Tengah-tengah duduk atas sofa tengok Liverpool atau JDT lawan, tiba-tiba terasa nak mengunyah sesuatu yang manis. Tak pun rasa lapar ketika itu tapi sedar-sedar mulut dah pun mengunyah coklat. Rasa bahagia dan gembira saja makan coklat.
Siapakah pernah alami
situasi begini?
Majoriti daripada kita ada keinginan terhadap sesuatu
makanan atau food craving. Ada yang ingin makanan manis, ada yang ingin
makanan masin, ada yang ingin pizza, aiskrim, asam jeruk atau sebagainya.
Bagaimana atasinya?
Jika anda craving makanan manis, ada
berkemungkinan ada masalah dengan insulin. Memberi lebih gula menyebabkan
masalah itu semakin teruk disebabkan gula yang masuk akan menyebabkan insulin
dirembeskan lagi menyebabkan keinginan itu meningkat. Pilih gula seperti buah
apabila anda craving benda manis. Dalam masa sama tambah makanan
tinggi serat untuk menstabilkan kandungan gula dalam darah.
Keinginan pada coklat menunjukkan anda kekurangan magnesium.
Menurut kajian, lebih 80% daripada populasi manusia di dunia ini kekurangan
magnesium dalam diet seharian. Coklat walaupun bagus untuk antioksida akan
tetapi tinggi gula. Pilih coklat gelap atau dark chocolate jika
anda craving. Pilih yang lebih 75 % coklat gelap. Ia biasanya rendah gula.
Dalam masa sama, makan makanan tinggi magnesium seperti kacang, ikan dan sayur
hijau.
Keinginan terhadap makanan masin termasuk makanan ringan
seperti patato chips, mee segera yang tinggi garam menunjukkan anda
seorang yang hidup dengan tekanan. Tekanan mungkin datang daripada kerja,
mungkin daripada keluarga, dan lain-lain. Cuba atasi tekanan itu. Ada pelbagai
cara mengurangkan tekanan termasuk meditasi, solat dan sebagainya. Selesaikan
masalah yang melanda. Dapat konsultasi pakar atau pihak lain jika perlu.
Keinginan terhadap daging merah menunjukkan kekurangan zat
besi. Daging merah termasuk burger daging, steak dan sebagainya. Perempuan
tengah haid biasanya kurang zat besi. Tambah makanan tinggi zat besi seperti
kurma, kacang, legume dan lain-lain.
Keinginan terhadap makanan berkeju seperti pizza menunjukkan
kurang lemak baik dalam diet. Tambah lemak baik seperti salmon, flaxseed
oil dalam pemakanan harian.
Keinginan terhadap makanan bukan disebabkan kelaparan.
Keinginan tak datang daripada perut tetapi daripada signal di otak yang tubuh
memerlukan zat makanan yang kita perlukan.
Bibliografi:
https://bengreenfieldfitness.com/2014/01/what-do-food-cravings-mean/
http://www.bbcgoodfood.com/howto/guide/what-your-food-cravings-really-mean
Tiada ulasan:
Catat Ulasan