Disclaimer

MatriXwoo2 does not give any warranty on accuracy, completeness, functionality, usefulness or other assurances as to the content appearing in this blog. MatriXwoo2 disclaims all responsibility for any losses, damage to property or personal injury suffered directly or indirectly from reliance on such information.

Ahad, 22 April 2012

BOLA SEPAK BERMULA DI CINA ???



Bagaimana agaknya sukan bola sepak bermula? Banyak teori ditimbulkan oleh pelbagai negara yang mendakwa tamadun mereka melahirkan sukan yang paling popular  ini, sekali gus sukar untuk menjejaki asal usulnya.

Jenis-jenis Cu 
Ia termasuk masyarakat Cina yang mendakwa bola sepak ialah aktiviti tradisional pada zaman purba di sana. Ketika itu bola sepak dikenali sebagai Cu Ju dan menurut catatan sejarah, Cu bermaksud bola manakala Ju pula bermaksud menendang. Aktiviti jenis itu sudah mempunyai sejarah yang lama di Cina dan dikatakan, Raja Huangdi ialah pencipta Cu JU dan beliau pernah melatih tenteranya dengan aktiviti tersebut.

Catatan sejarah menggambarkan Cu Ju dimainkan semasa dinasti Han
Pada zaman Dinasti Han, aktiviti Cu Ju telah mempunyai lapangan pertandinmgan yang tetap di mana pada kedua-dua hujung lapangan itu dibina bilik Ju, merujuk kepada tiang gol dalam permainan bola sepak moden ketika ini.




Antara ukiran-ukiran permainan Cu Ju di kepingan-kepingan syiling gangsa 
Kedua-dua pihak yang bertanding masing-masing disertai 12 orang pemain dan kemenangan diputuskan melalui jaringan terbanyak malah terdapat juga seorang pengadil.

Mata dikira apabila pemain dapat memasukan bola ke dalam pintu/bilik
Bagaimanapun pada zaman yang lebih awal, bola biasanya diperbuat daripada kulit binatang manakala isi bola tersebut dimampatkan dengan bulu. Sehingga Dinasti Tag, bola disi dengan udara dan ini merupakan kemajuan yang besar dalam perkembangan sejarah permainan bola sepak.

Pemain-pemain Cu Ju di zaman silam juga ada yang terkenal seperti David Backham
Pertandingan Cu Ju pada Dinasti Tang telah digunakan pintu dengan jaring, merujuk tiang gol. Pada masa itu pintu terdiri daripada dua batang galah buluh, separuh atasnya diikat dengan jaring. Dalam pertandingan, kedua-dua pihak masing-masing disertai oleh enam orang pemain termasuk seorang penjaga gol.

Paolo Rossi, pemain terbaik dan penjaring terbanyak World Cup ESPANA
1982 merupakan antara pemain lagenda yang paling aku minati.


Tiada ulasan:

Featured post

Metos Makan Waktu Malam

  Makan malam buat anda gemuk? Tiada bukti secara saintifik  membuktikan kerap makan di waktu malam akan mengakibatkan seseorang itu mengala...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...