatan produktiviti negara.
- Mengurangkan kadar jenayah dengan merangsang masyarakat memanfaatkan masa lapang dengan aktiviti berguna.
Peringkat Antarabangsa
- Mencapai kecemerlangan di peringkat tertinggi.
- Meningkatkan maruah bangsa dan negara di persada sukan antarabangsa.
- Memupuk persahabatan.
- Menjadikan sukan sebagai industri berasaskan ekonomi.
Objektif Dasar Sukan Negara
- Memupuk masyarakat yang sihat, berdisiplin dan bersatu padu melalui penyertaan yang meluas dan peluang yang lebih baik dalam sukan di semua peringkat.
- Menyediakan peluang-peluang dan kemudahan-kemudahan bagi memenuhi keperluan asasi sosial, psikologi dan fisiologi individu melalui sukan.
- Membangun dan meningkatkan pengetahuan dan amalan sukan bagi kepentingan kebajikan sosial individu dan kenikmatan masa senggang di kalangan orang awam.
- Mencapai kecemerlangan dengan semangat kesukanan yang tulen di pertandingan peringkat kebangsaan dan antarabangsa dengan harapan muhibah dan imej negara dapat dipertingkatkan.
Strategi dan Pelaksanaan Dasar
- Perancangan
- Organisasi
- Personel
- Kewangan
- Insentif
- Kemudahan
- Am
Sukan untuk Semua
Bertujuan untuk mengekalkan dan meningkat tahap
kesihatan dan kesejahteraan semua rakyat Malaysia.
Pergerakan Sukan untuk Semua
Satu kempen sosial secara sistematik dan menyeluruh
untuk memelihara, mengubah atau memperbaiki kekurangan-kekurangan dalam sesuatu
sistem sosial.
Konsep
- Merupakan idea untuk memasyarakatkan sukan.
- Mengajak seluruh lapisan masyarakat mengambil bahagian di dalam kegiatan sukan, rekreasi dan kecergasan.
- Dilakukan secara berterusan sepanjang hayat hingga menjadikannya suatu gaya hidup.
Matlamat
Melalui Malaysia Cergas adalah bermatlamat untuk
menimbulkan kesedaran di kalangan masyarakat Malaysia tentang pentingnya
kesihatan yang boleh dipupuk melalui kegiatan fizikal dan rekreasi.
Malaysia Cergas
Satu idea dan konsep yang lahir untuk memberi
penekanan ke arah meluaskan kegiatan sukan dan rekreasi fizikal kepada
penglibatan seberapa ramai rakyat Malaysia.
Matlamat
Menimbulkan kesedaran di kalangan masyarakat Malaysia
tentang betapa pentingnya kesihatan yang boleh dipupuk melalui kegiatan fizikal
dan rekreasi.
Sukan Prestasi Tinggi
- Penubuhannya berdasarkan kepada msyuarat jemaah menteri pada 15 September 2004 yang menyatakan supaya tumpuan diberikan kepada acara-acara sukan yang tidak memerlukan “body contact” seperti sukan menembak, boling, gimnastik dan lain-lain.
- 8 jenis sukan teras yang perlu dibangunkan di semua peringkat.
- Program ini mula dilaksanakan sepenuhnya di bawah Jawatankuasa Pemandu Sukan Teras Prestasi Tinggi bermula pada 3 Jun 2005 melalui perjanjian persefahaman (MOU) yang telah ditandatangani Persatuan Sukan Kebangsaan bersama Majlis Sukan Negara.
- Program ini bertujuan meningkatkan prestasi atlet ke peringkat tertinggi.
Program-Program yang dijalankan
- Menubuhkan sekolah-sekolah sukan.
- Meningkatkan infrastruktur sukan ke taraf antarabangsa.
- Memastikan jurulatih berpotensi dalam setiap sukan mempunyai sijil kejurulatihan
- Menghantar jurulatih berkursus keluar negeri untuk meningkatkan profesional mereka.
- Mendapat khidmat jurulatih luar negara.
- Menghantar atlet berlatih ke luar negara.
Objektif
- Membuka peluang kepada individu yang berminat untuk melibatkan diri dalam aktiviti-aktiviti sukan-sukan di bawah Program Sukan Teras.
- Memanifestasikan Dasar Sukan Negara ke arah mencapai matlamat perpaduan nasional, serta pembinaan bangsa yang harmoni dengan penglibatan pelbagai bangsa dan suku kaum.
Tujuan Program Sukan Berprestasi Tinggi
- Mengenal Pasti Bakat
- Penambahan Bilangan Atlet Berbakat
- Penambahan Pusat Latihan Negeri dan Daerah
- Penambahan Bilangan Pegawai Teknikal
- Memperbanyakkan Peluang Pertandingan
- Memperkukuhkan Pengurusan Persatuan
- Penambahan Bilangan Jurulatih
Falsafah Pengurusan Pendidikan Jasmani
Satu aktiviti mentadbir dan mengelola dalam pendidikan
jasmani bertujuan untuk melahirkan insan yang seimbang dari segi rohani,
jasmani, emosi, intelek dan sosial
Falsafah Pengurusan Sukan
Mentadbir dan menguruskan sukan sebagai alat membawa
kebaikan kepada manusia sejagat, menjalinkan persahabatan serta memupuk
semangat toleransi, kerjasama persefahaman dan perpaduan.
Prinsip Pengurusan Pendidikan Jasmani
- Mempertingkatkan dan mengekalkan kecergasan berasaskan kesihatan dan perlakuan motor.
- Melahirkan masyarakat yang akan menjadikan senaman dan aktiviti fizikal sebagai budaya atau rutin harian serta dilaksanakan secara berterusan.
- Membolehkan pelajar menguasai kemahiran asas pergerakan dan permainan mengikut kemampuan diri.
- Melahirkan masyarakat yang dapat mengaplikasikan pengetahuan kesihatan dan keselamatan semasa menyertai pelbagai kegiatan fizikal.
- Membentuk masyarakat yang mengamalkan nilai murni, sahsiah dan disiplin diri yang sesuai dengan norma-norma masyarakat.
Prinsip Pengurusan Sukan
- Satu aktiviti yang paling berkesan membentuk kecergasan dan kesihatan dari segi fizikal dan mental.
- Satu penglibatan pembangunan sosial melalui penyertaan semua kalangan masyarakat.
- Keperluan asas manusia merangkumi berbagai-bagai
faktor daripada keperluan fisiologi kepada kepuasan mutlak diri.
Rabu, 8 Oktober 2014
PELAKSANAAN KEGIATAN DAN AKTIVITI KOKURIKULUM
Dasar Perlaksanaan
“Apa-apa kegiatan
yang dirancang lanjutan daripada proses P&P dalam bilik darjah yang
memberikan peluang untuk menambah, mengukuh dan mengamalkan pengetahuan,
kemahiran dan nilai yang dipelajari dalam bilik darjah” Peraturan-peraturan
Pendidikan (Kurikulum Kebangsaan) 1997.
3 ciri penting
kegiatan kokurikulum :
- Kegiatan yang dirancang
- Lanjutan proses P&P
- Memberi peluang kepada pelajar memantapkan pengetahuan, kemahiran dan nilai murni.
- Membantu perkembangan seseorang murid sepenuhnya
- Menanam dan mempertingkatkan nilai moral
- Menyampaikan ilmu pengetahuan
Seksyen 18, Akta
Pendidikan 1996 (Akta 550) menegaskan bahawa pelaksanaan kurikulum kebangsaan
adalah wajib di sekolah kerajaan atau bantuan kerajaan. Kegiatan
kokurikulum adalah sebahagian daripada kurikulum kebangsaan.
- Penyertaan pelajar adalah wajib dan perlu direkodkan.
- Prinsip penyertaan beramai-ramai tanpa ada unsur diskriminasi atau paksaan.
Strategi Pelaksanaan
- Menetapkan matlamat dan objektif
- Menyusun dan menetapkan kurikulum kegiatan dan aktiviti kokurikulum
- Menetapkan aktiviti yang jelas dan spesifik
- Menyediakan sumber kepakaran yang sesuai dan mencukupi
- Menyediakan prasarana atau pemilihan lokasi yang sesuai
- Menyediakan kemudahan asas/peralatan yang sesuai dan mencukupi.
- Memilih dan menetapkan masa yang sesuai dan mencukupi
- Menyediakan skema dan melaksanakan penilaian.
- Mewujudkan elemen penghargaan dan pengiktirafan
- Membina rangkaian kerjasama
- Membangunkan bahan sumber
Pengurusan
Pelaksanaan
Proses pelaksanaan
terbahagi kepada 6 peringkat.
- Perancangan
- Pelaksanaan
- Penyeliaan
- Penilaian
- Pendokumentasian
- Penambahbaikan
Perancangan
- Usaha mengenalpasti, merangka, membina, mengkonsepsikan atau menghasilkan pelbagai aktiviti berkaitan dengan objektif dan matlamat penubuhan.
- Dirancang, dianjur dan dilaksanakan dengan sistematik dengan berkesan.
- Memberi manafaat kepada ahlinya
- Memberi dan menyediakan peluang penyertaan kepada ahlinya.
7 Faktor dalam
perancangan:
- Matlamat dan objektif
- Harapan dan aspirasi
- Minat dan kecenderungan ahli
- Tahap pengetahuan, pengalaman
- Infrastruktur,peralatan
- Sumber kewangan
- Sumber kepakaran
Pelaksanaan
3 peringkat:
- pra pelaksanaan
- Pelaksanaan sebenar
- Pasca pelaksanaan
Penyeliaan
- Strategi untuk menilai dan memastikan kejayaan serta kemanafaatan aktiviti
- Mengenalpasti kelemahan
- Kekurangan peralatan
- Kaedah dan peraturan pelaksanaan aktiviti dipatuhi
- Penambahbaikan
- Kebajikan,keselamatan kesihatan
Penilaian
- Penilaian secara keseluruhan
- Kesesuaian dan keberkesanan aktiviti yang dijalankan
- Kandungan aktiviti - pengembangan ilmu, peningkatan kemahiran, pembangunan insan
- Pencapaian objektif dan matlamat
- Pencapaian murid
Penambahbaikan
- Secara berterusan
- Kurikulum aktiviti yang dilaksanakan
- Kaedah pelaksanaan aktiviti
- Kesan sampingan ke atas nilai insan dan jati diri
Pendokumentasian
- Untuk rekod dan simpanan, sumber rujukan
- Laporan dan dokumen sebagai bukti perlaksanaan aktiviti
Langgan:
Catatan (Atom)
Featured post
Metos Makan Waktu Malam
Makan malam buat anda gemuk? Tiada bukti secara saintifik membuktikan kerap makan di waktu malam akan mengakibatkan seseorang itu mengala...