Disclaimer

MatriXwoo2 does not give any warranty on accuracy, completeness, functionality, usefulness or other assurances as to the content appearing in this blog. MatriXwoo2 disclaims all responsibility for any losses, damage to property or personal injury suffered directly or indirectly from reliance on such information.

Ahad, 29 April 2012

Sains Dalam Sukan Golf




Bidang sains turut memberi sumbangan dalam perkembangan sukan golf yang semakin diminati ramai. Ia hanya dibuktikan semasa permainan golf trial and error yang berlaku setiap hari di seluruh dunia. Sumbangan paling besar dalam bidang sains adalah dalam bidang inovasi selepas analisis saintifik menunjukkan ia berlaku.

Beribu-ribu pergerakan otot berlaku semasa kayu golf dipukul dalam masa kurang sesaat dari mula hingga akhir dan pelanggaran antara kayu golf dengan bola mengambil masa 0.0005 saat. Semua pergerakan akan dipelajari dalam memori motor dan diperlukan bagi menghasilkan turutan yang betul dengan masa yang tepat. Sains telah menunjukkan, jika permukaan kayu golf kurang 0.5 darjah kurang daripada bola, bola boleh terkeluar dari sasaran sejauh 20 ela (18.3 meter). Perbezaan halaju bermakna bola akan mendarat beberapa kaki daripada lubang dan  perubahan sebanyak 110 batu/jam (177km/j) kepada 111 batu/jam (179km/j) akan mengakibatkan bola bergolek di jauh dari sasaran.



Jika bola dipukul ¼ inci (0.6 sm) lebih tinggi, bola akan terbang lebih rendah dan jatuh pada jarak yang lebih jauh tetapi jika bola dipukul ¼ inci (1.6 sm) lebih rendah, bola akan terbang lebih tinggi dan jatuh pada jarak lebih dekat. Cuaca juga memainkan peranan penting semasa permainan golf. Jika seseorang dijangka mengubah pukulan bagi 20 batu/jam (32 km/j) dengan tiupan angin selaju 30 batu/jam (48 km/j), bola akan mendaratpada jarak 20 ela (18 meter) di atas lapangan.

Pemain golf terdiri daripada pelbagai peringkat usia dan permainan berubah bergantung kepada fleksibiliti, kekuatan dan ketajaman minda. Tulang akan terus berkembang sehingga usia awal 20-an dengan kemuncak pertumbuhan pada usia 30 hingga 35 tahun dan selepas itu ketumpatan tulang akan mula menyusut. Postur badan akan sentiasa berubah kerana tarikan griviti dan dengan postur yang teruk, biomekanik akan berubah kerana ayunan dinamik.

Sains dan fizik bagi ayunan terbaik merupakan satu cabaran bagi seseorang atlet golf dan jurulatihnya. Walaupun model computer bagi fizik, halaju, aras, momentum, jarak, kelajuan, pergerakan dan fleksibiliti telah diukur, tetapi amat sukar untuk diaplikasikan maklumat berkenaan kepada setiap individu. Ini kerana setiap individu mempunyai ciri yang unik (tinggi, berat dan bentuk badan serta skil yang berlainan seperti kelajuan, kecepatan, tenaga dan fleksibiliti) menjadikan perbezaan unik sukar untuk dikumpulkan dalam satu model.


Sains sentiasa memberikan tumpuan kepada kuasa menghayun menggunakan formula dimana kuasa bersamaan dengan tenaga di darab dengan halaju. Kuasa bagi pemain golf mempunyai peranan yang berlainan berbanding dengan sukan angkat berat profesional. Ahli angkat berat menggunakan kekuatan pergerakan balistik untuk menjana halaju daripada semua otot serta merta. Pemain golf pula menjana kuasa melalui pergerakan kumpulan otot besar kepada otot yang lebih kecil dan memecut bagi memberikan kesan ayunan yang pantas.

Permainan golf telah dikaji dalam satu bidang asas fizik bagi menentukan banyak mana kuasa atau tenaga diperlukan. Kuasa ditentukan oleh kerja yang dilakukan pada satu-satu masa. 30 paun otot (13.5 kg) diperlukan bagi menjana hayunan seorang pemain golf profesional sebanyak dua kuasa kuda. Mengira kumpulan otot besar dan kecil ialah, 32 paun (14.5 kg) tenaga otot bukan dijana di lengan atau bahu tetapi kebanyakan kuasa datang daripada kaki, pinggung, belakang dan abdomen, (Jorgensen, 2007), 

Kuasa hayunan golf adalah kawalan pengecutan dan pengembangan otot dimana peralihan backswing kepada downswing mengekalkan pemindahan momentum daripada satu kumpulan otot kepada yang lain. Ini merupakan tugas yang sukar untuk dilakukan dan menyimpan memori otot. Oleh sebab itu, mekanik pergerakan badan yang buruk menghalang atlet golf mencapai pukulan yang baik.


INFO: Tiger Woods mempunyai pukulan golf yang amat baik, sama ada di atas lapangan golf atau di atas ranjang.

Tiada ulasan:

Featured post

Metos Makan Waktu Malam

  Makan malam buat anda gemuk? Tiada bukti secara saintifik  membuktikan kerap makan di waktu malam akan mengakibatkan seseorang itu mengala...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...