Disclaimer

MatriXwoo2 does not give any warranty on accuracy, completeness, functionality, usefulness or other assurances as to the content appearing in this blog. MatriXwoo2 disclaims all responsibility for any losses, damage to property or personal injury suffered directly or indirectly from reliance on such information.

Isnin, 2 April 2012

DIABETES MELLITUS PUNCA PENYAKIT BUAH PINGGANG




Diabetes adalah penyakit kronik yang terjadi apabila badan tidak dapat menghasilkan insulin iaitu hormone yang diperlukan untuk memproses gula, kanji dan makanan lain kepada tenaga yang diperlukan untuk aktiviti harian.
Genetik dan gaya hidup merupakan dua faktor yang memainkan peranan penyakit ini dan tiada penawar untuk menyembuhkan penyakit ini. Diabetes merupakan penyebab utama kegagalan ginjal.

Bagi mereka yang sihat, ginjal mereka mampu memproses albumin iaitu protein. Namun pesakit diabetes, antara kesan awal pada buah pinggang adalah penghasilan kuantiti kecil protein dalam urin yang dipanggil microalbuminuria.

Ianya sukar dikesan untuk lima tahun pertama malah pesakit akan mendapati semuanya normal walaupun telah melakukan ujian darah. Apabila memasuki tahun kelapan hingga kesepuluh, pesakit akan mendapati urin mereka berbuih banyak dan bila jumlahnya semakin bertambah, ia merupakan petanda awal penyakit buah pinggang.

Antara symptom  penyakit buah pinggang ialah, sentiasa berasa letih, selera makan berkurangan, ruam dan gatal-gatal di kulit, muntah-mundan kaki mula membengkak.

Komplikasi akibat penyakit ini apabila ia mencapai peringkat akhir ialah pesakit susah bernafas, paru-paru berair, pengumpulan toksik di dalam badan, senang terkena serangan jantung dan akhirnya buah pinggang mengalami kerosakan yang memerlukan pesakit memerlukan proses dialysis.

Jika ada di antara keluarga terdekat mengalami diabetes, selalulah melakukan pemeriksaan kesihatan dengan memerikas aras gula dan kolestrol di dalam badan serta menjalani ujian urin khas untuk ginjal iaitu ujian mengesan albumin.

Pesakit diabetes perlu mengawal berat badan dan melakukan senaman sebanyak tiga hingga lima kali selama 15 minit bagi setiap sesi seminggu.
Mengamalkan gaya hidup yang sihat seperti berhenti merokok, kurangkan keluar mengetih bersama rakan-rakan, kurangkan pengambilan gula perlu diterapkan terutamanya kepada mereka yang menyempunyai sejarah keluarga mengidap diabetes.


Tiada ulasan:

Featured post

Metos Makan Waktu Malam

  Makan malam buat anda gemuk? Tiada bukti secara saintifik  membuktikan kerap makan di waktu malam akan mengakibatkan seseorang itu mengala...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...