Disclaimer

SainsdanSukan does not give any warranty on accuracy, completeness, functionality, usefulness or other assurances as to the content appearing in this blog. MatriXwoo2 disclaims all responsibility for any losses, damage to property or personal injury suffered directly or indirectly from reliance on such information.

Selasa, 31 Mei 2016

10 menafaat berenang


Berenang merupakan sukan yang digalakkan di dalam Islam. Aktiviti berenang memiliki banyak manfaat pada tubuh, oleh itu Nabi Muhammad S.A.W menganjurkan umatnya menjalani aktiviti ini. Berikut merupakan 10 menafaat sukan renang:

(i) Berenang membuat kita lebih panjang umur 
  • Berdasarkan kajian oleh University of South Carolina, ditemukan bahwa orang yang aktif berenang memiliki purata kadar kematian 50% lebih rendah berbanding orang yang aktif menjalani aktiviti jenis sukan yang lain seperti berlari, berjalan.
(ii) Berenang menurunkan risiko diabetes
  • Bagi penderita diabetes tipe 1, berenang sangat bermanfaat karena dengan berenang sensitiviti insulin bertindak akan meningkat dan lebih efesyen, sehingga metabolisme glukosa dapat kembali lancar. Sementara pengidap diabetes melitus tipe 2, aktiviti berenang mampu mengurangkan lemak yang berada disekitar reseptor insulin sehingga reseptor mampu bekerja lebih optimum.
(iii) Meningkatkan keseimbangan kadar kolesterol
  • Berenang mampu menyeimbangkan kadar kolesterol dalam tubuh manusia. Berenang telah terbukti mampu meningkatkan High Density Lipoprotein (HDL) iaitu jenis atau kolesterol baik. Kenapa disebut kolesterol baik? Karena untuk setiap 1) peningkatan kadar HDL dalam tubuh, akan menurunkan 3.5% risiko kematian akibat penyakit jantung.
(iv) Berenang menurunkan gejala asma 
  • Berenang memberikan kesempatan untuk melakukan latihan di dalam air yang mampu mengelola system pernafasan dan seterusnya memperbaiki gejala asma.
(v) Berenang mampu mengurangkan berat badan
  • Aktivitib berenang menggunakan kalori sangat tinggi. Setiap 10 minit berenang: (a) Gaya dada mampu membakar 60 kalori  (b) Gaya punggung mampu membakar 80 kalori  (c) Gaya Bebas mampu membakar 100 kalori  (d) Gaya kupu-kupu mampu membakar 150 kalori 
(vi) Berenang menguatkan otot-otot jantung 
  • Berenang meningkatkan otot-otot jantung dan seterusnya dapat mengoptimumkan aktiviti jantung di dalam proses mengepam darah. Kerja jantung yang lebih efesyen ini akan meningkatkan aliran darah ke seluruh tubuh, seterusnya dapat melawan inflamasi tubuh.
(vii) Meningkatkan fleksibilitas sendi dan ligamen 
  • Berenang akan memaksimum pergerakan sendi dan ligament. Setiap kuakan dalam setiap gaya berenang membuat kita berusaha ke hadepan, gerakan tersebut sangat baik untuk fleksibiliti sendi dan ligamen. 
(viii) Meningkatkan kekuatan otot
  • Air merupakan partikel yang memiliki daya tekanan dan rintangan tinggi. Setiap gerakan yang dilakukan dalam aktiviti berenang merupakan gerakan yang melawan daya tekanan dan rintangan air. Gerakan melawan daya-dayab tersebut baik untuk meningkatkan kekuatan otot.
(ix) Terapi otot yang cedera 
  • Berenang merupakan kegiatan yang mampu meningkatkan kekuatan otot serta fisiotrapi pada kondisi otot, namun tidak memiliki dampak beban yang tinggi pada persendian. Berenang sering digunakan oleh atlet-atlet perprestasi tinggi sebagai sebagai salah satu daripada pengelolaan kecedera otot dan sendi.
(x) Berenang meningkatkan IQ pada anak
  • Hasil kajian di Australia menunjukkan secara statistis IQ kanak-kanak yang diajarkan berenang sejak bayi lebih tinggi berbanding kanak-kanak yang tak diajarkan berenang atau diajarkan berenang setelah usia 5 tahun. Kanak-kanak tersebut diukur IQ-nya ketika mereka berusia 10 tahun. Tak hanya itu, pertumbuhan fisikal, emosi dan sosialnya juga didapati berkembang dengan lebih baik.

Tiada ulasan:

Featured post

Metos Makan Waktu Malam

  Makan malam buat anda gemuk? Tiada bukti secara saintifik  membuktikan kerap makan di waktu malam akan mengakibatkan seseorang itu mengala...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...