Disclaimer

SainsdanSukan does not give any warranty on accuracy, completeness, functionality, usefulness or other assurances as to the content appearing in this blog. MatriXwoo2 disclaims all responsibility for any losses, damage to property or personal injury suffered directly or indirectly from reliance on such information.

Selasa, 3 April 2012

INFO SAINS SUKAN




Sains sukan merupakan satu disiplin yang mengkaji prinsip dan teknik aplikasi saintifik dengan tujuan untuk meningkatkan prestasi seseorang atlet. Ini kerana, pergerakan manusia merupakan disiplin saintifik yang berkaitan dengan kajian semua konteks pergerakan manusia termasuk bersukan.

Kajian mengenai sains sukan secara tradisionalnya, melibatkan bidang-bidang seperti psikologi, fisiologi, kawalan motor dan biomekanik dan juga merangkumi topik-topik lain seperti pemakanan dan diet, teknologi sukan dan analisis prestasi.

Saintis sukan dan perunding prestasi telah berkembang berdasarkan kepada permintaan. Pengajian peringkat tinggi dalam bidang sains sukan atau pergerakan manusia juga semakin meningkat dan popular berdasarkan jumlah pengajian yang ditawarkan oleh university di seluruh dunia.

Peluang siswazah dalam bidang tersebut termasuk pengajar pendidikan jasmani, pengajar sains sukan, ahli pemakanan, analisis prestasi, jurulatih, ahli terapi, pengurus pusat kecergasan, pentadbir sukan dan juga pengurus peruncitan kedai sukan. Siswazah ini juga boleh diberi latihan lanjutan sebagai ahli fisiotrapi.

Tiada ulasan:

Featured post

Metos Makan Waktu Malam

  Makan malam buat anda gemuk? Tiada bukti secara saintifik  membuktikan kerap makan di waktu malam akan mengakibatkan seseorang itu mengala...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...