Disclaimer

MatriXwoo2 does not give any warranty on accuracy, completeness, functionality, usefulness or other assurances as to the content appearing in this blog. MatriXwoo2 disclaims all responsibility for any losses, damage to property or personal injury suffered directly or indirectly from reliance on such information.

Ahad, 6 Mei 2012

Sistem Liga : Susunan Pertandingan Liga





Susunan Pertindangan Sistem Liga
Penyusunan jadual amat penting sebelum sesuatu perlawanan dimulakan. Dalam pertandingan liga, pasukan pertama akan ditetapkan kedudukannya dan pasukan seterusnya akan disusun mengikut pusingan jam atau pusingan lawan jam seperti berikut:


PUSINGAN JAM

. A lawan B
. F lawan C
. E lawan D

PUSINGAN LAWAN JAM

. B lawan A
. C lawan F
. D lawan E



Contoh susunan 6 buah pasukan bagi sistem pertindangan liga adalah seperti berikut:

Pusingan 1

             1.        A X B
             2.       F X C
             3.       E X D

Pusingan 2

             4.        A X F
             5.       E X B
             6.       D X C

Pusingan 3

              7.        A X E
              8.       D X F
              9.       C X B

Pusingan 4

             10.     A X D
             11.   C X E
             12.   B X F







     
Pusingan 5

              13.     A X C
              14.   B X D
              15.   F X E


Penentuan Kedudukan Sistem Liga
Kedudukan sesebuah pasukan atau keputusan pertandingan akan ditentukan dengan pengiraan mata. Pasukan yang menang akan diberi 3 mata; seri 1 mata dan kalah 0 mata. Pasukan yang mempunyai mata tertinggi akan ditetapkan sebagai jihan dan diikuti pula dengan pasukan yang ke-2; ke-3 dan seterusnya. Jika terdapat dua buah pasukan dengan bilangan mata yang sama, maka bilangan jaringan terbanyak akan diambil kira.

Contoh jadual yang menentukan kedudukan:
PASUKAN
P
M
S
K
J
G
MATA
KEDUDUKAN
SMK Banang Jaya
3
2
1
0
6
2
3
2
SMK Tun Ismail
3
2
1
0
10
1
3
1
SMK Tengku Mahmood Iskandar
3
1
0
2
3
6
2
3
SMK Senggarang
3
0
0
3
0
4
0
4

Petunjuk :     P – Jumlah perlawanan   S – Bilangan seri    J – Bilangan jaringan dibuat
                    M – Bilangan menang      K - Bilangan kalah     G – Bilangan jaringan bolos


LIGA KUMPULAN
Pertindangan liga kumpulan diadakan jika banyak kumpulan mengambil bahagian. Pasukan tersebut akan dibahagikan kepada beberapa buah kumpulan mengikut bpertandingan liga kumpulan seperti liga 4 kumpulan; liga 3 kumpulan; liga 2 kumpulan dan liga 1 kumpulan. Tiap-tiap satu kumpulan terdiri daripada 3 hingga 5 buah pasukan. Setiap pasukan akan bermain dengan semua pasukan lain dalam kumpulan masing-masing. Pembahagian mata adalah sama seperti pertandingan liga terbuka. Johan setiap kumpulan akan mewakili kumpulan masing-masing dalam pusingan akhir. Jika terdapat 4 kumpulan, maka 4 pasukan yang menjadi johan dalam setiap kumpulan layak ke pusingan akhir.

(a) Liga 4 Kumpulan
Dalam sistem liga 4 kumpulan, pasukan yang mengambil bahagian akan dibahagikan kepada 4 kumpulan. Semua pasukan akan bermain dalam kumpulan masing-masing. Johan daripada setiap kumpulan akan bermain dalam pusingan separuh akhir. Pasukan yang kalah di dalam pusingan separuh akhir akan bermain bagi menentukan tempat ke-3 dan ke-4. Pasukan yang menang dalam seperuh akhir akan bermain ke peringkat akhir untuk menentukan johan dan naib johan.

Contoh susunan pasukan dalam liga 4 kumpulan:
Kumpulan W
Kumpulan X
Kumpulan Y
Kumpulan Z
Johan
Naib Johan
Ke-3
Ke-4
Undian
Undian
Undian
Undian
Undian
Undian
Undian
Undian
Undian
Undian
Undian
Undian
Undian
Undian
Undian
Undian


(b) Liga 3 Kumpulan
Dalam sistem liga 3 kumpulan, pasukan yang mengambil bahagian akan dibahagiak kepada 3 kumpulan. Semua pasukan akan bermain dalam kumpulan masing-masing. Kemudian johan dan naib johan dari setiap kumpulan akan bermain dalam pusingan seterusnya iaitu bagi kumpulan A dan B. Johan dan naib johan dalam setiap kumpulan akan dimasukan dalam kumpulan A dan B mengikut syarat pertandingan yang dipersetujui.

Susunan pasukan dalam liga 3 kumpulan:
Kumpulan M
Kumpulan N
Kumpulan O
Johan
Naib Johan
Ke-3
Undian
Undian
Undian
Undian
Undian
Undian

Kedudukan pasukan bagi pusingan seterusnya adalah seperti berikut:
Kumpulan A
Kumpulan B
Johan Kumpulan M
Naib Johan Kumpulan M
Naib Johan Kumpulan N
Johan Kumpulan N
Johan Kumpulan O
Naib Johan Kumpulan O

Seterusnya, pasukan yang menang akan bermain dalam pusingan yang akhir dimana, Johan Kumpulan A akan bertemu Naib Johan Kumpulan B dan Naib Johan Kumpulan A akan bertemu Johan Kumpulan B. Pasukan yang menang akan bertemu di pusingan akhir untuk menentukan Johan dan Naib Johan kumpulan, manakala pasukan kalah akan bermain menentukan tempat ke-3 dan ke-4.

(c) Liga 2 Kumpulan
Pasukan yang mengambil bahagian akan dibahagikan kepada 2 kumpulan. Semua pasukan akan bermain dalam kumpulan masing-masing. Kemudian Johan dan Naib Johan dari setiap kumpulan akan bermain di pusingan separuh akhir. Pasukan yang kalah di separuh akhir akan bermain untuk menentukan tempat ke-3 dan ke-4 sementara pasukan yang menang di seperuh akhir pula akan bermain untuk menentukan Johan dan Naib Johan keseluruhan.

Kumpulan X
Kumpulan Y
Johan
Naib Johan
Ke-4
Ke-3
Undian
Undian
Undian
Undian

Pertindang liga 2 kumpulan sesuai untuk pertandingan antara bangsa atau profesional.


(d) Liga 1 Kumpulan
Sistem liga 1 kumpulan digunakan jika jumlah pasukan yang bertanding tidak melebihi 5 pasukan. Faktor-faktor yang dipertimbangkan untuk menggunakan sistem ini ialah:
(i)                  jumlah pasukan yang kecil
(ii)                tempoh masa yang diperuntukan
(iii)               sumber kewangan yang diperuntukan
(iv)              kemudahan yang ada
(v)                jumlah pegawai

Dalam sistem ini, pasukan yang mendapat mata tertinggi dikira Johan.

Kebaikan dan Keburukan Sistem Liga
KEBAIKAN
KEBURUKAN
Setiap pasukan berpeluan bermain dari sekali
Mengambil masa yang panjang
Banyak perlawanan dapat dijalankan
Memerlukan kos perbelanjaan yang lebih banyak
Pasukan yang kalah di dalam perlawanan awal berpeluang menjadi johan
Menjadikan perlawanan kurang menarik kerana johan pertandingan dapat diramal
Menghasilkan pemenang yang mutlak
Bilangan permainan yang banyak
Sistem ini dapat mengekalkan minat pertandingan dan penyertaan

-
Peluang untuk bermain adalah dengan sepuas hati

-


Tiada ulasan:

Featured post

Metos Makan Waktu Malam

  Makan malam buat anda gemuk? Tiada bukti secara saintifik  membuktikan kerap makan di waktu malam akan mengakibatkan seseorang itu mengala...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...