Disclaimer

MatriXwoo2 does not give any warranty on accuracy, completeness, functionality, usefulness or other assurances as to the content appearing in this blog. MatriXwoo2 disclaims all responsibility for any losses, damage to property or personal injury suffered directly or indirectly from reliance on such information.

Ahad, 15 April 2012

LOGAM PERAK DALAM PAKAIAN SUKAN



Ion logam perak toksik kepada banyak jenis kulat, virus dan bakteria
Bagi mereka yang gemar bersukan tentu sahaja mengalami masalah dengan bau badan selepas sahaja selesai beriadah. Tentu sahaja mereka memerlukan bahan bagi menghilangkan bau peluh untuk meningkatkan keyakinan diri selepas bersukan.

Kini terdapat bahan baru yang digunakan dalam pakaian sukan bagi membantu mengatasi masalah bau badan. Selama ini, logam perak telah lama digunakan di dalam balutan luka bagi menghilangkan bau yang tidak menyenangkan akibat aktiviti bakteria.

Logam perak bukan sahaja cantik tetapi ionnya yang bertoksik kepada banyak jenis bacteria, virus, alga dan kulat. Oleh itu, apabila logam perak diletakkan di kulit yang cedera atau luka, ia akan mengurangkan baud an mengubati luka kerana bacteria akan musnah dan kulit baru akan berkembang tanpa gangguan.

Kini salah satu aplikasi logam perak yang paling popular adalah X-Static yang digunakan dalam 1,000 jenis produk daripada pakaian sukan kepada stoking ke cadar hospital dan pakaian tentera.

Logam perak sangat berkesan kerana ia mempunyai cirri spectrum microbial yang amat luas. Ini bermakna logam perak boleh membunuh pelbagai jenis bacteria.Ia bertindakbalas terhadap kedua-dua organism gram positif dan negative yang menyebabkan bau tidak menyenangkan. Bagaimanapun bukan bacteria sahaja yang menyebabkan bau tidak menyenangkan, tetapi juga ammonia dan juga protein.

Logam perak boleh ditemui di dalam pakaian sukan terutama kasut dan stoking. Biasanya perak akan bergabung dengan mana-mana ammonia dan protein yang terubahsuai dan menghalang pengeluaran bau. Buat masa ini, teknologi berkenaan telah digunakan oleh Unifi’s A.M.Y., Milliken’s Alphasan and Nobile Fiber Technology’ X-Static. Mereka memasukan produk dengan memasukan ion perak pada permukaan pakaian sukan berkenaan.

Apabila produk pakaian sukan mengandungi ion-ion perak bersentuhan secara terus dengan kulit, ion perak akan masuk ke dalam dinding sel orginsma yang tinggal di sana, menggunakan proses penghasilan tenaga dan menyebabkan mikro organism berkenaan mati.

AWAS, penggunaan logam perak menjadikan kulit semakin gelap yang dinamakan sebagai kesan argyria. Ini tentunya tidak disukai oleh atelt-atlet wanita yang perasan dirinya putih dan cantik. Walau bagaimanapum, yang hitam tetap menawan, macam Beyonce.....Wassalam.

Tiada ulasan:

Featured post

Metos Makan Waktu Malam

  Makan malam buat anda gemuk? Tiada bukti secara saintifik  membuktikan kerap makan di waktu malam akan mengakibatkan seseorang itu mengala...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...