Wanita dilahirkan dengan keunikan-keunikan tersendiri.
Ada bentuk badan seperti carrot, peanut, pear, apple, stringbean tetapi lebih sadisnya gelaran popular seperti tong dram
atau badak juga diguna pakai..... jangan mare, lelaki pon sama!
Penyebaran lemak pun berbeza-beza, ada di belakang tangan, buah dada, leher, punggung, perut,
betis, peha dan sebagainya.
Jika menjaga makan atau berdiet sekali pun, ada lemak di bahagian-bahagian
tertentu pada tubuh yang lambat turun, dan ada yang senang turunnya.
Berikut merupakan taburan lemak mengikut lopkasi di
bahagian-bahagian tubuh:
- Pinggang – Jika lemak anda naik di bahagian pinggang atau dalam sebutan biasa disebut cupcake, love handle dan sebagainya, anda seorang yang cenderung merembeskan insulin. Secara semulajadi anda tinggi insulin. Jika anda nak bakar lemak tersebut, anda perlu jaga kuantiti makanan tinggi gula seperti nasi, air bergula dan sebagainya.
- Peha – Jika lemak anda naik di bahagian bawah badan, menunjukkan paras estrogen anda tinggi. Elakkan makanan yang mungkin mencetus peningkatan estrogen seperti produk soya, susu, kopi dan sebagainya.
- Perut – Biasanya disebabkan lebihan kortisol dirembeskan. Kortisol dirembeskan disebabkan tekanan atau stress. Ia juga terjadi disebabkan paras progesterone menurun. Banyakkan senaman meditasi seperti yoga untuk menurunkan tekanan anda.
- Trisep – Lemak naik di bahagian belakang lengan anda. Melambai-lambai. Ia menunjukkan paras testosterone yang rendah selain lebihan insulin.
- Makan makanan meningkatkan testosterone seperti avocado, minyak ikan, ikan salmon dan sebagainya. Anda juga perlu buat latihan bebanan membina otot untuk bahagian trisep dengan 8 hingga 12 ulangan setiap set. Bukan buat latihan bakar lemak iaitu 15 ulangan ke atas.
- Bahagian Belakang – Lemak berkumpul di bahagian atas belakang anda berikutan paras insulin yang tinggi dan paras thyroxine yang rendah. Thyroxine mengawal kadar metabolisme anda. Tambahkan makanan seperti makanan laut, sayur hijau seperti bayam dan sebagainya untuk meningkatkan metabolisme anda.
- Bawah Betis – Lemak naik di bahagian bawah betis biasanya disebabkan kekurangan hormon tumbesaran. Dapatkan tidur yang mencukupi berikutan hormon tumbesaran dirembeskan semasa tidur.
Rujukan
Stallone, D. D., Stunkard, A. J., Wadden, T. A., Foster, G. D., Boorstein, J.,
& Arger, P. (1991). Weight loss and body fat distribution: a feasibility
study using computed tomography. International journal of obesity, 15(11),
775-780.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan