Disclaimer

SainsdanSukan does not give any warranty on accuracy, completeness, functionality, usefulness or other assurances as to the content appearing in this blog. MatriXwoo2 disclaims all responsibility for any losses, damage to property or personal injury suffered directly or indirectly from reliance on such information.

Jumaat, 14 Oktober 2016

Air sejuk atau air berais?



Elok ke minum air sejuk atau ais?  Ada orang kata boleh tangkap sendi! Buat masa ini, tiada kajian saintifik menunjukkan bahaya minum air berais. Cuma terdapat teori yang mengatakan bahawa minum air berais secara berterusan boleh membahayakan anda. 

Ada yang mengatakan bahawa, meminum air berais untuk satu jangka masa panjang boleh menyebabkan beberapa masalah kesihatan seperti penambahan berat badan, batuk, sakit kepala, sakit lutut, masalah perut, imuniti badan yang lemah, kemandulan dan lain-lain.

Berdasarkan teori yang suhu purata badan yang normal adalah 37°C. Minum air berais akan menurunkan suhu dan melambatkan sistem tenaga serta peredaran darah dalam badan. 

Kesejukan boleh terperangkap di dalam badan sehingga tenaga tidak dapat dialirkan dan menyebabkan sakit-sakit sendi dan sebagainya. Masalah-masalah lain juga mungkin muncul termasuk ketidaksuburan, penuaan lebih cepat dan sebagainya.

Jika peredaran tenaga perlahan, ia melambatkan metabolisme dan mengakibatkan penambahan berat badan yang menjadi punca pelbagai jenis penyakit. 

Air berais juga dipercayai menghalang proses penghadaman dan melambatkannya. Hasilnya makanan tidak dicerna dengan betul, membawa kepada pembentukan bahan toksik di dalam usus kecil.

Namun itu semua andaian dan teori semata-mata. Tiada bukti saintifik menunjukkan perkara sedemikian. 

Terdapat kajian menunjukkan, minum air sejuk memaksa badan menghasilkan tenaga haba dengan pembakaran melebihi 70 kalori. Ia sekali gus membakar kalori berlebihan.

Manakala minum air sejuk, 2-4°C, menyebabkan air dapat disalurkan kepada bahagian yang dehidrasi atau kekurangan air dengan cepat. 

Pernahkah anda ketika sedang joging, minum air suam atau suhu bilik dan terasa seolah-olah air tersebut bergoncang di perut? 

Ini adalah kerana air tersebut mengambil masa yang lama yang agak lama untuk turun ke usus. Untuk pengetahuan anda, air tidak diserap di perut tetapi di usus kecil.

Air bersuhu rendah dapat turun ke usus dengan lebih cepat. Ini apa yang dipanggil rate of empty stomach (kadar pengosongan perut). 

Cuba bayangkan ada satu penapis antara perut dan usus kecil. Air suhu biasa, jarak di antara molekul lebih jauh manakala air bersuhu rendah jaraknya lebih dekat. 

Bayangkan air bersuhu rendah lebih kecil, yang mana mampu melepasi penapis dengan lebih cepat? Menurut kajian, air bersuhu 2-4°C iaitu menghampiri tahap beku lebih cepat turun ke usus kecil.

Bagi penulis, boleh minum apa-apa sahaja tetapi jangan berlebih-lebihan!


Tiada ulasan:

Featured post

Metos Makan Waktu Malam

  Makan malam buat anda gemuk? Tiada bukti secara saintifik  membuktikan kerap makan di waktu malam akan mengakibatkan seseorang itu mengala...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...