Apabila anda menonton perlawanan bola keranjang atau bola
tampar, cuba perhatikan berapa tinggikah pemain melompat untuk mendapatkan dan
melontar bola. Bagi mengukur berapa tinggi anda boleh melompat, berdiri di
sebelah dinding dengan sebatang pensel di tangan dan angkat tangan setinggi
mana yang boleh tanpa mengangkat kaki.
Catatkan ketinggian yang boleh dicapai dan kemudian lompat
setinggi mana yang boleh dengan tangan diangkat di atas kepala. Semasa
melompat, catatkan sekali lagi ketinggian dan beza antara ke dua-dua ketinggian
adalah ukuran setinggi mana anda boleh melompat.
Anda boleh melompat lebih tinggi jika anda membengkokkan kaki
sebelum melompat, kerana semasa melompat anda akan menolak lantai dan dapat
melompat lebih tinggi. Menghayunkan tangan juga akan menambahkan ketinggian
lompatan kerana apabila badan dipaksa ke bawah, ia akan meningkatkan ketinggian
lompatan. Ini kerana semangkin lama masa pergerakan sesuatu jasad bergerak,
maka daya yang terhasil akan semakin bertambah.
Kaedah mengukur ketinggian lompatan dinamakan Lompatan Sargent
sempena nama pengasan Pendidikan Jasmani Amerika syarikat iaitu Dudley Sargent.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan