Disclaimer

MatriXwoo2 does not give any warranty on accuracy, completeness, functionality, usefulness or other assurances as to the content appearing in this blog. MatriXwoo2 disclaims all responsibility for any losses, damage to property or personal injury suffered directly or indirectly from reliance on such information.

Rabu, 18 April 2012

Struktur dan Fungsi Jantung



Jantung terletak di bahagian rongga dada antara dua paru-paru. Jantung ialah organ berotot yang mengepam darah ke seluruh badan. Jantung dibina daripada otot kardium. Jantung manusia dibahagikan kepada ruang kiri dan kanan oleh septum serta terdiri daripada empat ruang iaitu atrium kiri, atrium kanan, ventrikel kiri dan ventrikel kanan.

Atrium kiri dan atrium kanan terletak di bahagian atas jantung. Kedua-dua atrium adalah lebih kecil dan mempunyai dinding yang lebih nipis dari ventrikel.

Ventrikel kiri mempunyai dinding yang lebih tebal dari ventrikel kanan. Ini disebabkan ventrikel kiri perlu mengepam darah beroksigen ke seluruh bahagian badan manakala ventrikel kanan hanya perlu mengepam darah ke paru-paru sahaj.

Injap tricuspid mengasingkan atrium kanan daripada ventrikel kanan manakala injap bicuspid mengasingkan atrium kiri daripada ventrikel kiri. Kedua-dua fungsi injap ini adalah untuk menghalang darah daripada mengalir semula ke dalam atrium apabila ventrikel menguncup.

Injap sabit pula yang terletak di bahagian aorta dan di bahagian atri pulmonary menghalang darah daripada mengalir bali ke dalam ventrikel.

 Salur darah jantung pula terdiri darupada tiga jenis iaitu arteri, vena dan kapilari.

Tiada ulasan:

Featured post

Metos Makan Waktu Malam

  Makan malam buat anda gemuk? Tiada bukti secara saintifik  membuktikan kerap makan di waktu malam akan mengakibatkan seseorang itu mengala...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...