Disclaimer

SainsdanSukan does not give any warranty on accuracy, completeness, functionality, usefulness or other assurances as to the content appearing in this blog. MatriXwoo2 disclaims all responsibility for any losses, damage to property or personal injury suffered directly or indirectly from reliance on such information.
Memaparkan catatan dengan label Info. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Info. Papar semua catatan

Rabu, 31 Mei 2023

Sains Sukan dan Sains Kesihatan

Sains Sukan?

Merupakan satu cabang dalam sains yang mengkaji respons manusia terhadap aktiviti fizikal. Jadi, bidang ini merangkumi kinesiologi, biomekanik, rehabilitasi, anatomi dan fisiologi, dan lain-lain topik seperti pemakanan, pengurusan sukan, sosiologi sukan, dan psikologi dalam sains sukan.

 Ia juga merupakan satu bidang khas yang melatih seseorang supaya menjadi cergas dan cerdas dalam melakukan suatu permainan ataupun aktiviti dan seterusnya peningkatan prestasi dalam sukan. Selain itu, sains sukan membantu memahami tindak balas badan manusia seperti organ, sistem saraf, sistem otot, dan tenaga dalam badan semasa melakukan aktiviti sukan. Dalam erti kata lain, pendidikan jasmani adalah satu amalan untuk meningkatkan teknik dalam aktiviti kesukanan, manakala sains sukan adalah bertujuan menyampaikan ilmu saintifik tentang aplikasi fizikal dan sukan.

Pecahan Sains Sukan adalah, Biomechanic, Medicine, Paralympic, Performance Analysis, Performance Lifestyle, Performance Nutration, Performance Psychology, Psychology, Phycho-therapy & Soft Tissue Therapy, Research & Development, Strength & Conditioning dan Telent ID.

Sains Kesihatan? 

Disiplin Applied Science yang berkaitan dengan kesihatan manusia dan haiwan. Dua bahagian sains kesihatan: (i) kajian, penyelidikan, dan pengetahuan mengenai kesihatan dan penerapan pengetahuan itu untuk meningkatkan kesihatan, menyembuhkan penyakit (ii) memahami bagaimana fungsi manusia dan haiwan. Life Science melihat bagaimana makhluk hidup berbeza berkaitan antara satu sama lain, dan alam sekitar.

Sains kesihatan memberi tumpuan kepada penggunaan pengetahuan yang di peroleh daripada mempelajari tentang tumbuhan dan kehidupan haiwan, untuk merawat dan mencegah banyak penyakit yang mempengaruhi manusia. Keutamaan sains sukan dan sains kesihatan akan menyediakan anda pengetahuan dan kemahiran untuk bekerja dalam pelbagai peranan dalam bidang sukan dan penjagaan kesihatan seperti Athletic Trainer, Chairopractor, Medical Sosial Worker, Physical Therapist, Registered Nurse, Dietitian or Nutritionist, Pharmacist, Physician, Epidemiologist, Heltcare Administrator, Occuational Therapist and Physician.

 

 

 

Selasa, 23 Mei 2023

High Intensity Interval Training (HITT)

Senaman kardio akan meningkatkan metabolisme tubuh tetapi akan kembali ke tahap normal apabila selesai senaman dilakukan. Tetapi Latihan HIIT (latihan Jeda) boleh meningkatkan kadar metabolisme tubuh apabila beberapa jam selepas menjalani latihan ini.

Apa HITT?

HITT boleh dilakukan dengan berjogging diselang seli dengan kelajuan tinggi dengan mencapai 85% kadar nadi maksimumsel;ama 30 saat hingga 1 minit dengan diselangi oleh kelajuan perlahan atau rehat 1 hingga 2 minit.

Contoh: Jika dilakukan di atas treadmill, berlari dengan kelajuan 9.0 – 12.0 dalam jangka masa 30 saat dan kemudian berjalan dengan kelajuan 3.0 untuk 1 minit dan ulang sebanyak 10 ulangan.

Kenapa HITT?

Merupakan cara yang lebih effektif daripada senaman kardio yang biasa. Contohnya, kita perlu berlari 1 jam dengan kadar nadi latihan 60% untuk mendapatkan hasil yang sama dengan melakukan HITT selama 15 minit. HITT membantu membakar lemak 9 kali ganda lebih banyak berbanding senaman kardio biasa.

Ahad, 19 Jun 2022

"Kurus Tidak Bermakna Secara Automatik Anda Tidak Gemuk,"



Jumlah lemak yang mengelilingi organ penting seperti jantung, hati dan pankreas yang tidak terlihat secara zahiurnya adalah sama bahayanya dengan lemak yang menjadi sebahagian daripada orang yang mengalami obesiti. Oleh yang demikian, tidak semestinya sesorang yang berbadan kurus itu adalah dikatigorikan sebagai sihat. 

Menurut kajian dari ari Profesor Dr. Jimmy Bell, dari Kolej Imperial, London, telah mengimbas lebih 800 orang bagi menghasilkan 'peta gemuk' bagi mencari dan mengesan di mana lemak tersimpan. Data yang diperolehi beliau, daripada 800 responden, 45 % yang memiliki BMI antara 20 hingga 25 orang memiliki lebih banyak lemak tersimpan. Daripada jumlah itu 60 % adalah lelaki. Senario itu yang dinamakan sebagai TOFIs — 'thin outside, fat inside'. "Lebih kurus seseorang itu, lebih besar kejutannya," 

Dari hasil kajian, beliau telah membuat kesimpulan, "Jika mahu kelihatan kurus, diet memang sudah mencukupi, tetapi untuk menjadi kurus dan sihat, senaman adalah komponen gaya hidup terpenting,"

Mereka yang mengekalkan berat badan melalui diet, memiliki lebih banyak lemak walaupun pada mata kasar mereka kelihatan kurus. Senario ini lebih bahaya kerana orang kurus selalu berasa mereka sihat kerana tidak gemuk. 

Mereka yang kurus selalunya lebih banyak makan makanan berlemak, makanan bergula dan tidak bersenam, tetapi jumlah pemakanan itu tidak cukup banyak untuk membuatkan mereka gemuk dari segi penampilan.

Saintis percaya tubuh menyembunyikan lemak pada bahagian dalam dahulu sebelum lemak 'muncul' pada bahagian lain seperti perut. Begitupun, masih ramai pakar percaya BMI adalah ukuran tepat untuk kesihatan yang baik.

Pakar pemakanan dari Majlis Penyelidikan Perubatan BrItain (MPPB), Dr Toni Steer, berkata pakar perubatan tidak pasti mengenai bahaya lemak pada bahagian dalam tetapi sesetengah pakar meramalkan ia boleh menyumbang kepada risiko serangan jantung dan diabetes, ini berdasarkan teori lemak pada bahagian dalam mengganggu sistem komunikasi. 

Lemak yang menyelaputi organ dalaman mungkin menghantar isyarat kimia badan yang salah untuk menyimpan lemak di dalam organ seperti hati dan pankreas. Ia boleh membawa kepada masalah penolakan insulin (diabetes jenis 2) atau serangan jantung.

 "Menjadi seorang yang kurus tidak bermakna dia kebal pada serangan diabetes atau tidak berisiko pada serangan jantung," kata Dr Loius Teichholz dari Hackensack Hospital, New Jersey.

Teichholz berkata, mereka yang memiliki jisim berat badan normal juga boleh memiliki tahap lemak 'tersimpan' yang memeranjatkan.

Persepsi kita sebelum ini, orang kurus dianggap lebih aktif dan sihat, tetapi menjadi orang kurus yang tidak cergas juga sama tinggi risikonya dengan mereka yang obes dan tidak aktif. Begitupun, berita baiknya lemak pada bahagian dalam boleh dibakar melalui senaman atau memperbaiki pengambilan diet.

Sabtu, 18 Jun 2022

Metos Makan Waktu Malam

 

Makan malam buat anda gemuk?
Tiada bukti secara saintifik  membuktikan kerap makan di waktu malam akan mengakibatkan seseorang itu mengalami masalah kegemukkan. Apa yang penting adalah jumlah kalori yang diambil sepanjang hari.

Sedikit makan lebih baik?
Pesakit diabetes, jantung dan masalah metabolisme akan mendapat kebaikan daripada pengambilan lemak tidak tepu. Bila sedikit pengambilan makanan maka sedikit pula pembakaran lemak di dalam tubuh akan berlaku.

Protein adalah nutrien sangat penting untuk atlet?
Seorang atlet memerlukan protein melebihi orang biasa. Namun begitu, atlet yang berlatih di dalam gymnasium tidak memerlukan jumlah pengambilan protein yang banyak. Pengambilan makanan seharian sudah mencukupi tanpa perlu mengambil protein tambahan. Setiap atlet di dalam sukan yang berlainan memerlukan kadar pengambilan protein yang berlainan seperti atlet bina memerlukan kadar protein yang lebih tinggi berbanding atlet olahraga.

Diet rendah lemak atau diet "0" lemak adalah bagus?
Lemak sangat diperlukan oleh tubuh untuk tenaga, membaikpulih tisu-tisu rosak, untuk pengangkutan vitamin A,D,E,K, Tidak perlu diet "0" lemak, namun hanya perlukan pengambilan lemak tepu.

Berpuasa akan menurunkan berat badan?
Benar, tetapi di dalam jangka masa yang pendek, jika di dalam jangka masa yang panjang, tubuh kana membakar otot sebagai sumber tenaga mengakibat otot semakin mengecil dan seterusnya mengakibatkan kadar metabolisme asas akan menurun.

Makanan tinggi lemak akan mengakibatkan badan gemuk dengan cepat?
Badan tidak akan gemuk dengan cepat jika hanya makan 50.0 g cheesekerana tubuh memerlukan 3500.00 kalori berlebihan untuk menaikan 1.0 g lemak dalam badan.

Berat badan akan naik sekiranya berhenti merokok?
Nikotine mempengaruhi kadar metabolisme tubuh, tetapi pada kadar yang sedikit. Namun jika perokok megubah tabiat merokok kepada tabiat mengambil makanan, jadi badan akan gemuk disebabkan tabiatnya sendiri. Seorang perokok yang berhenti merokok, seharusnya mencari sesuatu seperti sugerless chewing gum untuk menghilangkan ketagihan.
 

Ahad, 21 Mac 2021

COVID-19


Pengenalan

  • Penyakit ini sangat mudah merebak sehingga menyebabkan ia diisytiharkan sebagai ‘Pandemic’.
  • Penyakit ini pertama sekali dijumpai di Wuhan, China dan sekarang telah merebak pada lebih daripada 120 negara termasuk Malaysia. Virus ini telah dinamakan sebagai “SARS-CoV-2” dan penyakitnya pula dipanggil sebagai “Coronavirus disease 2019″(Nama pendeknya adalah COVID-19)
  • Pada 30 Januari 2020, WHO telah mengistiharkan wabak ini sebagai ” Public Health Emergency of International Concern” kerana wabak ini sangat mudah merebak.

Simptom COVID-19

  • Pesakit boleh mempunyai simptom yang sederhana dan tidak memberi kesan kepada pesakit sehinggalah simptom yang teruk dan boleh menyebabkan kematian.
  • Pesakit yang sudah terdedah dengan virus tersebut akan mempunyai simptom setelah 2 hingga ke 14 hari. 
  • Simptom tersebut adalah :

  1. Demam
  2. Batuk
  3. Sakit tekak
  4. Sesak nafas
  5. Pesakit boleh sahaja mempunyai salah satu simptom ini tanpa mempunyai demam.

Punca COVID-19

  • Coronavirus adalah daripada keluarga virus yang selalu menjangkiti haiwan seperti kelawar, unta, kucing dan ular. Sebelum ini, coronavirus juga telah menyebabkan wabak seperti MERS-CoV dan SARS-CoV. Kesemua virus ini adalah berasal daripada kelawar.
  • Pada mulanya, kebanyakan daripada mereka yang dijangkiti penyakit ini mempunyai sejarah pergi ke pasar di Wuhan dimana dalam pasar ini mereka menjual makanan eksotik termasuk kelawar. Kemudian, virus ini telah menjangkiti orang lain yang tidak pernah pergi ke pasar tersebut.

Ujian Pengesahan

  • Sampel yang wajib diambil daripada pesakit adalah sampel calitan daripada bahagian tekak. Sampel ini akan dihantar ke makmal khas seperti Makmal Kesihatan Awam Kebangsaan(MKAK) di Sungai Buloh untuk menjalani Ujian.
  • Ujian yang selalu dijalankan adalah Real Time Polymerase Chain Reaction(Real Time-PCR) yang bertindak untuk mengesan genetik virus tersebut.

Cara virus ini merebak

Virus ini merebak daripada individu ke individu yang lain dengan cara:

  • Titisan air di dalam udara melalui batuk ataupun bersin daripada pesakit Covid-19
  • Individu yang dekat dengan pesakit ini(Close Contact)
  • Titisan air ini boleh berterbangan dan masuk ke dalam kawasan mulut dan hidung mereka yang dekat dengan pesakit. Kemudian ia membiak dan menyebabkan individu tersebut mengalami simptom yang dikatakan diatas.

Bolehkah seseorang yang tiada simptom menjangkiti orang lain?

  • Umum mengetahui bahawa hanya orang yang mempunyai simptom sahaja akan menjangkiti orang lain. Tetapi individu yang tidak mempunyai simptom ini boleh sahaja menjangkiti orang lain jika barangan individu tersebut telah dicemari dengan virus ini.

Kematian disebabkan COVID-19

  • Penyakit MERS-CoV dan SARS-CoV mempunyai kadar kematian yang tinggi berbanding COVID-19. MERS-CoV mempunyai kadar kematian lebih kurang 45% dan SARS-CoV pula pada kadar 15%. Manakala, COVID-19 pula mempunyai kadar kematian sebanyak 2%. Tetapi kadar jangkitan virus ini kepada orang lain adalah lebih tinggi.
  • Mereka yang berumur serta mempunyai masalah jantung, paru-paru dan kencing manis sebagai contoh mempunyai risiko kematian yang lebih tinggi berbanding orang lain.Pada 17 Mac 2020, 2 kematian telah diisytiharkan oleh KKM berpunca daripada penyakit ini.

Rawatan

  • Buat masa sekarang, tiada lagi rawatan antiviral yang spesifik digunakan untuk merawat penyakit ini. Pesakit yang menghadapi penyakit COVID-19 perlu diberikan rawatan sokongan untuk mengurangkan simptom.
  • Jika simptom pesakit teruk seperti sesak nafas disebabkan kurang oksigen, rawatan sokongan melalui pemberian oksigen perlu diberikan kepada pesakit. Sistem imun pesakit sendiri akan bertindak untuk menghasilkan antibodi untuk membunuh virus tersebut dan pesakit akan sembuh dengan sendirinya.

Cara untuk mengelakkan penyakit ini

  • Pada masa sekarang, tiada lagi vaksin untuk penyakit ini. Cara terbaik untuk mengelakkan penyakit ini adalah dengan mengelakkan diri daripada terdedah dengan virus.
  • Walaubagaimanapun, anda juga disyorkan untuk mengamalkan langkah pencegahan bagi mengelakkan jangkitan ini. Ia adalah:

  1. Elakkan daripada berjumpa dengan orang sakit
  2. Elakkan daripada memegang bahagian mata, hidung dan mulut.
  3. Duduk dirumah jika anda tidak sihat
  4. Tutup mulut menggunakan tisu jika anda batuk atau bersin
  5. Pihak CDC daripada WHO hanya menggalakan mereka yang mempunyai simptom sahaja untuk memakai facemask.
  6. Sentiasa basuh tangan anda menggunakan sabun selama 20 saat terutamanya apabila pergi ke tandas, sebelum makan dan juga ketika anda batuk atau selesema.
  7. Jika tiada sabun, anda digalakan menggunakan hand sanitizer yang mempunyai alkohol lebih daripada 60%.

Rujukan:

Coronavirus Disease 2019 (COVID-19). – CDC                                                                                                 


Selasa, 29 Oktober 2019

Sukan malam ‘pembunuh senyap’



Aktiviti bersukan yang banyak menggunakan tenaga boleh bertukar menjadi gejala tidak sihat dan membahayakan kesihatan jika tidak diuruskan dengan baik.

Aktiviti bersukan seperti bermain futsal, beriadah di gimnasium dan bermain badminton pada waktu malam yang kini menjadi gaya hidup warga kota akibat kekangan masa akibat bekerja sebenarnya boleh menjadi ‘pembunuh senyap’.

Ini kerana, tanpa disedari individu berkenaan mungkin boleh diserang penyakit berbahaya seperti tekanan darah tinggi, masalah serangan jantung, penyakit saraf dan keletihan melampau.

Bersukan pada malam hari banyak menggunakan tenaga boleh bertukar menjadi gejala tidak sihat dan membahayakan kesihatan jika tidak diuruskan dengan baik.

Secara purata seseorang menghabiskan lapan jam bekerja sehari dan memerlukan waktu rehat.

Aktiviti bersukan selepas bekerja terutama pada waktu malam menyebabkan badan menjadi lesu kerana tubuh dipaksa bekerja keras dan banyak tenaga dikeluarkan.

Bersukan pada waktu malam akan memaksa badan untuk bekerja keras dengan aktiviti sukan yang berat dan boleh mengakibatkan tekanan darah kita meningkat naik sekali gus boleh menyebabkan masalah darah tinggi dan jantung.

Namun begitu, jika seseorang individu ingin melakukan senaman pada waktu malam, ianya perlu melakukan senaman ringan yang tidak menggunakan tenaga yang banyak.

Aktiviti bersukan pada waktu malam juga boleh membuatkan badan seseorang menjadi letih dan mengganggu waktu tidur.

Bersenam atau melakukan aktiviti sukan berat berat digalakkan pada waktu siang, mengikut kemampuan serta umur seseorang dan tidaklah keterlaluan.

Jangan terlalu memaksa tubuh melakukan perkara-perkara yang di luar kemampuan.

Mukttahir ini, ramai di kalangan warga pertengahan umur mati mengejut ketika melakukan aktiviti fizikal pada malam hari bukanlah perkara baharu serta perlu diambil perhatian serius dan tidak dipandang remeh.

Kematian mengejut semasa bersukan di malam hari ini membuktikan bahawa usia muda bukanlah jaminan seseorang itu selamat daripada risiko mati mengejut ketika melakukan aktiviti riadah.

Mereka yang bersukan ini kadang-kadang tidak pernah melakukan pemeriksaan kesihatan sebab mereka ingat mereka sihat, muda dan tidak ada penyakit.

Persepsi yang mengatakan, semakin kerap kita bersukan dalam sehari, tubuh semakin sihat haruslah di singkirkan.

Ini kerana kemampuan sistem tubuh ‘berkerja’ mempunyai had maksima dan ianya memerlukan rehat yang maksima untuk tubuh ‘refresh’ semula.

Malam hari adalah waktu tubuh badan ‘berehat’ sementara waktu siang adalah waktu tubuh badan ‘berkerja’.

Firman Tuhan:
“Dialah yang menjadikan malam bagi kamu supaya kamu beristirahat padanya dan (menjadikan) siang terang benderang (supaya kamu mencari karunia Allah). Sesungguhnya pada yang demikian itu terdapat tanda-tanda (kekuasaan Allah) bagi orang-orang yang mendengar.” (QS. Yunus:67).

Isnin, 6 November 2017

Waktu bersenam yang sesuai


Waktu pagi, petang atau malam?

Sebenarnya anda bebas bersenam pada waktu yang anda rasakan sesuai bergantung kepada gaya hidup masing-masing. 

Senaman di awal pagi

Ramai menyokong bahawa senaman pada waktu pagi adalah waktu terbaik untuk dilakukan. Waktu ini jugalah antara waktu paling liat untuk anda lakukan senaman. 

  • Melanjutkan kesegeran dan mood - Kajian yang dilakukan terhadap para pelajar yang bersenam hanya 20 minit di awal pagi mendapati kesegaran dan keceriaan mereka berterusan sehingga ke tahap 12 jam selepas melakukan senaman. Ini membuatkan orang yang bersenam waktu pagi lebih produktif dan ceria serta segar sepanjang melaksanakan tugasan untuk sepanjang hari itu. 
  • Membakar lebihan lemak dalam badan - Mereka yang bersenam sebelum mengambil sarapan pagi didapati mampu membuatkan badan membakar segala lemak berlebihan yang ada dalam badan ke tahap yang maksima. Tubuh juga memproses gula dalam badan lebih baik dan membuatkan tahap penerimaan glukos dalam badan meningkat.
  • Memberikan tenaga lebihan sepanjang hari - Mungkin ada yang rasa bersenam waktu pagi membuatkan anda keletihan selepas itu dan kurang tenaga untuk tugasan selepasnya. Itu adalah silap menurut kajian sebenar yang dilakukan oleh pengkaji. Mereka yang dah biasa bersenam waktu pagi sebagai amalan tetap didapati telah meningkat tenaga dan kekuatan otak berada ditahap yang tinggi dan kreatif dan itu berlanjutan sepanjang 12 jam selepas bersenam.
  • Aktiviti pembakaran kalori berterusan - Jika anda bersenam badan membakar sebanyak 420 kalori tenaga, kajian mendapati pembakaran tenaga berterusan walau anda sudah habis bersenam sehingga ke tahap 190 kalori lagi. Ini membuatkan anda bertenaga dan cergas bergerak selepas itu dan ianya kekal berpanjangan. Berbanding jika anda tidak bersenam waktu pagi, kesannya adalah pergerakan anda akan menjadi lembab dan kelihatan kurang bermaya dan asyik nak lepak dan duduk saja.

Senaman di waktu petang dan malam

Realitinya  tidak semua mampu untuk bangun seawal pagi dan bersenam. Jangan risau, ada lagi waktu lain yang juga sesuai untuk anda praktikkan untuk senaman sehari-harian. Petang atau malam merupakan antara waktu ideal selain pagi.

  • Senaman pada waktu petang atau malam dapat membantu Mengurangkan tekanan yang dihadapai seharian kerana otak pada ketika ini akan bertindak lebih aktif dan memfokuskan kepada pergerakkan badan yang dilakukan. Sekaligus akan membuatkan tubuh lebih cergas dan mengalirkan cas-cas positif dalam badan. Seeloknya bersenamlah sebelum waktu makan kerana ia dapat mengawal kadar makanan yang diambil pada waktu malam. 
  • Lebih manfaat  buat anda yang bersenam pada waktu petang kerana anda boleh melakukan senaman yang lebih berat berbanding waktu pagi kerana anda mempunyai waktu yang cukup untuk berehat sepanjang malam. 

Walaubagaimanapun, semuanya terpulang kepada anda untuk bertindak! 


Selasa, 31 Oktober 2017

Sports Massage


Bila tubuh berasa lemah dan sengal-sengal, selalunya kita suruh anak kita pijak-pijak.

Kata orang tua-tua, badan penuh angin.

Kalau pada masa tu, si isteri menawarkan diri untuk massage, aku pasti tak menolak.

Bagaimana dengan awak?

Sports massage?

Merupakan teknik massage.

Adakah sports massage ini khas untuk mereka yang bersukan sahaja?

Sebenarnya, sports massage adalah untuk semua.

Dalam dunia massage, ada pelbagai teknik.

Antara teknik-teknik massage ialah, swedish massage, deep massage, sports massage, dan massage to relieve trigger points.

Yang mana paling sedap?

Semuanya melegakan tubuh, tidak kira untuk orang bersukan ataupun tidak!

Massage bukan sahaja menangkan otot-otot yang tegang akibat stress mahupun kerja berat, malah ia menangkan fikiran, emosi dan mental.

Banyak kajian yang membuktikan massage akan merangsang rembesan hormon endorphin, iaitu hormon yang buat kita rasa gembira. 

Satu lagi kajian iaitu kesan massage yang dilakukan selepas melakukan latihan fizikal ialah, tubuh akan merembes bahan PGC-1alpha dan ini mempercepatkan lagi proses pemulihan otot. 

Apakah kelebihan massage?
  • Merawat penyakit
  • Mengurangkan rembesan hormon stress (kortisol)
  • Mengurangkan tahap keradangan kecederaan.
  • Mengurangkan sakit belakang dan sakit sendi.
  • Merawat penyakit kronik pada otot dan sendi.
  • Membantu untuk dapatkan tidur yang berkualiti.
  • Melawan infeksi kuman, virus, dan bakteria.
  • Mengurangkan risiko migraine.
  • Merendahkan tekanan darah.
  • Membantu melegakan tubuh wanita yang sedang mengandung.

Isnin, 30 Oktober 2017

Minum air ikut perancangan untuk elak dehidrasi


Dehidrasi ditafsirkan sebagai kehilangan air atau cecair tubuh disebabkan aktiviti fizikal, namun tidak boleh dipandang ringan kerana ketiadaan 2% daripada berat badan sudah memadai untuk menjejaskan fungsi fisiologi seseorang atlet.

Selasa, 2 Mei 2017

Makan lewat malam menyebabkan obesiti ke?




Menjamu selera bersama rakan di waktu larut malam di warung-warung tepi longkang atau di kedai Mamak 25 jam, sudah menjadi budaya rakyat Malaysia.

Setuju atau tak?

Apa yang enak dan lazat kat tempat-tempat tu? 

Hanya pengemar bau longkang atau air tangan Mamak je yang tahu!  

Sikit masa dulu ada ahli politik mendakwa, ramai anak-anak muda di universiti ‘pecah perut’  sebab kebulur tak makan!

Mungkin kenyataan sebegini kurang tepat kot!

Ahad, 30 April 2017

Hypersomnia




Hypersomnia adalah penyakit di mana seseorang terlebih tidur. 

Saya pernah berdepan seorang yang boleh tidur 16 jam sehari. 

Dia ada masalah untuk kekal berjaga. 

Mereka yang ada masalah ini, boleh tidur di mana sahaja pada bila-bila masa. 

Mereka yang kritikal boleh tertidur ketika sedang borak, atau sedang memandu. 

Mereka ini kebiasaannya ada masalah kurang tenaga dan tidak mampu berfikir dengan baik.

Menurut Persatuan Tidur Kebangsaan atau National Sleep Foundation, hampir 40% manusia ada simptom hypersomnia dari masa ke semasa. 

Terdapat beberapa penyebab yang mungkin menyebabkan hypersomnia, termasuk:
  1. Sleep disorders narcolepsy (penyakit tidur siang) 
  2. Sleep apnea (gangguan pernafasan ketika tidur) 
  3. Berat badan berlebihan 
  4. Penggunaan dadah atau alkohol 
  5. Cedera di kepala atau penyakit neurologikal seperti multiple sclerosis atau parkinson 
  6. Pengambilan ubat seperti tranquilizer atau antihistamine
  7. Masalah genetik 
  8. Kemurungan
Apa yang boleh dibuat? 

Jumpa doktor dan ceritakan masalah anda. 

Anda mungkin akan diuji dengan ujian darah, computed tomography (CT) scan, dan ujian tidur yang dipanggil polysomnography. 

Dalam sesetengah kes, ujian electroencephalogram (EEG) akan dibuat untuk menguji aktiviti di otak. 

Rawatan?

Sekiranya ada didiagnosis dengan masalah hypersomnia, doktor akan preskrip ubat termasuk perangsang, anti keradangan dan sebagainya. 

Jika ada didiagnosis dengan masalah sleep apnea, anda mungkin diberi rawatan yang dikenali sebagai continuous positive airway pressure atau CPAP. 

Anda akan pakai satu topeng di atas hidung ketika tidur.

Sebelum pakai apa-apa topeng, beritahu pada pasangan anda, takut dia kena sakit jantung tengok orang bertopeng memalam buta. 

Topeng ini akan memastikan aliran udara tidak tersekat.

Rujukan :
https://www.sleepassociation.org/patients-general-public/hypersomnia/
https://en.wikipedia.org/wiki/Hypersomnia

Featured post

Metos Makan Waktu Malam

  Makan malam buat anda gemuk? Tiada bukti secara saintifik  membuktikan kerap makan di waktu malam akan mengakibatkan seseorang itu mengala...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...