Sistem Kardiovaskular
Fungsi utama sistem kardiovaskular semasa latihan ialah
untuk menghantar darah ke tisu – tisu aktif iaitu membawa oksigen dan bahan –
bahan makanan, dan memindahkan bahan – bahan kumuh metabolisme.
Kadar Degupan Jantung
Apabila memulakan senaman DJ bertambah serta – merta dan
mendatar selepas satu hingga dua minit (mencapai suatu keadaan yang tetap).
Pendataran ini berkaitan dengan kehebatan latihan sehingga DJ maksimum
tercapai. Pada peringkat ini DJ tidak lagi bertambah walaupun kehebatan senaman
di pertingkatkan.
Kesan serta-merta latihan fizikal terhadap sistem kardiovaskular:
- Kadar jantung 75 DSM 195 DSM
- Tekanan darah 120/80 180/85
- Keluaran kardiak 5L/min 35L/min
- Pernafasan 81/min 160/min
Degupan jantung (DJ) maksimum berhubung kait dengan umur daripada tahap kecergasan individu. Satu DSM berkurangan setiap tahun. Berdasarkan
panduan ini. DJ mak.= 220(umur) DSM individu boleh ± dikira.
Cardiac Output (Keluaran Kardiak)
(Hasil kandungan isipadu sedenyut x kadar DJ) bertambah
selari dengan tahap kehebatan tugas tambahan. Semasa berehat ia mencapai empat
hingga enam liter/minit, dan pada usaha maksimum antara 20-40 liter/minit,
bergantung pada saiz badan dan tahap kecergasan. Apabila kehebatan senaman
bertambah, lebih darah sampai ke otot-otot yang aktif dan juga kepada kulit
untuk mengurangkan panas badan.
Tekanan Darah (TD)
Tekanan Darah (TD)
TD sistolik dan diastolik bertindak mengikut latihan.
Tekanan sistolik bertambah selari dengan kehebatan latihan; tekanan diostolik
pula berubah hanya sedikit sahaja mengikut latihan. (sistolik = TD semasa fasa
pengucupan jantung; diostolik = TD semasa jantung berehat). Tekanan sistolik
mungkin berbeza antara 115(rehat)ke 200(kehebatan maksimum latihan), tetapi
aktiviti yang berkenaan (seperti isometrik)nampaknya memberi kesan paling kuat.
Tekanan diastolik hanya berubah ± 10m.m.
Metabolisme atau pengguanaan Oksigen
Metabolisme atau pengguanaan Oksigen
Ia akan bertambah selari dengan kehebatan aktiviti, tetapi
akan mendatar pada suatu tahap yang sama dengan pengguaan oksigen
maksimum(mak.VO2). Sukatan mak.VO2 dianggap ukuran yang paling baik untuk
menyukat ketahanan kardiovaskular.
Mak.VO2 berkurangan mengikut umur (pengaruh biologi dan cara
hidup mendap) dan berkurangan pada wanita. Mak.VO2 mungkin meninggi 80-84
(pelari jarak jauh ) atau kurang hingga 20-an untuk orang dewasa mendap.
Isipadu maksimum yang pernah tercatat ialah 94ml/kg/min untuk peserta ski
meretas desa Norway (lelaki) dan 74ml/kg/min untuk peserta ski merentas desa
Rusia (wanita).
Hutang Oksigen
Isipadu oksigen yang digunakan semasa pulihan lebih daripada
kandungan biasa yang digunakan semasa berehat. Apabila oksigen yang digunakan
adalah di bawah peringkat yang diperlukan, ini adalah jangka waktu hutang
oksigen. Hutang biasa berlaku dalam latihan ringan sebelum wujudnya keadaan
yang tetap.
Cecair Badan
Ini ialah kandungan cecair badan yang hilang semasa latihan.
Kandungan cecair bukan protien daripada isipadu plasma akan berkurangan hampir
serta merta, dan ini akan menyebabkan bertambahnya takanan darah. Kekurangan
isipadu plasma dalam jangka masa panjang akan mengurangkan pretasi kerana
kekurangan kebolehan darah membawa oksigen. Apabila perpuluhan bertambah adalah
amat penting cecair yang hilang itu digantikan semula.
Perubahan Suhu
Suhu biasa badan ialah ± 98.4F/37 C. Latihan yang sederhana boleh meningkatkan suhu sehingga 106 F. Ini akan membahayakan jika dilakukan dalam suasana yang panas dengan kelembapan yang tinggi dan mungkin menjadi lebih dasyat jika individu memakai pakaian yang tebal atau bergetah.
Suhu biasa badan ialah ± 98.4F/37 C. Latihan yang sederhana boleh meningkatkan suhu sehingga 106 F. Ini akan membahayakan jika dilakukan dalam suasana yang panas dengan kelembapan yang tinggi dan mungkin menjadi lebih dasyat jika individu memakai pakaian yang tebal atau bergetah.
Penyesuaian Kepada Latihan
Perubahan fisiologi pada badan akan berlaku hasil daripada
program yang teratur. Perubahan fisiologi bergantung kepada:
- Jenis Aktiviti/Latihan.
- Kekerapan Latihan.
- Jangka Masa latihan.
- Intensiti latihan.
- Tahap kecergasan permulaan individu.
- Kehebatan pretasi.
Kesan Program Latihan Pada Pengaliran Darah
- Denyutan jantung bertambah kukuh/kuat.
- Isipadu sedenyut jantung berlebihan.
- Kadar denyutan jantung lebih lambat semasa rehat dan semasa latihan biasa.
- Kadar pemulihan jantung lebih cepat.
- Tekanan darah semasa rehat hampir biasa.
- Tekanan darah pulih seperti sediakala dengan lebih cepat selepas latihan.
- Hemoglobin bertambah.
Kesan program Latihan Aerobik Pada Sistem Respitori
- Pengembangan dada lebih luas.
- Paru-paru bertambah cekap menghasilkan pernafasan yang lebih dalam dan perlahan.
- Kadar pernafasan pulih seperti sediakala dengan lebih cepat.
- Keperluan udara dan oksigen kurang, namun bekalan yang lebih boleh diperolehi jika terdesak.
Kesan Pelbagai Program Latihan Pada Tisu.
- Latihan yang berlainan tonus, saiz dan kekuatan otot bertambah.
- Latihan yang menggunakan gerakan sepenuhnya bertambah lenturan di sendi-sendi.
- Pengambilan kalori lemak dapat ditetapkan.
Kelebihan Sosial/Mental
- Boleh menambahkan kecergasan dan pencapaian mental.
- Menambahkab keyakinan diri.
- Mengurangkan kelesuan dengan memisahkan diri daripada tugas-tugas yang membosankan.
- Dapat istirehat dan tidur.
- Mengurang kebimbangan dan tekanan.
- Dapat berkenalan dengan teman baru – pengalaman sosial yang menguntungkan.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan