Disclaimer

MatriXwoo2 does not give any warranty on accuracy, completeness, functionality, usefulness or other assurances as to the content appearing in this blog. MatriXwoo2 disclaims all responsibility for any losses, damage to property or personal injury suffered directly or indirectly from reliance on such information.

Rabu, 16 Mei 2012

Sistem Kalah Mati

 

Sistem kalah mati merupakan sistem pertandingan yang digunakan oleh penganjur untuk menjimatkan masa dan kos. Pasukan yang menang layak ke pusingan seterusnya manakala pasukan yang kalah akan disingkirkan.

Faktor-faktor yang perlu dipertimbangkan untuk menetapkan sistem ini ialah: Tempoh masa yang terhad; Peruntukan kewangan yang terhad; Jumlah pasukan yang banyak; Bilangan kemudahan yang terhad; Bilangan personal yang terhad.

Sistem kalah mati terbahagi kepada 5 jenis: Kalah mati sekali; Kalah mati 2 kali; Kalah mati bersagu hati; Kalah mati berlapis; Kalah mati 3 lapis.

(A)  Kalah Mati Sekali
Sistem kalah mati sekali digunakan jika terdapat penyertaan bilangan pasukan yang banyak. Dalam sistem ini, pasukan yang menang layak ke pusingan seterusnya dan yang kalah akan tersingkir.

Dalam pusingan kedua, jumlah pasukan yang bertanding akan berkurangan kerana seperuh daripada pasukan telah disingkir selepas pusingan pertama.

Sistem ini sangat popular kerana tidak banyak melibatkan kos dan masa. Adakalanya sistem ini dijalankan di pusingan kedua dan seterusnya setelah pertandingan peringkat awal dijalankan secara liga.

i. Penentuan ‘Bye’ atau Menunggu
‘Bye’ bermakna pasukan yang harus menunggu tanpa bertanding dalam pusingan pertama dan boleh terus bertanding pada pusingan kedua. ‘Bye’ berlaku apabila jumlah peserta kurang daripada braket yang digunakan.

Untuk menentukan ‘Bye’, jumlah braket yang digunakan perlu betul dan sesuai dengan bilangan peserta. Jumlah braket yang digunakan diwakili oleh Kuasa Dua. ‘Kuasa Dua’ yang digunakan pula lebih besar atau sama dengan bilangan peserta.

Kuasa Dua
Bilangan Peserta
(2²)
3 dan 4 pasukan
(2²)
5,6,7 dan 8 pasukan
(2²)
9, 10 ....16 pasukan
(2²)
17, 18 ......32 pasukan

Sebagai contoh, sekiranya 7 pasukan yang bertanding, maka jumlah braket yang perlu digunakan ialah (2²). Jumlah ‘Bye’ dalam perlawanan ialah: (2²) – N

Contohnya, bilangan pasukan yang bertanding = N = 7. Angka Kuasa Dua yang lebih tinggi daripada 7  ialah 8 (2²). Maka, (2²) – N = (8) -7 = 1 ‘Bye’.

ii. Penempatan ‘Bye”
“Bye’ ditetapkan sebelum menyusun jadual perlawanan. ‘Bye’ juga tidak diberikan kepada pasukan/peserta secara dua kali berturut-turut. ‘Bye’  hanya digunakan sekali untuk pasukan/peserta di dalam pusingan awal atau pusingan pertama.

Pasukan ‘Bye’ sepatutnya ditempatkan secara simetrikal iaitu jika terdapat 2 ‘Bye’ dalam sesuatu perlawanan, satu pasukan harus ditempatkan di bawah sekali dan satu pasukan harus ditempatkan di atas sejali.

iii. Menentukan Jumlah Perlawanan
Jumlah semua perlawanan dalam sistem kalah mati sekali dikira dengan menolak satu dari jumlah pasukan yang mengambil bahagian iaitu (N-1). Sebagai contoh, jika terdapat 7 pasukan, (N=7) yang mengambil bahagian, maka jumlah perlawanan ialah 6 kali termasuk perlawanan akhir, iaitu (7 – 1) = 6 perlawanan.

Menentukan jumlah perlawanan dalam pusingan pertama dapat ditentukan dengan rumus berikut: 

N - bye
     2

=  7 - 1
      2

=    3 

iv. Susunan Perlawanan Kalah Mati
Contoh 4 pasukan bertanding:

  
 Contoh 7 pasukan bertanding:


(B) Sistem Kalah Mati 2 Kali

Sistem kalah mati 2 kali membolehkan pasukan yang mengambil bahagian bertanding walaupun kalah di pusingan awal. Keadaan ini memberi peluang kepada pasukan yang kalah di pusingan awal. Pasukan yang kalah kali kedua sahaja akan tersingkir. Oleh itu, pasukan pilihan (seeded) tidak penting di dalam sistem ini.

i.  Menentukan Jumlah Prlawanan
Jumlah perlawanan akan ditentukan dengan menggunakan rumus berikut:
Pertandingan melibatkan 16 pasukan
16 = (2⁴)
Maka, bilangan pusingan ialah: 2 X 4 = 8 pusingan.

ii. Menyusun Jadual Perlawanan
Jadual pertandingan kalah mati 2 kali boleh disusun dengan dua kaedah iaitu:
Kaedah ke atas dan ke bawah
Kaedah membelakang


Pertandingan kalah mati 2 kali untuk 8 pasukan (kaedah ke atas dan ke bawah)

 Kebaikan dan Keburukan Sistem Kalah Mati

Kebaikan
Keburukan
Menjimatkan masa
Perlawanan terhad
Lebih mencabar, kerana semua Pasukan/ individu harus bertungkus lumus
Separuh daripada pasukan akan disingkirkan selepas pusingan pertama.
Tidak memerlukan kemudahan yang banyak
Tidak menggunakan kemudahan yang banyak
Format pertandingan mudah difahami
Penentuan perlawanan atau pasukan pilihan penting
Menjimatkan kos
Pasukan yhang menang tidak semestinya yang terbaik
Dapat menentukan johan dengan cepat
-


Tiada ulasan:

Featured post

Metos Makan Waktu Malam

  Makan malam buat anda gemuk? Tiada bukti secara saintifik  membuktikan kerap makan di waktu malam akan mengakibatkan seseorang itu mengala...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...