Disclaimer

MatriXwoo2 does not give any warranty on accuracy, completeness, functionality, usefulness or other assurances as to the content appearing in this blog. MatriXwoo2 disclaims all responsibility for any losses, damage to property or personal injury suffered directly or indirectly from reliance on such information.

Selasa, 29 Oktober 2019

Sukan malam ‘pembunuh senyap’



Aktiviti bersukan yang banyak menggunakan tenaga boleh bertukar menjadi gejala tidak sihat dan membahayakan kesihatan jika tidak diuruskan dengan baik.

Aktiviti bersukan seperti bermain futsal, beriadah di gimnasium dan bermain badminton pada waktu malam yang kini menjadi gaya hidup warga kota akibat kekangan masa akibat bekerja sebenarnya boleh menjadi ‘pembunuh senyap’.

Ini kerana, tanpa disedari individu berkenaan mungkin boleh diserang penyakit berbahaya seperti tekanan darah tinggi, masalah serangan jantung, penyakit saraf dan keletihan melampau.

Bersukan pada malam hari banyak menggunakan tenaga boleh bertukar menjadi gejala tidak sihat dan membahayakan kesihatan jika tidak diuruskan dengan baik.

Secara purata seseorang menghabiskan lapan jam bekerja sehari dan memerlukan waktu rehat.

Aktiviti bersukan selepas bekerja terutama pada waktu malam menyebabkan badan menjadi lesu kerana tubuh dipaksa bekerja keras dan banyak tenaga dikeluarkan.

Bersukan pada waktu malam akan memaksa badan untuk bekerja keras dengan aktiviti sukan yang berat dan boleh mengakibatkan tekanan darah kita meningkat naik sekali gus boleh menyebabkan masalah darah tinggi dan jantung.

Namun begitu, jika seseorang individu ingin melakukan senaman pada waktu malam, ianya perlu melakukan senaman ringan yang tidak menggunakan tenaga yang banyak.

Aktiviti bersukan pada waktu malam juga boleh membuatkan badan seseorang menjadi letih dan mengganggu waktu tidur.

Bersenam atau melakukan aktiviti sukan berat berat digalakkan pada waktu siang, mengikut kemampuan serta umur seseorang dan tidaklah keterlaluan.

Jangan terlalu memaksa tubuh melakukan perkara-perkara yang di luar kemampuan.

Mukttahir ini, ramai di kalangan warga pertengahan umur mati mengejut ketika melakukan aktiviti fizikal pada malam hari bukanlah perkara baharu serta perlu diambil perhatian serius dan tidak dipandang remeh.

Kematian mengejut semasa bersukan di malam hari ini membuktikan bahawa usia muda bukanlah jaminan seseorang itu selamat daripada risiko mati mengejut ketika melakukan aktiviti riadah.

Mereka yang bersukan ini kadang-kadang tidak pernah melakukan pemeriksaan kesihatan sebab mereka ingat mereka sihat, muda dan tidak ada penyakit.

Persepsi yang mengatakan, semakin kerap kita bersukan dalam sehari, tubuh semakin sihat haruslah di singkirkan.

Ini kerana kemampuan sistem tubuh ‘berkerja’ mempunyai had maksima dan ianya memerlukan rehat yang maksima untuk tubuh ‘refresh’ semula.

Malam hari adalah waktu tubuh badan ‘berehat’ sementara waktu siang adalah waktu tubuh badan ‘berkerja’.

Firman Tuhan:
“Dialah yang menjadikan malam bagi kamu supaya kamu beristirahat padanya dan (menjadikan) siang terang benderang (supaya kamu mencari karunia Allah). Sesungguhnya pada yang demikian itu terdapat tanda-tanda (kekuasaan Allah) bagi orang-orang yang mendengar.” (QS. Yunus:67).

Featured post

Metos Makan Waktu Malam

  Makan malam buat anda gemuk? Tiada bukti secara saintifik  membuktikan kerap makan di waktu malam akan mengakibatkan seseorang itu mengala...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...