Disclaimer

MatriXwoo2 does not give any warranty on accuracy, completeness, functionality, usefulness or other assurances as to the content appearing in this blog. MatriXwoo2 disclaims all responsibility for any losses, damage to property or personal injury suffered directly or indirectly from reliance on such information.

Selasa, 10 Disember 2019

Kebangkitan dan Kebimbangan Dalam Sukan




Pengenalan 
Psikologi sukan boleh ditakrifkan sebagai satu bidang kajian saintifik yang melihat kesan serta pengaruh sesuatu aktiviti terhadap perlakuan fizikal, efektif serta kognitif mereka yang terbabit secara langsung mahupun tidak langsung dengan aktiviti tersebut. Menurut pakar psikologi sukan, (Wann, 1997), bidang ini membabitkan bidang sukan dan pergerakan. Antaranya Cox (1998) menjelaskan bahawa psikologi sukan merupakan satu bidang sains atau prinsip-prinsip psikologi diaplikasi dalam bidang sukan. Bagi Weinberg dan Gould (1999), Modul Pengenalan kepada psikologi sukan pula merumuskan bahawa psikologi sukan merupakan satu bidang kajian saintifik tentang manusia dan perlakuan mereka dalam konteks sukan dan pergerakan. Takrifan ini membuka skop yang lebih luas dalam bidang psikologi sukan dengan mengambil kira segala bentuk perubahan yang berlaku kepada atlit, jurulatih, pegawai serta penonton digelanggang atau padang permainan serta melibatkan mereka yang menyaksikan atau mengikuti perkembangan aktiviti tersebut dari jauh. Kajian dalam psikologi sukan juga membolehkan kita menyatakan sesuatu tingkah laku, menerangkan tingkah laku tersebut, dan membuat andaian tentang tingkah laku.

Keadaan seseorang atlit diterangkan melalui pendekatan psikologi bagi mendapatkan kaedah yang sesuai untuk menangani masalah atlit. Ringkasnya, seseorang ahli psikologi sukan bukan sahaja berminat untuk mengetahui apa yang berlaku digelanggang serta kesan langsung terhadap atlit serta pegawai yang terbabit malahan kepada mereka terlibat secara tidak langsung di luar gelanggang permainan.

Kebangkitan dan Kebimbangan Dalam Sukan
Cuba kita selami perasaan yang sedang dirasai oleh tiga orang ahli gimnastik Nadia, Mei Lin, Sharmila. Mereka sedang menunggu giliran untuk menunjukkan kebolehan masing-masing dalam satu kejohanan gimnastik yang disaksikan oleh ribuan penonton. Nadia kurang gemar beraksi di hadapan penonton kerana kehadiran penonton memberikan tekanan kepada beliau. Tahap kebimbangan Nadia akan bertambah bila beraksi di hadapan penonton. Kesannya, prestasi Nadia menurun jika dibandingkan semasa sesi latihan.

Mei Lin pula berbeza dari Nadia. Beliau kelihatan relaks semasa pertandingan. Kehadiran penonton yang ramai serta tekanan pertandingan tidak memberi sebarang kesan kepada Mei Lin. Sikap Mei Lin yang relaks serta bersahaja menyebabkan prestasi beliau merosot kerana tekanan pertandingan tidak begitu dirasai. Rasa bimbang untuk memberikan persembahan yang terbaik tidak cukup kuat untuk membolehkan Mei Lin beraksi dengan baik.

Sharmila pula melihat pertandingan sebagai satu peluang untuk beliau meningkatkan kemampuannya. Kehadiran penonton yang ramai serta pertandingan itu sendiri sebenarnya memberikan tekanan kepada beliau. Bagaimanapun tahap kebimbingan yang disebabkan oleh kehadiran penonton serta tekanan pertandingan masih lagi di tahap yang terkawal. Hasilnya, Sharmila dapat memberikan tumpuan kepada aksi beliau serta dapat memberikan persembahan yang terbaik dalam pertandingan tersebut.

Perkara yang ingin diutarakan dalam situasi diatas adalah kesan dan pengaruh kebangkitan, kebimbangan, dan tekanan serta kaitannya dengan prestasi individu dalam sukan. Fenomena ini bukan sahaja dihadapi oleh atlet di peringkat tertinggi, malahan kita juga pernah menghadapi situasi ramai, rasa bimbang apabila berada ditempat tinggi dan pelbagai situasi yang menekan sebenarnya berkait rapat dengan ketiga-tiga elemen ini. Perbincangan tajuk ini berkisar tentang kebangkitan, stres dan kebimbangan; kesan dan pengaruhnya terhadap prestasi manusia; teori dan pendekatan yang digunakan untuk menjelaskan tentang fenomena inin serta kajian yang berkaitan dan langkah-langkah yang boleh diambil untuk mengatasi masalah ini.

Kebangkitan (Resurrection)
Apakah yang dimaksudkan dengan kebangkitan? Banyak definisi yang diutarakan oleh pakar psikologi sukan untuk menjelaskan tentang kebangkitan. Menurut Cox (1998), kebangkitan dapat didefinisikan sebagai tahap kesediaan.

fisiologi yang berada dalam satu kontinum dari tidur yang lena sehingga kepada keseronokan yang terlampau. Cratty (1989), mendefinisikan kebangkitan sebagai kesediaan untuk beraksi secara fizikal, intelektual atau perseptual. LeUnes dan Nation (1989) mentakrifkan kebangkitan pula, merujuk kepada aktivasi psikologi individu. Manakala Wann (1997), mendefinisikan kebangkitan sebagai tahap kesediaan fisiologi untuk beraksi secara fizikal, intelektual atau perseptual yang tidak dipengaruhi oleh emosi.

Berdasarkan definisi yang diutarakan di atas, terdapat persamaan yang nyata tentang kebangkitan. Ia merujuk kepada tahap kesediaan seseorang individu dalam menghadapi stimulus yang terdapat di persekitaran. Menurut Wann (1997), kebangkitan sebenarnya bersifat neutral, sementara kesannya sama ada positof atau negatif bergantung kepada tafsiran individu terbabit. Untuk memudahkan pemahaman kita tentang kebangkitan, ia didefinisikan sebagai tahap kesediaan fisiologi individu untuk bertindak secara fizikal mahupun mental.

Kebimbangan (Anxiety)
Apakah pula yang dimaksudkan dengan kebimbangan? Menurut Wann (1997), kebimbangan ialah sesuatu yang negatif dan boleh mempengaruhi pencapaian atlit dalam sukan. Ia merujuk kepada tafsiran kognitif yang dibuat oleh individu terhadap apa yang terdapat di persekitarannya. Jika tafsiran tesebut menjurus kepada sesuatu yang mendatangkan kesan negatif, maka ia menghasilkan kebimbangan.

Apabila memperkatakan kebimbangan di kalangan atlit maka perlu dijelaskan mengenai kebimbangan tret dan kebimbangan seketika. Berdasarkan kepada Silva dan Stevens (2002) kebimbangan tret adalah merujuk kepada personaliti seseorang individu di mana ia bersifat stabil dan mereka sering mentafsirkan situasi persekitaran dengan perasaan risau atau bimbang yang boleh meningkatkan tahap kebangkitan (arousal). Ini menunjukkan kebanyakan masyarakat mempunyai tahap kebimbangan tret yang sederhana dan sedikit sahaja yang tinggi atau rendah tahap kebimbangan tret. Manakala kebimbangan seketika merujuk kepada tahap kebimbangan semasa yang terhasil dari persepsi individu terhadap bentuk tekanan yang terdapat di persekitaran pada waktu itu (Shaharudin 2001).

Jenis-jenis Kebimbangan 
Kebimbangan boleh dibahagikan kepada beberapa jenis. Antaranya Kebimbangan Seketika (State Anxiety), Kebimbangan Tret (Trait Anxiety), Kebimbangan Kognitif ( Cognitive Anxiety) dan Kebimbangan Somatik (Somatic Anxiety).

Kebimbangan Seketika (State Anxiety) adalah tahap kebimbangan semasa yang terhasil atau berlaku dari persepsi individu terhadap bentuk tekanan yang terdapat di persekitarannya pada waktu itu seperti perasaan khuatir/bimbang, takut, tekanan dan kebangkitan fisiologikal.

Kebimbangan Tret (Trait Anxiety) merujuk kepada ciri-ciri personaliti individu yang sering mentafsir situasi di persekitaran mereka sebagai menekan atau menggugat diri dan situasi ini akan meningkatkan lagi tahap kebimbangan mereka.

Kebimbangan Kognitif ( Cognitive Anxiety) merupakan proses mental yang bersifat kognitif yang berlaku akibat dari tafsiran terhadap situasi semasa.Sebagai contoh ketakutan terhadap penilaian sosial, takut terhadap kegagalan dan kehilangan harga diri (self esteem).

Kebimbangan Somatik (Somatic Anxiety) pula merujuk kepada aspek fisiologikal dan afektif individu yang terbabit kesan dari kebimbangan kognitif yang wujud dalam diri individu tersebut. Sebagai contoh peningkatan kadar degupan jantung, pernafasan dan ketegangan otot-otot. Ini akan mengakibatkan individu hilang, rasa marah-marah, kurang yakin serta mendatangkan kesan kepada prestasi individu.

Perbandingan kebangkitan dan kebimbangan
Ciri perbezaan antara kebangkitan dan kebimbangan telah dijelaskan dengan sebegitu rupa untuk menerangkan tentang perbezaan antara kedua-duannya, serta untuk mengelakkan salah tafsiran tentang apa yang dimaksudkan dengan kebangkitan dan kebimbangan. Bagaimanapun, untuk menjelaskan tentang teori yang berkaitan dengan kebimbangan, kedua-duanya perlu dilihat dalamm konteks yang sama kerana kebangkitan sering dilihat sebagai hampir sama dengan kebimbangan seketika (Cox, 1998). Dalam bahagian ini, akan diutamakan teori-teori yang menjelaskan tentang perkaitan antara kebangkitan dan kebimbangan dengan prestasi atlet.

Proses Kebangkitan
Secara ringkasnya, kebangkitan berpunca dari tindakan Sistem Saraf Autonomik (SSA). SSA mengawal tindakan automatik serta fungsi luar kawal badan seperti degupan jantung, pernafasan dan tekanan darah. Ia boleh dibahagikan kepada sistem simpatetik dan parasimpatetik. Sistem simpatetik boleh dianggap sebagai pusat kebangkitan, dengan menyediakan badan untuk tindakan flight or flight sementara parasimpatetik pula berfungsi sebagai penenang (menurunkan kebangkitan), Bagi manusia, proses kebangkitan berkait rapat dengan proses homeostasis iaitu proses menstabilkan tahap fisiologi manusia (Wann, 1997).

Setiap individu mempunyai tahap kebangkitannya yang tersendiri (optimum) serta berbeza dengan individu yang lain. Sekiranya aktiviti simpatetik meningkatk, maka tahap kebangkitan seseorang individu juga akan meningkat melebihi tahap optimum. Justeru itu, parasimpatetik bertanggungjawab untuk menurunkan tahap kebangkitan seseorang individu agar kembali kepada tahap asal (hemeostasis).

Tahap Optimum Kebangkitan
Kebangkitan boleh diletakkan dalam satu kontinum yang terdiri dari tidur yang lena sehinggalah kepada keseronokan yang terlampau (Cox, 1998). berdasarkan kajian, organisma hidup sebenarnya mencari satu tahap kebangkitan yang sesuai dan selamat ketika melakukan sesuatu tugasan. Tahap ini dikenali sebagai tahap kebangkitan yang optimum. Keinginan mendapatkan tahap kebangkitan yang optimum ini dikenali sebagai sensoristasis (Schultz, 1965). Menurut Duffy (1957) tahap kebangkitan yang optimum sebenarnya berada dipertengahan iaitu tahap kebangkitan yang tidak terlalu tinggi dan juga tidak terlalu rendah.

Indikator Kebangkitan
Pelbagai cara boleh digunakan untuk mengesan tahap kebangkitan seseorang individu. Antara kaedah yang biasa digunakan dengan mengunakan alat elektrofisiologikal. Bagaimanapun, tidak ada satu cara yang paling tepat untuk mengukur kebangkitan (Cox, 1998; Tenenbaum, 1984). Jesteru itu, kita perlu berhati-hati ketika mengukur dan mengesan tahap kebangkitan individu. Antara cara sesuai digunakan untuk mengesan tahap kebangkitan adalah peningkatan kadar nadi, ketengangan otot, pengeluaran peluh, peningkatan pernafasan, perlakuan yang tidak teratur, percakapan yang terlalu laju serta hilang rentak perlakuan yang biasa.

Stres
Menurut Hans Selye (1982), stres merupakan respons tubuh badan tanpa emosi terhadap bebanan atau tekanan  yang dihadapi di persekitaran. Antara bentuk tekanan yang dihadapi adalah tekana fizikal iaitu tekanan yang berpunca dari penglibatan dalam akktiviti, tekanan mental seperti rasa sedih, kecewa dan seronok serta bentuk tekanan yang lain. Apa pun bentuk tekanan yang diterima, reaksi fisiologikalnya tetap sama.

Seperti mana dengan kebangkitan, stres merupakan tindak balas fisiologikal yang neutral terhadap tekanan atau bebanan yang terdapat di persekitaran. Nilai stres sama ada positif atau negatif, sebenarnya bergantung kepada tafsiran yang dibuat oleh individu yang menghadapinya. Justeru itu, stres dn kebangkitan mempunyai persamaaan yang ketara iaitu kedua-duanya bersifat neutral serta tidak mempunyai pengaruh emosi.

Selye (1982) menjelaskan bahawa stres boleh dikategorikan kepada empat kategori utama dan dibahagikan kepada dua variasi yang berbeza iaitu eustres-distres serta hiperstres-hipostres. Ia bergantung kepada interpretasi kognitif individu itu sendiri.

Eustres
Sekiranya individu tersebut merasakan bahawa stres yang di alaminya bersifat positif, maka ia disebut eustres. Contohnya, perasaan serta debaran yang dirasai oleh seorang atlet sementara menantikan namanya di umumkan sebagai pemenang serta dikalungkan dengan pingat emas. Stres yanag di alami dalam bentuk debaran di tafsirkan sebagai positif oleh atlet tersebut.

Distres
Sekiranya individu tersebut membuat interpretasi bahawa stres yang dialaminya bersifat negatif, maka ia disebut distres. Individu merasakan bahawa beliau tidak mampu untuk menghadapi bebanan atau tekanan yang di hadapi di persekitaran. Contohnya, apabila seorang ahli gimanastik terjatuh dari balance beam. Walaupun ahli gimnastik tersebut meneurskkan semula rutin beliau rasa takut jatuh kali kedua serta kebimbingan yang dirasai kerana kehilangan mata sebelumnya memberikan kesan kepada beliau.

Hiperstres
Hiperstres berlaku di mana keaaan tahap serta jumlah yang dialami melampaui kemampuan kita menanggani stres tersebut. Contohnya dalam keadaan tertekan yang teramat sangat seseorang individu menjadi kaku serta tidak dapat memberikan sebarang reaksi.

Hipostres
Hipostres pula ialah jumlah atau bentuk stres yang dialami tidak langsung merangsang atau membimbangkan individu tersebut. Hasilnya kebosanan berlaku. Seseorang yang mengalami hipostres tidak memiliki motivasi untuk melakukan apa-apa pun. Hipostres boleh mendorong seseorang menghadapi masalah kemurungan (depression).

Gejala Psikologi Akibat Daripada Kebangkitan Dan Kebimbangan
Menurut Endler, 1978 (dalam buku Shaharudin Abd Aziz, 2001) kebimbangan dan tekanan terhasil daripada gabungan lima faktor iaitu tekanan terhadap ego, tekanan terhadap fizikal individu, ketidaktentuan, perubahan, dan penilaian atau perbandingan sosial.

Tekanan terhadap ego
Tekanan berlaku khususnya apabila seseorang atlet tewas sesuatu    perlawanan khususnya kepada lawan yang lebih rendah rankingnya. Ego atlet ini akan tercabar serta tertekan. Beliau juga merasa kurang yakin untuk menghadapi perlawanan seterusnya. Keadaan ini menyumbang kepada peningkatan tahap kebimbangan seketika atlet ini.

Tekanan terhadap fizikal individu
Seseorang atlet akan berasa bimbang sekiranya beliau tahu bahawa ada usaha oleh pihak lawan untuk menewaskan beliau secara fizikal.

Ketidaktentuan
Keputusan yang belum pasti, perlawanan yang berlarutan ‘sudden death’ serta saat-saat mencemaskan yang menentukan menang-kalah sesebuah pasukan mempunyai elemen ketidaktentuan ini. Kita tidak akan berasa bimbang sekiranya kita tahu kita akan menang atau tidak mempunyai harapan lagi untuk menang.

Perubahan
Sebarang bentuk perubahan sebenarnya akan menyebabkan kita menjadi kurang selesa dengan persekitaran kerana ia bukan rutin harian. Contohnya seorang pemain yang biasa dengan kaedah latihan seorang jurulatih akan merasa tertekan dengan kehadiran seorang jurulatih baru yang membawa pendekatan serta corak latihan dan matlamat yang baru.

Penilaian atau perbandingan sosial
Kita akan merasa tertekan sekiranya kita tahu bahawa prestasi kita akan dinilai atau dibandingkan dengan orang lain. Debaran yang dirasakan di garisan permulaan sebelum masuk ke padang atau gelanggang mahupun ketika mengambil peperiksaan merupakan ciri-ciri kebimbangan seketika yang dihasilkan menerusi penilaian. Justeru itu, kemampuan mengubah tafsiran merupakan elemen untuk menangani masalah itu.

Bagaimana Kebangkitan dan Kebimbangan Mempengaruhi Prestasi
Pengaruh kebangkitan dan kebimbangan terhadap prestasi dapat dilihat dengan jelas menerusi teori dorongan, teori U-terbalik dan model bencana Hazey dan Hardy. Teori Dorongan (dalam buku Shaharudin Abd Aziz, 2001). Teori dorongan ini telah diperkenalkan oleh Hull (1943, 1951) dan Spence (1956). Teori ini menjelaskan tentang persaingan di antara respons yang terdapat dalam sesuatu proses pembelajaran.

Teori ini boleh dijelaskan dengan formula berikut:

Prestasi = Kebangkitan x Tahap Kemahiran

Teori Dorongan ini beroperasi berdasarkan prinsip-prinsip berikut:
  1. Peningkatan kebangkitan (dorongan) akan menghasilkan respons yang dominan.
  2. Respons atau tindak balas yang dikaitkan dengan keinginan yang kuat merupakan respons yang paling dominan.
  3. Pada tahap awal pembelajaran atau untuk kemahiran yang kompleks, respons yang dominan lazimnya kurang tepat atau salah.
  4. Ditahap akhir pembelajaran atau untuk kemahiran yang mudah, respons yang dominan lazimnya tepat atau betul.
Teori ini menyimpulkan bahawa kebangkitan yang tinggi diperlukan oleh  atlet yang berpengalaman untuk membantu mereka mencapai kejayaan.  Manakala kebangkitan yang rendah sesuai untuk meningkatkan peluang  kejayaan untuk atlet baru. Ini seterusnya akan meningkatkan keyakinan diri mereka.
                
Teori U-Terbalik. Teori ini diperkenalkan oleh Yerkes dan Dondon, 1908 (dalam buku Shaharudin Abd Aziz, 2001) yang menggunakan tikus untuk menguji perkaitan di antara kebangkitan dan tahap kesukaran tugasan serta kesannya ke atas prestasi.

Berdasarkan teori ini tahap kebangkitan yang tinggi diperlukan untuk mendapatkan prestasi yang baik apabila melakukan aktiviti yang melibatkan penggunaan otot besar (gross motor skill) atau yang menggunakan tenaga yang tinggi. Namun begitu prestasi tersebut akan menurun secara berkadar selepas atlet tersebut mencapai tahap kebangkitan yang optimum. Ini mungkin berlaku kerana fisiologikal kebangkitan atlet tersebut sudah tidak boleh lagi ditinggikan atau atlet tersebut sudah bosan dengan pertandingan tersebut.

Model Bencana Gagasan yang diutarakan oleh Fazey dan Hardy 1988 (dalam buku Shaharudin Abd Aziz, 2001) mencabar gagasan teori U-Terbalik yang mengandaikan bahawa:
  1. Peningkatan tahap kebangkitan yang sedikit akan meningkatkan atau menurunkan sedikit prestasi atlet.
  2. Tahap kebangkitan yang sederhana menghasilkan prestasi yang optimum. Teori ini menerangkan bahawa peningkatan kebangkitan fisiologi dan kebimbangan kognitif yang keterlaluan akan menyebabkan penurunan prestasi (bencana) kepada atlet  tersebut.
Bagaimana Mengatasi Masalah Kebangkitan dan Kebimbangan
Untuk mendapatkan prestasi yang baik dalam sesuatu pertandingan, tahap kebangkitan, tekanan dan kebimbangan yang dialami oleh atlet perlu dikawal. Tanpa pengawalan yang betul prestasi atlet boleh merosot. Latihan mental merupakan kaedah yang berkesan untuk mengawal tahap kebangkitan. Kejayaan seseorang atlet dalam pertandingan bergantung kepada keupayaan atlet untuk mengawal mentalnya. Ini penting kerana mental yang baik dapat mengawal tubuh badan dengan baik. Latihan Relaksasi Otot Progresif merupakan satu bentuk latihan mental yang boleh dilakukan untuk mengawal tahap kebangkitan. Relaksasi merupakan suatu teknik yang digunakan bagi mengurangkan rasa tekanan terhadap diri sendiri dengan cara mengurangkan kontraksi otot-otot tubuh ke tahap paling minimum (Harrey, 1994 (dalam buku Mohd Sofian Omar Fauzee, 2002). Jacobson 1938, (dalam buku Mohd Sofian Omar Fauzee, 2002), latihan relaksasi boleh dibahagikan kepada dua iaitu relaksasi aktif dan relaksasi pasif. Relaksasi aktif adalah latihan yang menumpukan seluruh perhatian kepada tubuh badan iaitu teknik otot ke minda. Contohnya ialah yoga, tai chi dan relaksasi progresif. Relaksasi pasif pula merupakan teknik yang menumpukan perhatian otak ke otot. Teknik ini memerlukan otak mengenal dan menghantar segala rangsangan yang diterima kepada otot skeletal. Antara latihan yang termasuk dalam teknik relaksasi pasif ialah latihan pernafasan, latihan autogenic, hypnosis, imageri visual dan meditasi (Harrey, 1994 (dalam buku Mohd Sofian Omar Fauzee, 2002). 
Antara langkah yang dapat diambil untuk menguruskan stres ialah kawalan penafasan. Teknik ini dapat diguna pakai dengan cara tarik nafas, lepaskan. Keluarkan semua masalah dan tekanan semasa menghembus nafas setelah itu tarik nafas dalam-dalam ke diafragma dan lepaskan. Tarik nafas anda bersama tenaga dan daya hidup yang baru. Lepaskan semua ketegangan dan kepenatan dari dalam diri anda.

Latihan Autogenik juga merupakan salah satu konsep pengurusan stres, hampir sama dengan relaksasi progresif. Ia merupakan satu bentuk latihan mental yang dirancang untuk melahirkan sensasi hangat dan berat sebagai respon kepada relaksasi. Anggota badan berasa berat kerana tidak wujud sebarang tekanan mahupun ketegangan pada otot badan sementara kehangatan yang dirasai berpunca dari pengembangan saluran darah pada otot berkenaan (kesan tindakan parasimpetatik).

Imageri dapat didefinisikan sebagai satu proses yang menggunakan visualisasi untuk membayangkan situasi (Block,1981). Wann (1997) pula berpendapat bahawa imageri adalah proses yang merangkumi visualisasi mental tentang dasar yang dilakukan sebelum atau semasa melakukan tugasan tersebut. Ia adalah penggunaan semua deria untuk mereka atau mereka semula pengalaman dalam minda.

Penetapan matlamat adalah salah satu konsep pengurusan stres. Ia adalah satu proses untuk menetapkan matlamat di mana peningkatan motivasi dan hasil dapat dicapai dalam jangkamasa yang telah ditetapkan. Sebagai contoh tumpuan perhatian. Ia menumpukan keupayaan atlet untuk memfokus pada maklumat yang relevan semasa pertandingan. Ia juga merupakan satu bentuk latihan di mana atlet sentiasa mengingatkan dirinya sendiri akan kejayaan, teknik serta kemahiran yang terbaik pernah dicapai dan kejayaan yang boleh dicapai pada masa depan. Latihan juga membentuk kata kendiri yang positif.

Antara faedah mengamalkan teknik ini ialah ia dapat meningkatkan reflek minda badan dan juga kesedaran diri dan kesedaran kiu yang penting. Selain itu, ia juga dapat meningkatkan konsentrasi dan keyakinan diri. Seterusnya, ia   dapat menurunkan kebimbangan dan mengawal kebangkitan.

Kesimpulan
kebangkitan, tekanan dan kebimbangan adalah saling berkait antara satu sama lain dan merupakan sesuatu yang akan dialami oleh setiap atlet yang terlibat dalam pertandingan. Ketiga-tiga ini merupakan faktor utama yang menentukan prestasi atlet. Sekiranya atlet dibekalkan dengan latihan fizikal dan mental yang mencukupi mereka seharusnya dapat mengawal dan menukar setiap desakan yang berlaku menjadi faktor kejayaan. Diharapkan juga setiap atlet perlu mempunyai fokus yang baik dan sentiasa mengambil tahu mengenai teknik-teknik sebenar bagaimana untuk mengawal kebangkitan, tekanan dan kebimbangan dalam sukan.

Tumpuan






Pengenalan

Menurut Cox (1998), tumpuan bermaksud kemampuan seseorang individu mengalihkan tumpuan dari satu sumber maklumat kepada satu sumber maklumat yang lain dan jumlah maklumat yang difokuskan dalam tempoh masa tertentu.

Manakala menurut Galott(1994), proses menumpukan perhatian ditakrifkan sebagai konsentrasi yang diasaskan oleh proses atau aktiviti kognitif individu.

Keadaan ini merujuk kepada aktiviti memberi tumpuan atau memfokuskan perhatian secara kognitif dengan menggunakan tumpuan fikiran kepada sesuatu topic atau tugasan yang dilakukan secara sedar dan disengajakan.

Bagi aspek konsentrasi pula, konsentrasi bermaksud kemampuan memberikan tumpuan (fokus) kepada petunjuk di persekitaran serta mengekalkan fokus tersebut dalam tempoh masa yang diperlukan. Kemampuan konsentrasi merupakan aspek penting yang menentukan kejayaan atau kegagalan sesebuah pasukan atau atlet dalam sukan.

Kesan serta kepentingan tumpuan dalam kehidupan kita telah menarik minat ramai ahli psikologi sukan. Ahli psikologi sukan ini berpendapat bahawa tumpuan merupakan elemen penting yang berkaitan dengan sukan. Umumnya, kajian ini boleh dibhagikan kepada dua kumpulan utama iaitu kajian yang melihat perkaitan di antara tumpuan serta prestasi dalam sukan dan stail atau gaya tumpuan seseorang atlet (Wann, 1997).
  

Tumpuan Secara Umum

Sebelum mendalami dalam dimensi tumpuan dan gaya tumpuan, masalah yang biasanya timbul berkaitan tumpuan adalah seseorang individu terlalu memikirkan atau memberikan tumpuan kepada apa yang telah berlaku, terlalu memikirkan apa yang akan berlaku, memberikan tumpuan kepada terlalu banyak kiu dan petunjuk di persekitaran serta terlalu menumpukan kepada mekanik atau proses pergerakan sesuatu kemahiran yang telah dikuasaai dengan baik.

Beberapa faktor yang menyumbangkan kehilangan tumpuan pula adalah seseorang individu memikirkan kepentingan sesuatu pertandingan, menghadapi tekanan yang keterlaluan menyebabkan atlet hilang tumpuan. Pada saat-saat kritikal dalam sesuatu perlawanan seperti penentuan sepakan penalty. Tambahan pula, penilaian ke atas pemain sama ada oleh jurulatih, pengurusan, rakan sepasukan, penonton dan peminat.

Oleh itu, terdapat beberapa cara mengatasi nasalah hilang tumpuan. Antaranya, seseorang individu boleh bicara kendiri yang positif. Sebagai contoh, saya boleh lakukan boleh dibicara dalam diri seseorang. Selain itu, menggunakan perkataan atau kiu tertentu untuk memfokuskan tumpuan. Seterusnya, seseorang individu boleh berlatih dengan gangguan dan simulasi. Mewujudkan serta mengekalkan rutin tertentu juga merupakan salah satu cara. Tambahan pula, memberikan fokus terhadap peranan masa kini dengan melupakan perkara yang sudah berlaku dan tumpukan perhatian pada masa sekarang juga salah satu cara yang berkesan.

  
Dimensi Tumpuan

Menurut Hideffer(1993), terdapat dua jenis dimensi tumpuan utamayang sering digunakan dalam kehidupan seharian iaitu keluasan tumpuan(attentional width) dan arah tumpuan.

Dimensi pertama iaitu keluasan tumpuan  berkait rapat dengan bilangan stimulus yang diberikan tumpuan atau yang difokus oleh seseorang individu pada sesuatu masa dari sempit kepada luas. Sebagai contoh, penjaga gol perlu meluaskan tumpuannya dengan menilai pergerakan penyerang. Tumpuan ini biasanya berkaitan dengan jumlah rangsangan yang diterima untuk memberi tumpuan sepenuhnya. Tumpuan utama ini hanya memberikan tumpuan kepada isyarat berprestasi yang berkaitan dengan bidang focus atlet. Isyarat yang berprestasi termasuklah teknik taktik, perlawanan, skor, waktu sisa pertandingan dan sebagainya. Dengan kata lain, atlet hanya perlu memberi tumpuan pada petunjuk-petunjuk yang boleh membantu mereka melakukan yang terbaik.

Seterusnya, dimensi kedua ialah arah tumpuan. Arah tumpuan merujuk kepada tahap di mana individu mengarahkan tumpuannya sama ada ke dalam atau ke luar. Arah tumpuan dalaman berlaku apabila atlet mengarahkan tumpuannya kepada perasaan serta pemikirannya manakala arah tumpuan luaran merujuk kepada tindakan atlet memberikan tumpuannya kepada stimulus yang terdapat di persekitarannya atau luarannya. Contohnya, penjaga gol tadi perlu mengatasi perasaan takut, tidak yakin dan bimbang untuk membuat keputusan yang tepat dalam menghalang penjaringan bola penyerang. Penumpuan arahan ini adalah segala di dalam diri atlet (fikiran emosi dan tindak balas) dan segala di luar atlet (pemandangan dan bunyi).

Kehilangan tumpuan ini boleh menghalang prestasi pemain dan menjadikan ia sebagai halangan dengan menyukarkan kemenangan. Oleh itu. psikologi sukan boleh membantu atlet mempelajari kemahiran memberi tumpuan sepanjang pertandingan berlangsung.


Gaya Tumpuan (Stail Tumpuan)

Ramai ahli psikologi sukan tertarik untuk mengetahui tentang stail tumpuan seseorang ahli sukan.  Stail tumpuan boleh dimaksudkan sebagai kecenderungan seseorang individu menumpukan perhatiannya kepada maklumat serta apa yang berlaku disekelilingnya dengan selesa.  Ia boleh dikaitkan dengan ciri-ciri peribadi yang stabil serta konsisten dalam semua situasi (Nideffer, 1993) Stail Tumpuan. 

Kebanyakan kajian yang dilakukan dalam ruang lingkup stail tumpuan ini adalah untuk menilai fokus tumpuan (pemusatan tumpuan) atlet terbabit iaitu kemampuan menggunakan stail tumpuan yang sesuai dengan rangsangan atau tugasan yang perlu dilaksanakan.

Terdapat empat gaya tumpuan yang biasanya boleh dilihat dalam seseorang individu dalam kehidupan seharian. Gaya-gaya tumpuan ini ialah (i) luas luaran (broad external), (ii) luas dalaman (broad internal), (iii) sempit luaran (narrow external) dan (iv) sempit dalaman (narrow internal).

  1. Gaya tumpuan luas luaran. Kebiasaannya, individu yang mempunyai fokus luas luaran bertindak menilai pergerakan rakan dan pelawan semasa aktiviti sedang berlangsung. Sebagai contoh seorang posisi penjaga gol. Keadaan ini disebabkan tumpuannya luas untuk melihat posisi serta pergerakan pemain yang berada dan terlibat di padang.
  2. Fokus tumpuan yang bercorak luas dalaman biasanya menganalisis sesuatu situasi seperti memikirkan strategi serta taktik yang berkesan untuk mengatasi pihak lawan. Dengan itu, keadaan ini biasa dihadapi oleh seorang jurulatih semasa menyaksikan pasukan beraksi dalam sesuatu perlawanan.
  3. Seterusnya bagi individu yang mempunyai tumpuan bersifat sempit luaran kebiasaanya individu yabg menggunakan fokus sempit luaran memberikan tumpuan kepada sesuatu perkara sahaja. Keadaan ini biasanya dialami oleh atlet mamanah kerana mereka bersedia melepaskan anak panah kea rah sasaran.
  4. Sementara bagi atlet yang menggunakan fokus tumpuan yang bercorak sempit dalaman biasanya memberikan tumpuan kepada satu atau dua perkara sahaja. Keadaan ini selalu digunakan oleh atlet gimnastik yabg membayangkan pergerakannya yang akan dilakukan dalam acara senaman lantai.
Jelasnya, kemampuan menggunakan fokus tumpuan yang bersesuaian berkait dengan individu yang mengalami kesukaran untuk “meluaskan”  fokus tumpuan. Natijahnya, individu ini gagal bertindak berdasarkan maklumat yang terdapat di persekitarannya.

Berdasarkan kepada kajian yang telah dilakukan dengan menggunakan TAIS, Nideffer (1980) menggariskan beberapa profil penumpuan yang berbeza. Pertama, individu yang mendapat skor yang tinggi bagi subskala OET dan OIT serta skor rendah bagi NAR menunjukkan corak tumpuan yang kurang efektif lazimnya sukar beralih dari fokus tumpuan dalaman kepada fokus tumpuan luaran. Akibatnya, mereka lambat bertindak berdasarkan maklumat yang terdapat di persekitaran.

Sesungguhpun penggunaan TAIS menunjukkan hasil yang positif, terdapat juga beberapa penyelidik yang meragui kesahihan psikometrik TAIS. Bagaimanapun, sebagai kesimpulannya, ujian ini mengkin lebih sesuai juka digunakan sebagai alat diagnosis tumpuan jika dibandingkan sebagai alat untuk meramal prestasi atlet.


Kesimpulan

kehilangan tumpuan walaupun Cuma beberapa saat sahaja boleh mengakibatkan kekalahan atau kerugian yang besar. Bahkan ia boleh menyebabkan kecedaraan serius atau kehilangan nyawa dalam acara sukan tertentu seperti lumba kereta, motosikal dan gimnastik. Lebih malang lagi, kehilangan tumpuan juga merupakan punca utama kemalangan jalan raya yang mengorbankan banyak nyawa saban tahun di negara kita. Justeru itu, kemampuan menumpukan perhatian bukan sahaja penting dalam bidang sukan malah ia penting dalam semua aspek kehidupan.




Isnin, 9 Disember 2019

Etika Kejurulatihan




Jurulatih sukan merupakan individu yang berperanan sebagai pelatih, pengajar, pembimbing dan menjalankan tugas yang berkaitan dengan sukan manakala kejurulatihan sukan merupakan proses yang terancang untuk membantu seseorang individu atau kumpulan atlet mempelajari sesuatu kemahiran dan seterusnya mencapai matlamatnya.

Etika kejurulatihan mestilah dititikberatkan oleh setiap jurulatiha dalam sukan yang diceburi. Antara etika kejurulatihan ialah berkelayakan, berkelakuan baik, berdisiplin, bekerjasama, bersikap positif, mengikuti perkembangan sukan, berusaha memajukan diri, dan berminat dalam sukan yang diceburi.

  • Seseorang jurulatih itu perlulah mempunyai kelulusan dan kelayakan yang telah diakui oleh pihak tertentu sebelum menjadi seseorang jurulatih. Seperti yang telah ditetapkan, untuk menjadi seseorang jurulatih beliau perlulah mempunyai kelulusan yang telah ditetapkan iaitu salah satunnya mempunyai 2 sijil sains sukan yang diiktiraf dan mempunyai tahap 2 sijil kejurulatihan. Ini bagi mengelakkan atlet di bawah seliaan kita mamandang rendah keupayaan kita.
  • Jurulatih perlu mengamalkan etika sebagai jurulatih dari aspek tingkah laku seperti percakapan,sikap dan sebagainya.Selain itu jurulatih juga perlu mempunyai kawalan diri yang baik iaitu berkelakuan yang boleh diterima umum iaitu seperti tidak bertindak secara liar ketika meraikan kemenangan dan ketika meratapi kekalahan.
  • Jurulatih wajib menepati masa seperti yang telah ditetapkan dan juga mematuhi segala peraturan dan undang-undang yang telah ditetapkan.Hal ini juga dapat mendidik para pelatih untuk bersikap disiplin dalam menjalani latihan.
  • Jurulatih juga seharusnya bersikap positif dalam apa jua keadaan. Sebagai contoh, seorang jurulatih perlu mempunyai semangat kesukanan yang tinggi iaitu sanggup untuk menerima kekalahan dengan baik dan tidak menimbulkan masalah semasa menghadapi kekalahan. Pada masa yang sama jurulatih perlu sentiasa berfikiran positif dan seharusnya memikirkan adanya peluang kemenangan dan tidak terus berputus asa dalam mendidik para pelatihnya.
  • Jurulatih juga sewajarnya bekerjasama dengan semua pihak sama ada ibu bapa, pegawai atasan mahupun jurulatih yang lain. Jurulatih tidak boleh mengabaikan apa yang diperkatakan oleh pihak-pihak ini dan tidak seharusnya pentingkan diri sendiri. Jurulatih perlu ingat bahawa kerjasama yang baik dapat, meningkatkan potensi kesukanan.  
  • Jurulatih juga hendaklah mengikuti perkembangan sukan dalam negara mahupun luar negara.Hal ini kerana jurulatih yang berjaya perlulah mempunyai ilmu pengetahuan yang tiggi agar dapat mempertingkatkan potensi anak didik mereka. Melalui mengikuti perkembangan sukan di negara mahupun diluar negara, pengadil dapat belajar serba sedikit teknik yang digunakan oleh jurulatih professional yang lain dalam memantapkan pasukan mereka. Hal sedemikian dapat dicontohi dan dipratikkan kepada pelatih negara sendiri.
  • Jurulatih haruslah berminat dalam bidang sukan yang diceburi. Bagaimana sesuatu pasukan boleh berjaya jika jurulatih pasukan itu sendiri seperti hangat-hangat tahi ayam dalam mendidik mereka? Oleh itu , jurulatih itu sendiri perlu berminat dalam sukan itu sebelum mengajar pelatih yang lain. Sesuatu perkara susah dicapai jikalau kita tidak mempunyai minat dalam perkara tersebut.
  • Jurulatih perlu sentiasa memajukan diri sendiri dan juga para pelatihnya.Jurulatih seharusnya membawa para pelatihnya untuk lebih kehadapan dalam bersukan. Hal ini akan membuatkan semangat pelatih lebih membara untuk sentiasa maju kehadapan bersama pasukan mereka yang dibimbing oleh jurulatih yang sentiasa tidak berputus asa dalam memajukan diri dan pelatihnya. Konsep menang hendaklah dipegang kuat oleh setiap jurulatih.

Jurulatih yang berjaya adalah seorang yang bermotivasi.Motivasi merupakan dorongan ke arah perlakuan yang mecapai minat dan sasaran. Jurulatih yang berjaya biasanya bermotivasi tinggi dalam merancang dan melaksanakan latihan tanpa tanpa mengenal jemu.Dorongan dari dalam diri menyebabkan dia tidak megaku kalah, bersungguh-sungguh dan bertanggungjawab dalam tindakannya disepnjang kariernya sebagai seorang pelatih.

Komited seseorang jurulatih adalah satu keperluan penting bagi mencapai kejayaan dalam meningkatkan prestasi, Komitmen boleh dinilai melalui kesungguhan dan keikhlasan dalam menjalankan usaha dan tanggungjawab tanpa banyak arahan dan suruhan dari pihak atasan. Jurulatih yang mempunyai tabiat baik ini merasakan dirinya bersalah jika atlet atau pemain gagal atau kalah. Dia tidak akan membiarkan pemainnya bertanding tanpa persediaan dan latihan yang mantap. Dia berasa bersalah kalau pemain gagal menunjukkan prestasi yang diharapkan. Begitulah sifat jurulatih yang komited dan berpotensi membawa kejayaan. 

Jurulatih sewajarnya boleh menggalakkan keharmonian dan mengeratkan perpaduan sepanjang kariernya.Keharmonian dan perpaduan ini boleh dicapai jika jurulatih tidak mempunyai sikap pilih kasih terhadap pemainnya. Jurulatih hendaklah melayan semua pelatihnya dengan sama rata tanpa ada diskriminasi sama sekalipun. Jika keharmonian dan perpaduan ini dapat dicapai, sudah pasti setiap pasukan itu mempunyai hubungan silaturrahim yang kukuh. Hal ini sangat penting dalam setiap pasukan agar dapat meningkatkan kekuatan pasukan tanpa sebarang kesulitan dalan berinteraksi.

Boleh menyesuaikan diri dengan perubahan adalah penting bagi setiap jurulatih. Adaptabiliti atau kebolehan menyesuaikan diri dengan keadaan yang berubah-ubah merupakan satu keperluan bagi seorang jurulatih. Banyak aspek dalam kejurulatihan sentiasa berubah-ubah dan memerlukan jurulatih yang menyesuaikan tindak-tanduknya mengikut rentak perubahan untuk memastikan keberkesanan latihan dan pengurusan. Dalam bidang kejurulatihan, kita akan menghadapi banyak masalah yang berkaitan dengan atlet, pentadbiran, latihan kewangan, dan kemudahan. Biasanya amat sukar untuk memenuhi semua kehendak semua pihak. Ada sahaja kekurangan dan ada sahaja masalah. Oleh itu, keupayaan menyesuaikan diri dengan segala masalah dan juga perubahan sangat penting bagi seseorang jurulatih untuk meneruskan usahanya memajukan atlet dan pasukannya.

Etika yang mesti ada pada seorang jurulatih ialah mempunyai kestabilan emosi yang baik.Jurulatih seharusnya menunjukkan sikap bertoleransi dan penyabar. Dia sepatutnya bertindak secara rasional, bukan emosional. Dengan bertindak demikian, dia boleh berinteraksi dan berkomunikasi dengan berkesan. Untuk itu, dia semestinya mempunyai kestabilan emosi. Jurulatih tidak mudah melatah apalagi melenting. Ketekalan tindakan dan keputusan yang dibuat banyak bergantung kepada kestabilan emosinya. Etika yang dimiliki ini akan dihormati dan disegani oleh semua pihak iaitu atlet, pengurus, pentadbir lawan, ibu bapa dan sebagainya.

Kesimpulannya, etika kejurulatihan hendaklah dititikberatkan oleh semua jurulatih negara. Hal ini kerana, jurulatih yang mempunyai etika kejurulatihan yang baik dapat memantapkan potensi pasukannya yang boleh membawa ke arah kejayaan.

Lembaga Kejurulatihan Kebangsaan yakin bahawa jurulatih memainkan peranan penting sebagai pemangkin kepada pembangunan sukan dan kejayaan seseorang atlet. Jurulatih merupakan seorang pemimpin/guru yang bertanggungjawab mempastikan program-program sukan dapat membentuk keperibadian dan perwatakan yang baik di dalamkehidupan seorang atlet.

Setiap jurulatih harus mengamalkan tingkah laku yang positif ketika bersama-sama atlet dalam memberikan pengalaman dan potensi diri kepada mereka. Selain itu jurulatih perlulah sentiasa menunjukkan sikap kesukanan dan budi pekerti yang mulia serta menilai setiap atlet dengan baik dan seadilnya.

Jurulatih hendaklah menjadi model dalam melaksanakan tugas dengan jujur dan cekap selain mempunyai integriti yang tinggi. Jurulatih juga mestilah bertanggungjawab dalam membina semangat kekitaan sewaktu mengambil bahagian dalam sukan, berdisiplin tinggiserta sanggup berkorban apa sahaja demi mencapai kemajuan atlet bimbingannya.

Lembaga Kejurulatihan Kebangsaan percaya bahawa seseorang jurulatih akan melakukan sesuatu yang terbaik bukan sahaja untuk dirinya bahkan juga untuk atlet di bawah penjagaannya. Kod etika jurulatih yang disediakan hendaklah diguna pakai oleh semua jurulatih sama ada sepenuh masa, sambilan dan luar negara yang berkhidmat di bawah naungan Institut Sukan Negara Malaysia. Kod etika ini sememangnya memberikan penekanan tentang amalan baik yang perlu diikuti oleh seseorang jurulatih.

Kod etika ini termasuklah seorang jurulatih sukan bertanggungjawab membantu mengembangkan potensi diri seorang atlet dengan meningkatkan prestasinya. Mengenalpasti keperluan setiap orang individu. Meningkatkan prestasi dengan cara yang selamat, latihan terkawal, membuatpenilaian dan mengambil bahagian sebaik mungkin dalam setiap pertandingan. Mewujudkan satu persekitaran di mana seseorang atlet itu sentiasa mendapatmotivasi bagi mengekalkan penyertaan dan meningkatkan prestasinya.

Setiap jurulatih hendaklah mematuhi prinsip-prinsip etika jurulatih yang baik seperti di bawah: 

Sebagai seorang jurulatih ......

Saya akan bersikap positif terhadap tugas sebagai jurulatih serta tidak akanberkelakuan negatif yang mana ia akan memberi kesan terhadap tanggapanmasyarakat atau penerimaan jurulatih sebagai kerjaya. 

Saya tidak akan membuat sebarang kenyataan atau dakwaan bertulis kepadaorang ramai berkaitan perkara yang tidak benar dengan profesion kejurulatihan. 

Saya akan hormati pelbagai pendekatan kaedah yang digunakan ketika melatih.Saya akan menghormati daya usaha dan sumbangan orang lain serta tidakmenganggap usaha atau kaedah tersebut milik saya sendiri. 

Saya wajar bersifat amanah dalam semua perkara yang saya lakukan danmendidik atlet betapa pentingnya integriti, kejujuran, keyakinan dan kesetiaan. 

Saya akan memberikan keutamaan terhadap perihal kesejahteraan dan keselamatan atlet lebih daripada peningkatan prestasi. Saya akan menurut semua garis panduan yang terkandung di dalam persatuan-persatuan sukan yang saya ceburi. 

Saya akan menghormati hak, maruah dan nilai seseorang atlet serta melatih mereka secara adil dan sama rata. 

Saya akan mengaplikasikan kaedah pengajaran yang efektif bagi mempastikan pengalaman yang diperolehi ketika latihan menyeronokkan, dapat meningkatkan harga diri dan menggalakkan perasaan sayang serta menghargai nilai sukan. 

Saya tidak akan melakukan penderaan fizikal dan psikologikal , tidak menggunakan tutur kata yang tidak sepatutnya serta latihan yang boleh menyinggung perasaan seseorang atlet dan orang lain. 

Saya akan menggalakkan atlet mencapai kejayaan secara jujur, berfikir dan bermain sebagai satu pasukan, melakukan yang terbaik dan sentiasa memperbaiki prestasi dengan daya usaha tinggi serta berdisiplin. Melarang atlet daripada bersifat pentingkan diri sendiri serta tidak bersungguh-sungguh dalam mengharungi sesuatu pertandingan sehingga tamat perlawanan. Saya akan pastikan penerapan budaya kerja berkumpulan dilaksanakan demi kelancarandan kecemerlangan sukan. 

Saya akan membina perhubungan yang baik dengan atlet berdasarkan kepadakepercayaan dan saling hormat menghormati. Saya tidak akan terpengaruh untuk mendapatkan sesuatu keistimewaan atau ganjaran. 

Saya juga tidak akan menggunakan kedudukan saya untuk melakukan salahlaku seks atau membuat perhubungan yang dilarang dengan atlet atauseseorang yang rapat dengan mereka. 

Saya akan menjadi contoh yang baik bagi segala tindak tanduk saya ketika menjalankan tugas mahupun diluar tugas agar senantiasa menjadi ikutan kepada atlet. 

Saya akan menjauhkan diri dari berkelakuan tidak senonoh, merokok, minum minuman keras dan penyalahgunaan dadah dalam bentuk apa jua sekali pun. Inikan memberi impak yang negatif tentang peranan saya sebagai “role-model”.

Saya akan membimbing atlet dan menerima tanggungjawab ke atas perlakuan dan prestasi mereka. 

Saya akan berusaha meningkatkan ilmu bagi menambahkan pengetahuanberkaitan prinsip-prinsip kejurulatihan dan mempelajari teknik dan strategi terkini dalam sukan yang diceburi. 

Saya akan bekerjasama dengan pakar-pakar lain (contohnya jurulatih, pegawai, saintis, doktor, pelatih, ahli fisioterapi) demi kebaikan atlet. 

Saya akan memberikan pengalaman, keadaan yang selamat serta cabaran yang tidak dapat dilupakan bagi atlet dengan mengekalkan suasana sukan secarafizikal dan mental yang selamat. 

Saya akan sentiasa mengamalkan prinsip “fair-play” dan tidak akan     melanggar peraturan-peraturan serta undang-undang permainan. Saya akan mengingati atlet tentang bahayanya mengambil benda terlarang termasuk minuman keras dan rokok serta dadah untuk peningkatan prestasi. 

Saya tidak akan menggunakan nama dan atlet saya untuk mendapatkan sebarang imbuhan secara komersil melainkan dengan mendapat izin dari Majlis Sukan Negara. 

Saya akan sentiasa mematuhi kod etika ini secara berterusan dalam semua lapangan sukan 

Saya akan menghormati semua pegawai sukan pada setiap masa. Saya  juga akan akur dengan sensitiviti agama, adat resam dan budaya masyarakat majmuk negara ini. 

Saya akan mempromosi serta menggalakkan semangat kesukanan.

Peranan dan tanggungjawab jurulatih


Apabila bercakap mengenai jurulatih dan tanggungjawabnya, pandangan ramai kebiasaannya akan tertumpu pada sesi-sesi latihan yang dikendalikan oleh jurulatih berkenaan. Bagaimanapun, kajian dan pemerhatian lebih mendalam akan memberikan gambaran yang lebih besar dan menyeluruh tentang perkara ini.

Berikut adalah antara gambar jurulatih-jurulatih kebangsaan negara dalam pelbagai sukan:
Terdapat perbezaan antara peranan dan tanggungjawab. Peranan jurulatih bermakna tugasnya secara umum sama ada dalam konteks sesebuah organisasi atau secara bersendirian. Manakala tanggungjawab pula memperkatakan tentang aktiviti-aktiviti yang dilakukan oleh seseorang jurulatih. 

Peranan jurulatih
Dr Nanette Miner, seorang pengarang dan perunding yang terkenal dalam bidang pembelajaran di tempat kerja berpendapat, peranan jurulatih terbahagi kepada dua bahagian iaitu peranan global dan peranan berkaitan tugasan. . Peranan global kebiasaannya sukar untuk dikenal pasti kerana ia tidak bersifat spesifik, walaupun realitinya seseorang jurulatih itu menghabiskan separuh daripada masanya memainkan peranan global ini. Antara peranan global itu ialah:

1. Konsultan
Dalam sesebuah organisasi, jurulatih bukanlah jawatan utama. Bagaimanapun, seseorang jurulatih perlu melakukan analisis prestasi organisasi untuk mengetahui keperluan latihan semasa, dalam rangkanya menyediakan pelan latihan organisasi berkenaan. Analisis yang dilakukannya itu lebih luas manfaatnya jika melepasi sempadan kepentingan latihan dan pembangunan, malah boleh mengeluarkan cadangan-cadangan penyelesaian yang bersifat bukan latihan, seperti pengambilan tenaga kerja tambahan dan sebagainya. Di sinilah sebenarnya seseorang jurulatih itu memainkan peranan konsultan, yang akan melihat dan menganalisis situasi organisasi dari pelbagai sudut, serta mencari jalan terbaik untuk memperbaiki pencapaian. Seseorang jurulatih yang mengambil perspektif konsultan dalam menilai prestasi organisasi akan memberikannya kelebihan dalam membuat cadangan penyelesaian yang tepat terhadap permasalahan yang dihadapi oleh organisasi.

2. Pengurus
Walaupun jawatannya tidak dinamakan sebagai pengurus, seseorang jurulatih tetap berperanan sebagai pengurus kerana definisi global yang menamakan pengurus sebagai “person who leads or directs all or part of an organisation, through the deployment and manipulation of resources (human, financial, material, intelectual or intangible)”. Kerja-kerja mengurus dan menyelaras individu, kemudahan, bahan-bahan terbitan, membuat jadual kerja untuk mencapai sasaran yang telah ditetapkan, semuanya adalah kerja mengurus yang dilakukan oleh seseorang jurulatih.

3. Pembimbing Cara
Antara cara terbaik untuk membangunkan sumber manusia ialah melalui cara bimbingan di tempat kerja. Seseorang jurulatih bertindak sebagai pembimbing yang membantu individu-individu dalam organisasi untuk mengenal pasti sasaran dan objektif yang perlu mereka capai, membantu mereka mencari jalan membaiki kemahiran teknik, memberikan sokongan dan galakan berterusan.

4. Pakar Pembangunan Prestasi
Peranan ini menggabungkan antara tiga peranan di atas. Seperti konsultan, pakar pembangunan prestasi seharusnya mempunyai gambaran menyeluruh tentang organisasi untuk mengenal pasti punca-punca kelemahan dan mencadangkan jalan yang sesuai untuk mengatasi masalah yang ada. Ia tidak hanya melihat sudut latihan sebagai pendekatan penyelesaian masalah. Dalam masa yang sama ia mampu mencadangkan latihan, jika perlu, untuk meningkatkan lagi prestasi pekerja.

5. Pakar Teknologi
Ia tidak bermaksud mempunyai kepakaran mengendalikan semua jenis peralatan teknologi canggih masa kini. Sebaliknya seseorang jurulatih harus tahu menilai kaedah penyampaian berasaskan teknologi yang sesuai untuk sesuatu situasi. Dalam masa yang sama, ia seharusnya mampu menilai kemampuan teknologi sesebuah organisasi, sama ada dari sudut kemampuan individu atau peralatan yang dimiliki. Peranan ini memudahkan seseorang jurulatih untuk membantu organisasi dengan lebih berkesan.

6. Pendidik
Peranan seorang jurulatih juga tidak ubah seperti peranan seorang guru atau pendidik. Jurulatih berperanan besar dalam mengajar anak-anak buahnya mengembangkan bakat yang mereka memiliki sekaligus menguasai sesuatu sukan itu dengan sebaiknya. Teknik latihan, strategi permainan, cara pemakanan adalah antara didikan yang sering para jurulatih turunkan kepada anak-anak buahnya. Peranan jurulatih sebagai pendidik memainkan peranan yang amat penting dalam karier sukan seseorang atlet.

Selain daripada peranan global ini, terdapat beberapa peranan yang bersifat spesifik, berdasarkan tanggungjawab yang biasa dijalankan oleh seseorang jurulatih berkaitan sesuatu latihan yang diadakan. Peranan-peranan ini mudah dilihat dan dikenal pasti, yang biasanya dijadikan jawapan apabila ditanya : “Apakah peranan jurulatih?”.

7. Pereka Latihan
Reka bentuk latihan semestinya menepati kesesuaian sesebuah organisasi dan keperluan yang bersifat relatif. Di sinilah letaknya peranan jurulatih untuk membuat analisis dan menyediakan reka bentuk latihan yang dapat membantu secara langsung memajukan prestasi organisasi.

8. Pembangun Latihan
Pembangun latihan menyediakan prasarana untuk sesuatu latihan berdasarkan reka bentuk yang telah ditetapkan dan dipersetujui. Pra sarana itu seperti nota peserta, panduan kepada penyampai, bahan-bahan penyampaian yang berbentuk audio visual dan sebagainya.

9. Penyampai
Kebiasaannya jurulatih akan menyampaikan latihan dan ceramah. Ia menuntut kemahiran pengucapan awam, mengendalikan sesi latihan dalam kumpulan, teknik-teknik soal jawab dan perbincangan.

10. Pemasar
Secara umumnya, tujuan latihan ialah untuk melakukan perubahan. Kebanyakan manusia tidak suka kepada perubahan. Di sinilah perlunya seseorang jurulatih mempunyai kemahiran untuk menjual idea dan memasarkan kepentingan latihan dan pembangunan kepada kumpulan sasaran, sama ada pihak pengurusan mahu pun para pekerja.

11. Pengurus Kemudahan Latihan
Tanggungjawab ini biasa diberikan kepada jurulatih kerana kemudahan bilik seminar atau bengkel perlu dipastikan sentiasa berada dalam keadaan sedia digunakan, dengan segala peralatannya seperti pen marker, papan putih, pemadam, flip chart dan sebagainya.

12. Penilai
Oleh kerana sesebuah organisasi akan membelanjakan wang dan masa untuk memenuhi keperluan latihan, maka persoalan mengenai nilai pulangan yang diberikan oleh latihan tersebut perlu dijawab dengan mantap. Selepas sesuatu latihan, jurulatih perlu melakukan penilaian menyeluruh bagi menjawab persoalan yang diajukan oleh pihak atasan atau pelanggan. Kemahiran menilai ini amat perlu agar jurulatih dapat mengemukakan hujah dan bukti nyata akan nilai pulangan sesuatu latihan itu.


Tanggungjawab Jurulatih
Jurulatih memikul tanggungjawab yang besar dalam sesebuah organisasi sukan. Mereka berusaha untuk memastikan para atlet dapat memaksimumkan segala bakat yang mereka miliki sekaligus mencapai kejayaan di peringkat yang lebih tinggi. Antara tanggungjawab jurulatih ialah seperti berikut:  

1. Menyediakan program latihan
Latihan yang berkualiti dan efektif amatlah penting bagi seseorang atlet untuk memperbaiki mutu permainannya. Oleh itu, adalah  menjadi tanggungjawab jurulatih untuk mencari, memilih dan memperkenalkan teknik latihan yang terbaik kepada para atlet agar mereka dapat beraksi dengan cemerlang dalam mana-mana pertandingan.

2. Memilih pemain
Dalam sesebuah kelompok atlet, tidak semua mereka akan dihantar untuk bermain atau bertanding dalam sesuatu acara. Oleh itu, jurulatih bertanggungjawab untuk memilih pemain yang berpotensi untuk dihantar mewakili pasukan dalam sesebuah acara. Jurulatih bertanggungjawab untuk memastikan pemain yang dipilih tersebut berpotensi besar untuk menyerlah dan menumpaskan pihak lawan. Dalam sesebuah sukan yang berpasukan, seperti bola sepak, bola jaring atau hoki misalnya jurulatih hendaklah memilih pemain-pemain yang mempunyai semangat kerjasama dan keserasian yang tinggi agar mereka dapat beraksi dengan cemerlang. 

3. Mencari bakat baru
Jurulatih bukan sahaja bertanggungjawab menyelia para atlet yang sedia ada bahkan mereka juga perlu untuk mencari bakat-bakat baru dalam sukan kendalian mereka. Ini bagi memastikan sukan tersebut mempunyai pelapis dalam kalangan generasi muda agar Negara kita tidak kekurangan atlet dalam sukan-sukan tertentu. Jurulatih bertanggungjawab melaksanakan projek-projek sukan yang membuka peluang kepada orang ramai bagi mencungkil bakat yang ada pada generasi cilik kita.

4. Merangka program pembangunan sukan
Jurulatih-jurulatih di negara kita menggalas tanggungjawab besar dalam proses pembangunan industri sukan tanah air. Perancangan di peringkat akar umbi amat penting demi masa depan sukan negara agar dapat melahirkan lebih ramai lagi atlet bertaraf dunia pada jangka masa yang panjang. Oleh itu, para jurulatih di negara kita bertanggungjawab merangka dan mengatur strategi program untuk membangunkan sukan negara seterusnya menyelia keberkesanan program-program tersebut. 

Featured post

Metos Makan Waktu Malam

  Makan malam buat anda gemuk? Tiada bukti secara saintifik  membuktikan kerap makan di waktu malam akan mengakibatkan seseorang itu mengala...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...