Disclaimer

MatriXwoo2 does not give any warranty on accuracy, completeness, functionality, usefulness or other assurances as to the content appearing in this blog. MatriXwoo2 disclaims all responsibility for any losses, damage to property or personal injury suffered directly or indirectly from reliance on such information.

Rabu, 25 April 2012

Dr. Dudley Allen Sargent



Kepada mereka yang biasa dengan profesion pendidikan jasmani yang telah mencecah usia pertengahan, Dr. Sargent merupakan rakan dan kaunselor selain peneraju barisan depan dalam kerjaya berkenaan. Beliau pernah menetap di Hingham, Massachusetts dan Belfast, di mana beliau mempunyai kencenderungan kepada semua jenis sukan di masa remajanya.  Beliau telah merekod perkembangan dirinya dan faktor itulah beliau memilih profesion pendidikan jasmani.

Daripada seorang kanak-kanak, menjadi pelayar sebelum menjadi kelasi, ahli gimnastik profesional dalam keseluruhan perjalanan hidupnya, sebagai pelajar di Bowdoin hinggalah menjadi instructor pendidikan jasmani untuk mendapatkan wang bagi membiayai pengajiannya di kolej dalam bidang perubatan di Yale. Akhirnya kerana minat yang mendalam, beliau telah memilih bidang pendidikan jasmani kerana beliau melihat masa depan yang lebih cerah.



Satu ketika pendidikan jasmani merupakan satu konsep yang menerangkan bagaimana ia memberi faedah kepada kesihatan dan kesejehteraan. Namun Dr Sargent menambahnya kepada penyelidikan saintifik dan instruktor kecergasan dengan peralatan yang bersesuaian. Minatnya terhadap bidang ini sentiasa berterusan ketika beliau dilantik menjawat jawatan Pengarah di Gimnasium Hemenway Universiti Harvard dari tahun 1879 sehingga 1919 selain menjawat jawatan sebagai Penolong Profesior Latihan Jasmani di universiti yang sama. Beliau kemudian dilantik selama empat penggal sebagai Presiden Persatuan Pendidikan Jasmani Amerika. Dari situ beliau banyak melihat banyak faedah dan potensi dalam program pendidikan jasmani yang perlu diperkembangluaskan lagi dengan memasukan unsur-unsur penyelidikan dan saintifik.

Seterusnya beliau telah menubuhkan sebuah falkulti pendidikan jasmani di Universiti Harvard iaitu Sargent Physical Education Normal School dan beliau merupakan salah seorang tenaga pengajarnya. Dari situlah beliau telah mengembangluaskan dan memgubahsuai struktur kurikulum konservertif pendidikan jasmani sedia ada pada masa itu. Usaha awal Dr. Sargent ialah menyesuaikan program yang dikendalikannya untuk keperluan pelajar, sikap pemikiran dan peralatan yang tidak mencukupi dan ketinggalan zaman. Beliau telah memperkenalkan banyak peralatan latihan yang telah digunakakn digimnasium sehingga ke hari ini.

Beliau telah memperkenalkan beberapa ujian tenaga asas untu mengukur tahap kecergasan seseorang, antaranya ialah Ujian Sargent atau lebih dikenali pada hari ini sebagai Ujian Lompatan Menegak. Beliau juga telah banyak mengkaji berkaitan perkembangan dan fisiologi tubuh manusia dengan menyesuaikannya dengan jenis latihan dan peralatan yang digunakan. Beliau telah mengumpul sebanyak 10,000 data penilaian di dalam subjek kajiannya.

Kini beliau telah diiktiraf di seluruh dunia sebagai Pelopor Pendidikan Jasmani yang kita kenali pada hari ini. INFO: Nama penuh – Dudley Allein Sargent : Pencapaian – Perintis Pendidikan Jasmani di Harvard University : Jawatan ketika hayatnya : Presiden Persatuan Pendidikan Jasmani Amerika.


Tiada ulasan:

Featured post

Metos Makan Waktu Malam

  Makan malam buat anda gemuk? Tiada bukti secara saintifik  membuktikan kerap makan di waktu malam akan mengakibatkan seseorang itu mengala...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...