Paras kolesterol dan asid urik akan meningkat pada bulan
Ramadhan. Menurut kajian, diet tinggi lemak menghalang kenaikan paras
kolesterol dan asid urik. Lemak diperlukan untuk menyerapan vitamin larut lemak
(A,D,E,K) dan karotenoid.
Asid lemak perlu (essential fatty acid) adalah satu
komponen penting membran sel. Ianya juga diperlukan untuk sintesis hormon
prostaglandin. Asid-keto daripada lemak berfaedah pada bulan Ramadhan untuk
memenuhi keperluan tenaga sel-sel otak dan saraf. Asid-keto juga berguna dalam
sintesis glukosa melalui metabolik gluconeogenesis. Ia mengurangkan pecahan
protein badan untuk sintesis glukosa.
Lemak yang saya maksudkan di sini adalah lemak baik. Jangan
lepas ini, ada pula yang makan kulit ayam ketika bersahur dan berbuka. Antara
sumber lemak baik macam ikan, kekacang, telur, minyak zaitun, dan sebagainya.
Semasa berpuasa, peningkatan keasidan gastrik sering berlaku
lebih-lebih lagi bagi mereka yang sememangnya ada gastrik sebelum ini. Pengambilan
makanan berserat tinggi mencetuskan tindakan otot, memecahkan makanan menjadi
partikel kecil, mengikat asid hempedu, membuka kawasan antara perut, deudenum,
dan usus kecil. Oleh itu, makanan berserat membantu mengurangkan keasidan
gastrik dan asid hempedu yang berlebihan.
Elakkan makanan pedas untuk pesakit ulser peptik. Jadi tiada
alasan untuk seseorang yang menghidap gastrik atau ulser untuk tidak berpuasa
kecuali kes-kes kritikal, dapatkan nasihat doktor. Penghidap kencing manis
jenis 1 (bergantung pada insulin) dan jenis 2 (tidak bergantung pada insulin)
yang teruk, juga dinasihatkan supaya berunding dengan doktor bagi jenis dan dos
ubat. Kebiasaanya, diabetis mellitus jenis 2 boleh dikawal menerusi
diet yang betul ketika berpuasa.
Perempuan mengandung dan menyusukan anak memerlukan tenaga
dan nutrisi yang lebih daripada keperluan lelaki biasa. Terdapat kemungkinan
komplikasi kesihatan pada wanita mengandung dan janin atau ibu menyusu dan
kanak-kanak yang menyusu jika keperluan tenaga dan nutrisi tidak dipenuhi.
Kumpulan ini adalah antara golongan yang diberi kelonggaran dalam berpuasa.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan