Disclaimer

MatriXwoo2 does not give any warranty on accuracy, completeness, functionality, usefulness or other assurances as to the content appearing in this blog. MatriXwoo2 disclaims all responsibility for any losses, damage to property or personal injury suffered directly or indirectly from reliance on such information.

Ahad, 21 April 2013

KELENTURAN (FLEXIBILITY)


 

Johnson and Nelson (1986) mendifinisikan, kelenturan sebagai kebolehan menggerakkan badan dan bahagian-bahagiannya melelui satu julat pergerakan tanpa rintangan (strain) kepada artikulasi dan lekatan otot.

De Vries and Housh (1994) mendifinisikan, kelenturan adalah julat pergerakan yang mungkin dalam satu sendi atau siri sendi.

Rumusannya, kelenturan merupakan keupayaan otot, sendi, tendon dan ligament membenarkan anggota badan bergerak pada julat pergerakan yang maksimum.

Pada umumnya, individu yang aktif di dalam aktiviti fizikal mempunyai tahap kelenturan yang lebih baik berbanding dengan mereka yang pasif. Oleh itu, peningkatan kelenturan merupakan unsur yang penting dalam latihan atlet-atlet junior.


KEPENTINGAN KELENTURAN
  • Meningkatkan Prestasi Di Dalam Sukan
Kebolehan melakukan pelbagai variasi pergerakan dan kemahiran dengan baik bergantung kepada julat pergerakan dan bukan hanya bergantung kepada kemahiran. Sebagai contoh, di dalam permainan takraw, kemahiran melibas bola memerlukan seseorang atlet membawa kakinya tinggi melepasi kepala untuk mendapatkan rejaman yang efesyen.

  • Mengurangkan Risiko Kecedreaan
Latihan kelenturan merupakan salah satu strategipencegahan kecederaan. Kebanyakkan sukan melibatkan pergerakan yang extreme dan berulang. Keadaan ini memungkinkan kecederaan pada otot, sendi, ligament dan kartalej. Program kelenturan yang dijalankan secara beransur-ansur dan kerap membolehkan bahagian-bahagian ini mengadaptasi dengan tekanan yang extreme. Peningkatan kelenturan dapat menambahkan julat pergerakan dan seterusnya mengurangkan risiko kecederaan.
  •  Pembesaran Otot-otot (hypertrophy) – Melalui latihan rintangan
Setiap otot diliputi oleh tisu fasia yang menghalang berlakunya hipertropi. Apabila melampaui satu tahap, regangan boleh melonggarkan tisu fasia supaya  memberi ruang untuk berlakunya hipertropi.
  •  Mengurangkan Pengumpulan Asid Laktik
Asid laktik merupakan hasil penguraian ATP semasa latihan anaerobic. Asid laktik akan menghalang penguncupan otot mengakibatkan berlakunya kekejangan. Aktiviti regangan mampu meneutralkan kesan asid laktik dengan cara mengembalikan pengaliran darah beroksigen ke otot-otot melalui kapilari darah. Kehadiran oksigen pada otot dari hemoglobin melalui proses respirasi akan meneutralkan asid laktik.
  •  Meningkatkan Tahap Insulin Related Growth Factor / IGH (I) – peningkatan tahap insulin yang berkaitan faktor tumbesaran.
IGF (I) membantu dalam pembentukan otot-otot bersama-sama dengan hormone tumbesaran, mengakibatkan berlakunya peningkatan thermogenesis, mempercepatkan pengambilan asid amino, mengurangkan lemak badan dan membina tisu-tisu otot. Keregangan yang berulang-ulang akan meningkatkan pengaliran IGF (I) ke otot dan akan menambahkan peningkatan tumbesaran otot.
  

REGANGAN
  • Prinsip Regangan
Regangan yang dijalankan adalah bergantung kepada julat pergerakan dan jenis-jenis sendi. Julat pergerakan bermaksud pergerakan maksimum pada sendi. Setiap sendi mempunyai corak dan julat pergerakan yang berbeza. Keadaan ini bergantung kepada sifat sendi.

Aktiviti yang dijalankan berpandukan kepada jenis-jenis kelenturan dan kelenturan terbahagi dua iaitu:
  1. Kelenturan Statik – keupayaan sendi untuk meregang atau menjangkau semaksimum yang termampu.
  2. Kelenturan Dinamik – merupakan rintangan sendi terhadap pergerakan. Kelenturan dinamik menitikberatkan daya yang merintangi julat pergerakan.
  •  Jenis-Jenis Regangan
Cara terbaik untuk meningkatkan kelenturan ialah melalui aktiviti regangan. Terdapat empat kaedah aktiviti senaman regangan:

  • Regangan Statik
Regangan statik merujuk kepada regangan yang dilakukan untuk meregangkan otot sehingga had pergerakannya dan kedudukan itu dikekalkan untuk tempoh masa yang tertentu tanpa sebarang gerakan.

  • Regangan Dinamik
Regangan dinamik menggunakan kelajuan pergerakan, momentum dan pergerakan otot yang aktif yang membawa kepada regangan. Regangan ini berkesan sebelum memulakan pertandingan kerana dapat mengurangkan ketegangan otot terutamanya bagi acara-acara yang memerlukan kekuatan dan kuasa.

  • Regangan Balistik
Menggunakan momentum untuk menghasikan regangan. Momentum terhasil dari pelbagai pergerakan seperti menggerakan anggota badan ke depan dan ke belakang untuk menghasilkan pergerakan secara pantulan. Contohnya, otot-otot abdominal dan lumbar diregang oleh daya momentum anggota badan yang terhasil dari pergerakan tersebut. Regangan cara ini, otot diregang lebih panjang.

  • PNF (Proprioceptive Neuromuscular Facilitation)
Regangan statik pasif dan regangan isometric bertujuan untuk mencapai kelenturan static yang maksimum. PNF merujuk kepada sebarang regangan yang dilakukan selepas releksasi satu penguncupan isometrik. 

PNF boleh dijalankan dengan cara seperti berikut:
  1. Otot akan diregang secara pasif kemudian
  2. Otot menguncup secara isometric dengan bantuan rintangan (daya tolakkan atau tarikan diri atau bantuan rakan atau alatan/dinding/griviti kemudian
  3. Otot diregang secara pasif lagi tetapi pada julat pergerakan yang lebih besar daripada sebelumnya.

Lazimnya, regangan PNF memerlukan pasangan untuk memberi rintangan semasa melakukan penguncupan isometric dan membantu melakukan regangan secara pasif.



Terdapat dua jenis teknik PNF yang biasa digunakan untuk meningkatkan kelenturan iaitu:
  •  Hold – Relax ( Contract – Relax)

Langkah 1
Langkah 2
Langkah 3
Melakukan regangan static pasif pada otot betis dengan bantuan tali, tahan selama 10 saat, otot harus diregang sehingga tahap kurang selesa dan bukannya sakit.
Melakukan penguncupan isometric pada otot betis yang diregang dengan bantuan tali dan tahan selama 7 – 15 saat
Relaks otot betis selama 2 – 3 saat, kemudian lakukan regangan static pasif sekali lagi pada julat pergerakan yang lebih besar dengan bantuan tali dan tahan lama

  •  Contract – Relax – Antagonist – Contract (CRAR)

Langkah 1
Langkah 2
Langkah 3
Dalam keadaan duduk regang otot betis secara isometric dengan bantuan tali dan tahan selama 10 saat
Relaks otot betis dan regang otot dorsiflexors dalam keadaan regangan aktif otot betis. Tahan keadaan ini selama 7 – 15 saat
Regang otot dorsiflexors diteruskan dengan bantuan tali kea rah badan. Tahan keadaan ini selama 10 – 15 saat



PERKARA YANG PERLU SEMASA REGANGAN
  • Mengetahui Otot-otot Khusus yang Hendak Diregangkan
Jurulatih harus mengetahui keperluan atlet dari segi penggunaan otot-otot yang terlibat secara khusus di dalam acara sukan. Ini penting kerana otot-otot dapatb diregangkan secukupnya sebelum sesi latihan atau pertandingan untuk mengurangkar risiko kecederaan yang teruk.

  • Meregang Otot Dalam Aktiviti Yang Bersesuaian
Aktiviti regangan mestilah tepat pada objektifnya, seperti regangan trunk hip flexion bagi meregang otot-otot sisi pinggang.


PROSEDUR PERLAKSANAAN AKTIVITI REGANGAN
Bermula dengan memanaskan otot-otot – jangan mulakan regangan anda sebelum otot di dalam keadaan keadaan panas. Mulakan dengan menjalankan aktivit jogging secara perlahan-lahan dahulu.
  1. Bersistematik – bermula dari kepala dank e bahagian bawah sehingga ke hujung kaki dan bermula dari pinggang kemudian ke bahagian tangan dan kaki.
  2. Ansur maju dari umum ke spesifik – buat regangan yang umum dahulu kamudian diikuti regangan spesifik yang ditumpukan otot-otot yang banyak terlibat.
  3. Regangan aktif diikuti regangan pasif – regangan pada julat pergerakan yang sepenuhnya secara aktif sebelum dikenakan daya luar (pasif) yang dapat membantu regangan yang lebih.
  4. Mempelbagaikan aktiviti – Senaman yang berbeza untuk bahagian yang berlainan boleh mengurangkan kebosanan.
  5. Ansur maju dan perlahan-lahan – meregang sehingga tahap kurang selesa dan bukannya menyakitkan. Jangan kenakan daya secara eksplosif otot (henjutan) pada tahap regangan maksimum.
  6. Bernafas seperti biasa – bertujuan oksigen dapat dialirkan ke otot-otot secara normal.
  7. Membenarkan perbezaan individu – Individu berbeza mempunyai takat regangan berbeza dan perbezaan acara memerlukan kelenturan yang berbeza.
  8. Melakukan regangan secara kerap – sentiasa mengamalkan senaman regangan sebagai sebahagian dari sesi memanaskan badan dan menyejukkan badan.




LANGKAH-LANGKAH KESELAMATAN

Otot dan tendon mempunyai cirri-ciri elasticity dan extensibility. Ligamen dan tendon boleh dipanjangkan tetapi akan menjadi kurang elastic. Semasa diregang, otot dan tendon akan kekal dalam kedudukan yang extensi. Jika ini berlaku, sendi akan menjadi kurang stabil dan mudah mengalami keadaan dislocation. Lazimnya berlaku pada sendi-sendi yang menampung berat seperti sendi pinggul, lutu dan ankle. Ligamen yang longgar menyebabkan sendi twist secara abnormal. Ini akan menyebabkan tisu-tisu seperti rawan, ligament, tendon dan otot yang berkaitan akan terkoyak.

Berikut merupakan langkah-langkah pencegahan:
  1. Jangan paksa sehingga ke tahap yang sakit
  2. Beri perhatian kepada yang berusia atau yang megalami osteoporosis atau arthritis.
  3. Jika sesuatu anggota badan pernah mengalami kecederaan seperti patah tulang radius mengakibatkan ianya tidak memungkinkan pergerakan pornasi dan supinasi, elakkan dari membuiat regangan dinamik.
  4. Elakkan meregang sendi-sendi yang bengkak.
  5. Elakan meregang berlebih-lebihan pada otot-otot lemah.
  6. Buat secara perlahan-lahan regangan pasif dan sentiasa mendapat meklum balas daripada pasangan.
  7. Teknik PNF harus dielakkan bagi yang mengalami tekanan darah tinggi. Pengecutan isometric boleh meningkatkan tekanan darah arterinya secara mendadak.
  8. Bagi beginner, elok melakukan regangan static atau teknik PNF berbanding kaedah balistik.
  9. Untuk atlet yang menggunakan kaedah balistik, mulakan secara regangan ststik sebelum bertanding.




KETANGKASAN (AGILITY)



Ketangkasan merupakan seluruh pergerakan badan yang pesat dengan perubahan halaju atau arahan dalam tindak balas kepada rangsangan (Sheppard and Young, 2006).

Ketangkasan merupakan kebolehan dalam menukar arah tanpa menjejaskan kepantasan, keseimbangan dan kawalan tubuh (Markovic et. Al. 2006).

Ketangkasan adalah perlakuan motor iaitu pergerakan berturutan pada pelbagai arah, cekap dan pantas (Helen Ten and Haridas, 1996).

Ketangkasan juga merupakan sebahagian faktor kemenangan bagi atlet dalam sukan-sukan tertentu. Pernyataan ini selari dengan pernyataan Yong et al. (1996) yang menyatakan, kebolehan menguasai kemahiran ketangkasan yang baik pada tahap-tahap tertentu member kelebihan untuk lebih berjaya di dalam sukan yang diceburi dan penentu kepada kejayaan atlet dalam sukan-sukan tertentu.

Menurut Kurtz (2001), ketangkasan yang baik dapat meningkatkan corak permainan dan kemampuan seseorang pemain itu dari segi kawalan dan penguasaan gelanggang.

Kesimpulannya, ketangkasan adalah kemahiran, kebolehan danbuh  keupayaan untuk memulakan, menghentikan dan mengubah pergerakan posisi tubuh badan dengan pantas dan tepat tanpa hilang keseimbangan badan. Ketangkasan merupakan indikator terpenting di dalam peningkatan prestasi seseorang atlet untuk lebih cermelang.


KEPENTINGAN KETANGKASAN
  1. Ketangkasan merupakan antara faktor yang penting dalam sesuatu kemahiran fizikal.
  2. Ketangkasan mempengaruhi kualiti dan prestasi sukan tertentu terutamanya dalam sukan rugby, badminton, basket ball, bola sepak, hoki dan lain-lain.
  3. Dalam kehidupan seharian, situasi di luar jangkaan seperti mengelak objek dengan pantas, lari di kejar anjing, bergerak ke satu-satu tempat denga pantas dan sebagainya.


KEPENTINGAN UJIAN KETANGKASAN
  1. Merupakan asas bagi meramal potensi pelajar dalam bidang sukan dan permainan
  2. Mengetahui tahap ketangkasan (kebolehan motor) seseorang.
  3. Memperbaiki kelemahan sedia ada.
  4. Meningkatkan prestasi dalam sukan yang diceburi.


PENGUKURAN KETANGKASAN
Ketangkasan merupakan salah satu unsur dalam faktor fisiomotor yang diperolehi daripada tindakan sistem saraf ke atas sistem otot dengan reaksi otot yang betul untuk menghasilan pergerakan yang diingini. Maka keadaan ini mestilah dilakukan pada darjah ketepatan dan penggunaan daya yang sesuai, (Annarino, 1976).

Borrow and McGee (1979) menyatakan, keberkesanan ketangkasan dapat dipertingkatkan dengan gabungan aspek-aspek kekuatan, daya tahan otot, kepantasan, deria kinestatik dan koordinasi. Faktor kekuatan dan daya tahan otot boleh meningkatkan kepantasan. Secara tidak langsung faktor-faktor tersebut boleh mempengaruhi keberkesanan ketangkasan. Seseorang boleh bertindak lebih pantas dan tangkas dengan mengubahsuai darjah ketepatan dan konsisten bagi kedudukan postur badan atau bahagian badan tertentu semasa bergerak di dalam ruang. Faktor koordinasi yang baik dapat dihubungkaitkan dengan ciri semulajadi sesuatu pergerakan. Faktor koordinasi dapat meningkatkan lagi keberkesanan faktor ketangkasan.

Keberkesanan ketangkasan dapat dilihat apabila ia digabungkan dengan faktor-faktor kecergasan lain. Kebolehan dan keberkesanan ketangkasan melibatkan faktor reaction time (masa reaksi) dan masa pergerakan dan dikaitkan dengan kelajuan dan ketepatan tentang reaksi satu kumpulan otot tertentu untuk bertinkdakbalas ke atas sebarang aktiviti lakuan motor, (Annarino, 1976).

Faktor-faktor lain yang mempengaruhi ketangkasan terdiri daripada faktor umur, tahap kematangan, saiz badan, jenis bentuk badan, pemakanan dan persekitaran (Clarke, 1976).

Ujian ketangkasan motor yang biasa digunakan bagi mengukur tahap kecergasan motor adalah:
  1. Lari ulang-alik 30 kaki
  2. Ujian ketangkasan SEMO
  3. Ujian Lompat Kuadran
  4. Ujian lari zig-zag
  5. Lompat Menegak


Ujian ketangkasan lazimnya terdiri dari tiga komponen iaitu:
  1. Pertukaran dalam arah larian
  2. Perubahan dalam kedudukan badan
  3. Pertukaran arah sebahagian badan

LATIHAN DAN UJIAN KETANGKASAN
Ketangkasan merupakan salah satu unsur penting di dalam sukan dan perlu untuk latihan. Hampir semua sukan memerlukan atletnya memiliki ketangkasan yang baik.

  • Latihan Jeda
Latihan ini adalah satu kaedah latihan fizikal yang melibatkan tekanan kerja yang berulang-ulang dan diselang-seli dengan masa rehat yang mencukupi. Latihan ini mempunyai masa rehat di antara ulangan kerja dan dapat meningkatkan kapisiti anaerobik atlet serta amat berfaedah untuk membina dan meningkatkan sistem tenaga aerobic dan sistem anaerobic.

Objektif Latihan
  1. Meningkatkan keupayaan anaerobic
  2. Meningkatkan daya tahan kardiovaskular dan daya tahan otot
  3. Meningkatkan ketangkasan, kelajuan, kelembutan dan koordinasi.

Rasional Latihan
  1. Dalam kebanyakan sukan, keupayaan anaerobic dalah satu unsur yang amat penting
  2. Jangka masa kerja yang panjang dan ulangan kekerapan kerja yang banyak serta masa pemulihan yang singkat akan memberikan kesan tekanan kepada sistem pengangkutan oksigen, dan ini akan meningkatkan sistem aerobic.
  3. Penetapan jangka masa dan jenis aktiviti masa rehat yang sesuai akan dapat mempertingkatkan proses glikolisis anaerobic dan menjadi efisyen.
  4. Atlet berkeupayaan untuk melakukan kerja pada isipadu yang tinggi jika ianya diselang-selikan dengan jeda rehat berbanding dengan perlakuan yang berterusan.

Prinsip Latihan
  1. Kaedah latihan ini berdasarkan prinsip-prinsip:
  2. Kadar jarak dan jangka masa kerja ditentukan berdasarkan kadar nadi latihan dan jarak set.
  3. Masa rehat atau pemulihan
  4. Jenis aktiviti masa rehat
  5. Bilangan ulangan dan set setiap sesi latihan
  6. Kekerapan latihan
  7. Tempoh latihan dijalankan
  • Shuttle Run (Lari Ulang-alik)


  • Lari Zig Zag

  • ProBase 20m Shuttle Run


  • Ujian Illinois Aglity Run




  • Ujian 505 Agility



  • Ujian Quadrant Jump


  • Agility Cone Drill (SPARQ)

    • 3-Cone Drill (NFL)

  • 5 Challenging Agility cone Drill


  • Agility Fitness Test



  • Ujian Heksagon



  • Ujian Agility 20-Yard Shuttle


  • Agility Cone Drill



  • Beep Test

  •   Balsom Agility Run 

  • Box Drill




  • Arrowhead Agility Drill







Jumaat, 19 April 2013

TEORI PENGUNCUPAN OTOT RANGKA






Apabila otot mengecut, didapati kawasan pertindihan antara myosin dan aktin (zon gelap) bertambah lebar. Zon terang (zon H) bertambah sempit. Garis Z menjadi bertambah dekat di antara satu sama lain. Ketiga-tiga pemerhatian di atas boleh dijelaskan dengan hipotesis bahawa aktin yang teratur mengelilingi myosin bergelungsur kea rah tengah myosin.




Proses pengelungsuran filament boleh dihuraikan berasaskan tahap molekul iaitu terdapat bebola unjuran di kedua-dua hujung myosin. Apabila pengecutan berlaku, setiap unjuran ini akan melekat pada aktin yang terdekat.  Pelekatan unjuran myosin dengan molekul aktin disebut cross bridge


Tiada cross bridge kelihatan semasa otot tidak menguncup. Setiap unjuran dibekalkan dengan satu molekul ATP. Apabilaa arahan diterima supaya otot mengecut, unjuran myosin melekat pada aktin dan pemecahan molekul ATP akan membekalkan tenaga untuk membengkokkan unjuran ke arah tengah myosin. Ini mengakibatkan aktin mengelungsur ke arah tengah myosin.


Kemudiannya, unjuran myosin melepaskan lekatannya dengan aktin, kembali ke posisi asal (posisi sebelum membengkok) dibekalkan dengan ATP baru dan kemudiannya melekat ke tempat baru pada aktin. Unjuran membengkok semula dan seterusnya menyebabkan pengelungsuran.


Sesuatu otot yang mengecut sepenuhnya akan memendek sebanyak 20% dan memerlukan cross bridge mengulangi proses ini beribu-ribu kali di dalam masa beberapa milisaat. Ca++ diperlukan dalam pengecutan otot kerana ion ini menyebabkan pembentukan cross bridge. Semasa pengecutan otot tidak berlaku, tiada Ca++ dipersekitaran myofibril.








Rabu, 17 April 2013

LYMPHATIC SYSTEM





Lymphatic comes from the Latin word Lymphaticus “connected to water”. The lymph system is a network of organs, lymph nodes, lymph ducts and lymph vessels that make and move lymph from tissues to the bloodstream. The lymph system is a major part of the body’s immune system. The lymphatic system collects excess and proteins  from body tissues and carries them back to the bloodstream. There are 600 to 700 lymph nodes in the human body that filter the lymph before it returns to the circulatory system.

Lymph is a clear to white fluid made of:
  • White blood cell, especially lymphocytes (cell that defend you against germs).
  • Fluid from the intestines called chyle, which contains proteins and fats.


Organization
The lymphatic system can be broadly divided into the conducting system and the lymphoid tissue. The conducting system carries the lymph and consists of tubular vessels that include the lymph capillaries, the lymph vessels, and the right and left thoracic ducts.

The lymphoid tissue is primarily involved in immune responses and consists of lymphocytes and other white blood cells enmeshed in connective tissue through which the lymph passes. Regions of the lymphoid tissue that are densely packed with lymphocytes are known as lymphoid follicles. Lymphoid tissue can either be structurally well organized as lymph nodes or many consist of loosely organized lymphoid follicles known as the mucosa associated lymphoid tissue (MALT).


COMPOMEMTS IN THE LYMPHATIC SYSTEM



Lymph Nodes
Are soft, small, round or bean shaped structures. They usually cannot be seen or easily felt. They are located in clusters in various parts of the body, such as the neck, armpit, groin, and inside the center of the chest and abdomen. Lymph nodes make immune cells that help the body fight infection. They also filter the lymph fluid and remove foreign material such as bacteria and cancer cells.


Lymph Capillaries
Begin blindly in the tissue spaces and from intricate network. Lymph capillaries are absent from the cellular structures like brain, spinal cord, splenic pulp and bone marrow. The lymph capillaries joint to from lymphatic, which are superficial and deep lymphatic. The superficial lymphatic accompany  veins, while the deep lymphatic accompany arteries.



Central Lymphoid Tissues
Comprise bone marrow and thymus. All pluripotent lymphoid stem cells are initially produced by liver and spleen. The stem cells undergo differentiation in the central lymphoid tissue, so that the lymphocytes become competent defensive elements of the immune system.

Bone marrow helps differentiation of the (committed) B-lymphocytes which are capable of synthesizing antibodies after getting transformed into plasma cells.

T-cells being uncommitted can react to a wide range of foreign antigenic stimuli. These respond by cytotoxic cell killing (killing virus-infected cells, neoplastic cells, fungi, tissue grafts, etc), by ‘arming’ macrophages and by triggering the large mononuclear cells (killer cells) and the ‘helper’ activity of B-lymphocyte.



Circulating Pool Of Lymphocytes
The pool contains mature progenies of B- and T-Lymhocytes which may be called upon during antigenic emergencies.

FUNCTIONS
The lymphatic system has multiple interrelated function:
It is responsible for the removal of interstitial fluid from tissues.
It absorbs and transports fatty acids and fats as chyle from the digestive system.
It transports white blood cells to and from the lymph nodes into the bones.
The lymph transports antigen presenting (APCs) such as dendritic cells to the lymph nodes where an immune response is stimulated.




DISEASE OF THE LYMPHATIC SYSTEM

LYMPHEDEMA
Is the swelling caused by the accumulation of lymph fluid which many occur if the lymphatic systems is damaged or has malformations. It usually affects limbs, though face, neck and abdomen many also be affected.

Causes of lymphedema include:
  • Infection
  • Scar tissue radiation therapy or surgical removal of lymph nodes.
  • Inherited conditions in which lymph nodes or vessels are absent or abnormal.
  • Cancer

Lymphoma
  • Is a cancer of the lymphatic system. Types of lymphoma:
  • Hodgkin
  • Non-Hodgkin lymphoma

Hodgkin Disease
  1. The first sign of Hodgkin disease is often an enlarged lymph node.
  2. The disease can spread to nearby lymph nodes.
  3. Later it many spread to the lungs, liver or bone marrow.
  4. The cause is unknown
  5. Hodgkin disease is are symptoms include:

  • Painless swelling of the lymph nodes in the neck, armpits or groin
  • Fever and chills
  • Night sweats
  • Weight loss
  • Loss of appetite
  • Itchy skin

Non-Hodgkin
Begin when a type of white blood cell, called a T-cell or B-Cell becomes abnormal
The cell divides again and again making more and more abnormal cells
  1. These abnormal cells can spread to almost any other part of the body
  2. Most of the time, doctors can’t determine why a person get non-Hodgkin lymphoma
  3. Non-Hodgkin lymphoma can cause many symptoms such as:

  • Swollen, painless lymph nodes in the neck, armpits or groin
  • Unexplained weight loss
  • Fever
  • Soaking night sweats
  • Coughing, trouble breathing or chest pain
  • Weakness and tiredness that don’t go away
  • Gain, swelling or a feeling of fullness in the abdomen.

CASTLEMAN DISEASE
Is caused by benign tumors that affect the lymph nodes. While not specifically a cancer, it is similar to a lymphoma and is often treated with chemotherapy. Localized Castleman disease affects the lymph nodes of the stomach and chest. Multicentric Castleman disease affects greater than one region of lymph nodes as well as lymphoid containing organs such as the spleen.

ELEPHANTIASIS
Infection of the lymphatic vessels causes a thickening of the skin and enlargement of underlying tissue, especially in the legs and genitals. There is an abnormal accumulation of watery fluid in the tissues (edema) causing severe swelling. The skin usually develops a thickened, pebbly appearance and may become ulcerated and darkened. Fever, chills and a general feeling of ill health (malaise) many be present.

Elephantiasis many also affect the male and female genital organs. In a male there may be enlargement of the scrotum and the penis may be retracted under skin which has become thickened, non-elastic, hot an painful. The spermatic cords many become thickened.

The external parts of the female genital organs (vulva) may also affected by elephantiasis. A long timorous mass covered by thickened and ulcerated skin many develop between the thighs. There may also be an enlargement of the lymph nodes of the legs.

Affected Population
Elephantiasis is most commonly found in African nations.

Featured post

Metos Makan Waktu Malam

  Makan malam buat anda gemuk? Tiada bukti secara saintifik  membuktikan kerap makan di waktu malam akan mengakibatkan seseorang itu mengala...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...