Disclaimer

SainsdanSukan does not give any warranty on accuracy, completeness, functionality, usefulness or other assurances as to the content appearing in this blog. MatriXwoo2 disclaims all responsibility for any losses, damage to property or personal injury suffered directly or indirectly from reliance on such information.

Isnin, 13 Jun 2016

Kurma @ Tamar



Masuk bulan Ramadhan, tak sah rasanya jika tidak dikaitkan dengan kurma " Tamar. Buah ini diambil ketika berbuka untuk mengambil barakah sunnah Nabi Muhammad SAW. 

Rasullah SAW bersabda: "Berbukalah dengan kurma kerana ia bersih suci (Riwayat Ahmad)".

Apa sebenarnya kebaikannya kurma @ tamar yang diggalakan pengambilannya oleh Nabi kita?

Pokok kurma @ tamar hidup subur di kawasan bercuaca gurun dan mediterranean. Sebab itulah kebanyakan masakan tradisi timur tengah menggunakan kurma dan juga sesetengah masakan mediterranean seperti Itali dan Greece.

Apa yang ada dalam kurma (100g), 4 biji?

  • Kalori – 264 kalori
  • Karbohidrat – 75g
  • Serat – 8g
  • Gula – 63g
  • Protein 2g
  • Lemak – 0.39 mg
  • Lemak Tepu – 0.032 mg
  • Lemak Mono – 0.036 mg
  • Lemak Poli – 0.019 mg
  • Sodium – 2g
  • Vitamin A – 10 mg
  • Vitamin C – 0.4 mg
  • Vitamin E – 0.05 mg
  • Vitamin K – 2.7 mcg
  • Thiamin – 0.052 mg
  • Riboflavin – 0.066 mg
  • Niacin – 1.274 mg
  • Vitamin B6 – 0.165 mg
  • Vitamin B12 – 0 mcg
  • Folate – 19 mcg
  • Pantothenic Acid – 0.589 mcg
  • Calcium – 39 mg
  • Iron – 1.02 mg
  • Magnesium – 43 mg
  • Phosphorus – 62 mg
  • Potassium – 656 mg
  • Sodium – 2 mg
  • Zinc – 0.29 mg
  • Copper – 0.206 mg
  • Manganese – 0.262 mg
  • Selenium – 3 mcg

Apa kelebihan kurma?
  1. Kurma mudah dicerna, jadi ia boleh digunakan untuk membekalkan tenaga segera.
  2. Kurma jika direbus dengan susu, boleh dijadikan minuman yang berkhasiat yang kaya dengan pelbagai nutrisi.
  3. Kandungan nicotinic menjadikan elok untuk mengubati gangguan usus.
  4. Pengambilan kurma secara kerap didapati membantu pembiakan bakteria baik di dalam usus.
  5. Kurma juga berkesan untuk mereka dengan masalah sembelit.
  6. Kurma berkesan untuk menghilangkan kesan mabuk arak.
  7. Kajian juga menunjukkan kurma yang direndam semalaman dan dihancurkan baik untuk mereka yang ada masalah di hati.
  8. Kurma juga dilihatkan sebagai tonik yang meningkatkan stamina seksual dan juga membantu mereka yang mandul.
  9. Kurma juga didapati berkesan mencegah kanser perut.
  10. Kurma juga membantu menurunkan kolestrol dan tekanan darah.
  11. Pengambilan kurma juga mencegah masalah neurologikal.
  12. Kurma juga dikatakan meningkatkan imunisasi badan.
  13. Kurma memiliki protein yang tinggi jika dibandingkan dengan buah-buah yang lain. Ia ada 23 jenis asid amino.
  14. Kurma kaya dengan asid glutamic. Asid glutamic penting untuk neurotransmitter yang mana mencetus kepelbagaian tindakbalas metabolik menjadikannya sangat sesuai untuk kebanyakan atlet.

Kajian tentang kurma: http://missclasses.com

Tiada ulasan:

Featured post

Metos Makan Waktu Malam

  Makan malam buat anda gemuk? Tiada bukti secara saintifik  membuktikan kerap makan di waktu malam akan mengakibatkan seseorang itu mengala...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...