Pertumbuhan organ
Kecergasan dan kecerdasan seseorang
amat dipengaruhi oleh kesihatan individu. Dari segi biologi, orang yang aktif
dapat menjamin tumbesaran organ yang sihat. Contohnya, kekuatan otot pada
organ jantung dapat dipertingkatkan jika seseorang melakukan lari anak secara
rutin. Namun, teknik lari anak yang tidak sesuai akan mencederakan
bahagian-bahagian lain seperti kaki. Jadi, dengan adanya ilmu sains dalam
sukan, seseorang akan memakai kasut yang sesuai untuk keselesaan kaki di
samping mempertingkatkan aktiviti jantung semasa melakukan joging.
Pertumbuhan fizikal
Fizikal adalah pandangan luaran
seseorang. Individu yang sihat badannya dapat menjamin kesihatan keseluruhan
badan dari segi kelihatan luaran. Contohnya, seseorang gimnas mempunyai badan
yang kuat dan tegap dapat memakai baju jenis "body fit" sudah pasti
membuktikan keterampilannya di tempat kerja mahupun di tempat awam. Orang yang
sihat badan selalunya mampu melakukan pelbagai aktiviti serta bergiat aktif
dalam program-program seperti tarian, drama, muzik, maraton, dsb. Selain itu,
kesihatan fizikal merupakan faktor pertama yang mempengaruhi keputusan pihak
atasan untuk membuat pilihan untuk sesuatu kerja ataupun projek.
Pertumbuhan otot-saraf dan kemahiran
Koordinasi otot
dan saraf adalah penting dalam melicinkan pergerakan seseorang. Jika seseorang
sentiasa melalukan sesuatu aktiviti seperti membongkokkan badan, sudah pasti ia
bukan satu masalah baginya, melakukan senam robik sebab otot dan saraf sudah
biasa dengan pergerakan sedemikian. Sebaliknya, seseorang akan berasa lesu dan
sakit jika koordinasinya tidak selaras dengan kehendak individu. Kemampuan
untuk melakukan pergerakan yang luar biasa juga dapat menjamin kemahiran
seseorang dalam bidang tersebut.
Pertumbuhan emosi dan sosial
Sukan adalah satu
saluran yang baik untuk meluahkan perasaan marah, tekanan dan stress. Ia juga
dapat melatih seseorang supaya menjadi optimis dan .Telah dipercayai sukan
boleh merangsang perembesan hormon riang "serotonin" yang boleh
menjadikan individu berasa gembira dan positif. Selain itu, sukan dan latihan
yang dijalankan secara berkumpulan juga boleh merapatkan hubungan antara sesama
yang lain. Dalam kumpulan, kita juga dapat mewujudkan suatu persaingan yang
positif semasa bermain "game".
Pertumbuhan insan dan negara
Manusia harusnya
sentiasa aktif dan cergas. Dengan adanya populasi yang sihat, barulah negara
menjadi kuat. Kekuatan ini adalah disebabkan manusia yang sihat dari fizikal
boleh menyumbang tenaga buruh; sihat mental boleh memberi idea yang baru kepada
negara, sihat sahsiah membantu perpaduan dan persefahaman satu negara. Selain
itu, sukan memainkan peranan penting dalam menjalin hubungan dengan negara lain
seperti Sukan Olimpik.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan