Asidosis laktik berlaku secara semula jadi
semasa aktiviti kecergasan atau bersukan. Asid laktik adalah produk buangan
metabolisme dalam proses membina otot dan aktiviti berterusan. Asidosis laktik
disebabkan bersenam adalah bersifat sementara dan biasanya tidak merbahaya,
akan tetapi ia boleh jadi bahaya jika disebabkan masalah kesihatan.
Punca Asidosis Laktik
Semasa bersenam, otot memetabolismekan atau
dalam bahasa mudahnya membakar glukosa kepada tenaga. Otot menerima glukosa
melalui darah dan simpanan sendiri dalam bentuk glikogen. Setiap daripada kita
ada dalam keupayaan maksima yang dipanggil ambang anaerobik atau ambang laktat.
Ambang laktat pada asasnya adalah ukurusan bagaimana kuatnya jantung dan salur
darah. Dengan mengamalkan senaman yang kerap, seseorang meningkatkan ambang
laktatnya.
Apabila tahap intensiti latihan di bawah
ambang laktat, badan menghasilkan asid laktik yang sedikit dan cepat hilang.
Akan tetapi apabila melebihi ambang laktat, otot mula menggunakan glukosa
secara tidak efisien. Adis laktik dihasilkan dengan cepat dan berkumpul di
dalam darah dan otot.
Gejala Asidosis Laktik
Apabila seseorang berterusan melakukan
aktiviti, dia akan mencecah tahap di mana otot mula sakit, jantung mula
berdegup laju dan merasakan kekurangan udara. Dalam masa yang singkat, secara
fizikalnya tidak dapat menjalankan apa-apa lagi ketika itu.
Rawatan
Asidosis laktik kerana bersenam biasanya
tidak merbahaya dan tiada rawatan diperlukan. Proses semula jadi meningkatkan
lagi tahap ambang laktat di masa hadapan. Buah pinggang dan hati biasanya boleh
membersihkan asid laktik tambahan yang terkumpul.
Asidosis laktik boleh juga berlaku
disebabkan kesan sampingan ubat-ubatan dan keadaan perubatan termasuk:
(i) Jangkitan yang teruk (sepsis)
(ii) Gangguan Mitokondria
(iii) Keracunan karbon monoksida
(iv) Kehilangan bekalan darah ke anggota badan atau bahagian tubuh lain
(v) Kejutan
(vi) Diabetes yang tidak terkawal
(vii) Masalah buah pinggang dan hati
Keadaan ini boleh mengancam nyawa dan perlu
dirawat dengan segera. Jika anda terlalu cepat keletihan akibat senaman dan
tidak berubah menjadi lebih baik setelah melalui latihan yang baik untuk satu
jangka masa panjang, elok dapatkan pengesahan doktor.
Rujukan
eMedicine: “Lactic Acidosis.”
Tiada ulasan:
Catat Ulasan