Disclaimer

SainsdanSukan does not give any warranty on accuracy, completeness, functionality, usefulness or other assurances as to the content appearing in this blog. MatriXwoo2 disclaims all responsibility for any losses, damage to property or personal injury suffered directly or indirectly from reliance on such information.

Jumaat, 3 Jun 2016

Faktor-faktor yang mempengaruhi keagresifan dalam sukan


Kebanyakkan kajian yang dijalankan untuk melihat faktor-faktor yang mempengaruhi keagresifan dalam sukan dilakukan secara situasi spesifik. Berdasarkan dapatan kajian tersebut, disenaraikan beberapa faktor yang dikaitkan dengan keagresifan dalam sukan.


  • Kebangkitan fisiologi - Kebangkitan fisiologi dalam sukan berkait rapat dengan suhu di persekitaran dan bunyi bising penonton. Suhu pesekitaran berkait rapat dengan kecenderungan untuk bertindak secara agresif kerana ia menyebabkan pemain berasa kurang selesa, rimas dan mudah marah.Justeru itu, kesilapan yang sedikit atau tindakan yang dianggap keterlaluan yang dilakukan oleh orang lain ke atas pemain ini akan menjadi pencetus kepada pemain tersebut untuk bertindak secara agresif. Manakala kebisingan penonton di stadium atau gelanggang boleh meningkatkan kebangkitan pemain sehingga ia boleh menggugat prestasi pemain tersebut. Kebisingan yang tinggi akan merangsang keagresifan.
  • Persepsi individu yang dikasari - Keagresifan akan meningkat apabila bakal mangsa merasakan bahawa beliau akan dikasari oleh pihak lawan. Dalam konteks ini, pesepsi tentang niat pemain lawan untuk mengkasari seseorang individu adalah lebih kukuh dari kekalahan atau suasana pertandingan dalam mencetuskan tindakan yang agresif dikalangan pemain. Oleh itu, pemain yang menjangkakan bahawa beliau akan dikasari akan bertindak dengan cara yang sama ke atas pihak lawan.
  • Takut kepada tindak balas yang diterima – Takutkan tindak balas yang diterima dari pemain pasukan lawan lazimnya akan mengurangkan perlakuan agresif dalam sesuatu perlawanan sukan. Dengan kata lain, setiap pemain akan menghormati pasukan lawannya dan masing-masing cuba untuk mengatasi lawannya tanpa bertindak agresif. Bagaimanapun, akan sampai satu tahap dimana setiap pemain mula mencabar lawannya dan tindakan ini akan menjadikan suasana perlawanan menjadi lebih sengit. Kesannya, tindakan atau perlakuan yang agresif akan meningkat kerana setiap tindakan yang agresif akan dibalas dengan tindakan yang sama ataupun lebih, untuk menunujukkan siapa yang lebih hebat. Akhirnya, perlakuan agresif akan sampai ke kemuncaknya jika perlawanan tidak dikawal dengan baik.
  • Perbezaan Mata atau Jaringan - Kajian dibuat keatas permainan bola sepak dan hoki ais mendapati semakin besar berbezaan mata atau jaringan, semakin banyak kekasaran yang akan dilakukan oleh pemain pasukan yang sedang ketinggalan ( Cox 1999 ).
  • Lokasi Perlawanan - Biasanya pasukan yang bermain ditempat sendiri akan bertindak lebih agresif kerana mereka mendapat sokongan penyokong sendiri serta ingin menjaga maruah pasukan sebagai tuan rumah. Bagaimanapun, menurut Russell (1981), ia bergantung kepada corak keagresifan yang ditonjolkan serta jenis sukan yang dipertandingkan. Bagi sukan bola sepak, pasukan yang bermain di tempat lawan biasanya lebih agresif kerana mereka ingin mempertahankan kedudukan mereka, manakala bagi hoki ais, ia adalah sama jika bermain di tempat sendiri ataupun di tempat lawan (Cullen&Cullen, 1975).
  • Keputusan PertandIngan - Pemain pasukan yang tewas merasakan bahawa pasukannya tidak berpeluang untuk menang, lazimnya lebih agresif jika dibandingkan dengan pemain pasukan yang memenangi perlawanan tersebut. Ini mungkin kerana kecewa berdasarkan Toeri Frustrasi-Agresif ( Cullen & Cullen 1975 ).
  • Kedudukan Pasukan Dalam Liga - Pasukan yang berada di kedudukan tempat teratas dalam liga lazimnya kurang agresif jika dibandingkan dengan pasukan yang berada di kedudukan terbawah liga. Jika dilihat dari sudut Teori Frustrasi-Agresif, pasukan yang berjaya lazimnya sudah mencapai matlamat mereka sedangkan pasukan yang di bawah kecewa kerana gagal mencapai apa yang diidamkan. Dengan itu, mereka akan bertindak secara agresif untuk meluahkan tekanan yang ditanggung.
  • Jangka Masa Dalam Permainan - Secara umumnya, perlakuan agresif dalam sesuatu perlawanan lazimnya akan meningkat sejajar dengan peningkatan masa permainan. Bagaimanapun, kenyataan ini juga bergantung kepada jenis permainan. Yang jelas, keagresifan jarang berlaku pada awal masa permainan.
  • Penggunaan Steriod - Salah satu sebab pengharaman penggunaan steroid dalam sukan ialah kerana kesan sampingannya. Antara kesan sampingan penggunaan steroid adalah peningkatan keagresifan individu yang mengambil atau menggunakan steroid. Justeru itu, sebagai jurulatih atau mereka yang terlibat dalam sukan, perlu memastikan agar atlet tidak terlibat dalam pengambilan bahan terlarang ini demi kebaikan orang lain.

Tiada ulasan:

Featured post

Metos Makan Waktu Malam

  Makan malam buat anda gemuk? Tiada bukti secara saintifik  membuktikan kerap makan di waktu malam akan mengakibatkan seseorang itu mengala...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...