Disclaimer

SainsdanSukan does not give any warranty on accuracy, completeness, functionality, usefulness or other assurances as to the content appearing in this blog. MatriXwoo2 disclaims all responsibility for any losses, damage to property or personal injury suffered directly or indirectly from reliance on such information.

Isnin, 13 Jun 2016

Air Alkali



Sejak akhir-akhir ini, penjualan air alkali dan ‘ionized’ semakin rancak. Air ini dijual dengan harga mencecah belasan ringgit sebotol dengan pelbagai dakwaan yang mengatakan air ini baik untuk kesihatan, baik untuk segala macam penyakit dan sebagainya. 

Adakah ianya terbukti secara sainstifik atau cuma pseudosainstifik?

Ramai terpengaruh dengan dakwaan, air alkali yang diionkan ini dapat meneutralkan asid dalam badan kita berikutan apa yang kita makan majoritinya asid. 

Mengikut teorinya, apabila air alkali masuk dalam badan, ia akan meneutralkan asid dalam perut ‘seketika’. 

Tapi kenapa cuma seketika? 

Badan kita akan menghasilkan asid baru untuk proses fisiologi di bahagian organ-organ tertentu contohnya asid sangat penting dalam proses penghadaman. 

Fisiologi dalam tubuh kita tidak semudah eksperimen sains di sekolah, asid + alkali = neutral.

Apa maksud air berasid dan beralkali? 

Secara amnya, apabila lebih ion hidrogen ia jadi asidik, apabila kurang ion hidrogen ia jadi alkali. pH 7.0 neutral. Jika pH berubah jadi 7.5 pun ia kategori alkali. Apabila diuji dengan bahan penguji contohnya kertas litmus, ia boleh berubah warna. 

Itu tahap belajar sains sekolah rendah, semua tahu dah!  

Air alkali boleh terhasil dengan pelbagai cara termasuk dengan menambah baking soda atau tambah apa-apa mineral beralkali ke dalamnya. 

Sungguh mudah seperti 1, 2 dan 3 untuk menipu ujian air beralkali. 

Manakala air alkali yang diionkan pula dihasilkan melalui proses elektrolisis. Jika kita lihat kebanyakan mesin menghasilkan air alkali di rumah, ia cuma melalukan air tersebut dengan mineral beralkali. Jadi, ianya bukan diionkan seperti dalam proses elektrolisis.

Air alkali dikatakan bertindak sebagai anti-oksida. Ia sebenarnya adalah agen pengoksidaan. Hypochlorites hadir dalam air jenis ini merupakan agen pengoksidaan.

“Minum air alkali ini menyebabkan saya rasa lebih baik, dari tak boleh jalan sampai boleh berlari”

Dakwaan sebegini sentiasa dimasukkan dalam testimoni produk. Ia boleh dikategorikan sebagai kesan placebo. 

Kajian menunjukkan kesan placebo produk adalah sekitar 40%. Dalam kata lain, jika anda percaya sesuatu produk, atau percaya pada penjualnya, ada kemungkinan ia akan berkesan dan kesan ini mencecah 40%. 

Berkemungkinan juga, di dalam air alkali yang diionkan itu disebabkan faktor lain seperti kehadiran hypochlorite yang mungkin bertindak membunuh organisma yang tidak diperlukan dalam usus. Kajian lebih lanjut diperlukan. 

Satu lagi kemungkinan adalah hypochlorous acid HOCI yang hadir bersama hypochlorite merupakan pencetus proses selular yang mengelakkan mutasi susunan DNA kanser. Juga perlukan kajian lanjut. 

Kemungkinan besar sebenarnya adalah kesan placebo juga. Tiada bukti sainstifik menunjukkan keberkesanan air alkali seperti didakwa. 

Jika anda rasa anda perlukan air alkali, anda tidak perlu belanjakan duit yang banyak untuk beli air dalam botol yang mahal atau mendapatkan mesinnya. Anda hanya perlu dapatkan buah seperti buah lemon dan masukkan ke dalam air bersama kulitnya, jadilah air beralkali.

Kini produk air alkali yang sangat popular dan laris di pasaran telah dijadikan MLM!

Entri ini bukan nak pelingkup busines orang, cuma sekadar pendapat! Yang betul ambil dan yang tak betul abaikan sahaja.

Rujukan:



Tiada ulasan:

Featured post

Metos Makan Waktu Malam

  Makan malam buat anda gemuk? Tiada bukti secara saintifik  membuktikan kerap makan di waktu malam akan mengakibatkan seseorang itu mengala...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...