Prinsip Perbezaan
Individu
Prinsip ini
bermaksud, setiap individu berbeza, memiliki keunikan tersendiri. Disebabkan perbezaan
masing-masing, program untuk setiap orang mungkin berbeza. Satu program tidak
semestinya sesuai untuk semua. Program latihan yang direka perlu berdasarkan
perbezaan individu. Perbezaan ini mungkin berkait dengan saiz badan, bentuk
badan, genetik, pengalaman, kecederaan yang mungkin ada, jantina, umur dan
sebagainya. Jadi, untuk merangka sesuatu program yang berkesan perlu
mengenalpasti berbezaan. Sebagai contoh, perempuan memerlukan masa pemulihan
yang lebih berbanding lelaki.
Prinsip Penambahan
Bebanan (Overload)
Prinsip ini
menyatakan bahawa, bebanan atau tekanan yang lebih besar diperlukan untuk
menunjukkan hasil dalam latihan. Ini bermaksud jika kita melakukan latihan yang
sama sahaja setiap hari tanpa melakukan menambahan, hanya akan menyebabkan
keletihan.
Prinsip Perubahan (Progression)
Prinsip perubahan
menunjukkan perubahan yang berlaku selepas mencecah tahap maksima dalam
penambahan bebanan (overload). Peningkatan
beransur-ansur dan sistematik beban kerja dalam satu tempoh masa akan
menghasilkan peningkatan dalam kecergasan tanpa risiko kecederaan. Maksudnya
jika kita mengikut prinsip penambahan secara berperingkat dan sistematik akan
berlaku perubahan tanpa risiko kecederaan berbanding mereka yang melakukkan
penambahan secara mendadak, biasanya kerana tiada kesabaran. Sebagai contoh,
seorang atlet hujung minggu (weekend athlete)
yang hanya melakukan latihan pada hujung minggu melanggar prinsip perubahan
berkemungkinan tiada peningkatan pada tahap kecergasan kerana tidak mengikut
satu sistem latihan yang teratur dan sistematik. Prinsip perubahan juga menekan
keperluan berehat untuk pemulihan. Tekanan berterusan ke atas badan akan
menyebabkan keletihan dan kecederaan. Latihan berterusan cenderung untuk
mencapai tahap terlebih latihan (overtraining) dan
penurunan tahap kecergasan.
Prinsip Adaptasi
Adaptasi merujuk
kepada keupayaan untuk menyesuaikan diri dengan tuntutan meningkat atau menurun
fizikal badan. Penyesuaian termasuk, penerimaan sesuatu pergerakan baru, beban
tertentu, kemahiran. Perbuatan berulang kali akan memudahkan badan menjalankan
aktiviti tersebut selepas suatu jangka waktu. Sebagai contoh, melakukan latihan
di rumah dengan dumbbell 5 kg, pada peringkat awal, mungkin terdapat perubahan
dan terasa sakit (delay onset muscle soreness), tetapi selepas satu jangka
masa, tiada lagi perubahan dan kesakitan otot. Ini menunjukkan berlakunya
penyesuaian.
Prinsip Guna /
Tidak Digunakan (Use/Disuse)
Prinsip ini
menunjukkan kecergasan akan datang jika kita melatihnya dan akan hilang jika
tidak melatihnya. Ini juga menunjukkan bahawa otot akan hipertrofi semasa
pengguaan dan jika tidak digunakan akan atrofi (kejatuhan otot). Secara purata,
tahap kecergasan aerobik akan merosot jika tidak berlatih lebih daripada 24
jam. Otot juga akan atrofi jika tidak berlatih lebih daripada 5 hari.
Prinsip Spesifikasi
Prinsip spesifikasi
menunjukkan bahawa menjalankan latihan tertentu untuk membentuk bahagian
tertentu. Sebagai contoh, untuk berlatih renang, anda perlu berenang, untuk
latih berlari, anda perlu berlari. Tetapi untuk kebanyakan sukan, seeloknya
anda memiliki tahap kecergasan yang baik.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan