Sistem pernafasan manusia terdiri daripada organ pernafasan, paru-paru, tulang rusuk, diafragma dan otot-otot interkosta. Bulu dan lendir yang terdapat pada bahagian dinding hidung akan memerangkap zarah-zarah habuk dalam udara yang disedut. Trakea adalah satu saluran yang kuat dan bercabang menjadi dua saluran yang dipanggil bronkus. Bronkus mempunyai beberapa cabang untuk menjadi satu jalinan yang dipanggil bronkiol dan berakhir drngan pundi-pundi udara yang sangat halus dipanggil alveolus.
Inspirasi
Inspirasi adalah proses menyedut udara. Ini berlaku apabila diafragma dan otot-otot interkosta menguncup. Apabila diafragma menguncup, otot-otot interkosta menjadi datar dan leper. Semasa otot-otot interkosta menguncup, diafragma menarik rusuk ke atas dan keluar. Di dalam situasi ini, tekanan di dalam menjadi kurang berbanding tekanan udara atmosfera. Udara disedut masuk sehingga tekanan udara di dalam dan di luar menjadi seimbang.
Ekspirasi
Ekspirasi ialah proses menghembus udara. Ini berlaku apabila diafragma dan otot-otot interkosta mengendur dan mengembalikan rusuk ke kedudukan asal manakala isipadu kaviti toraks menjadi kurang dan tekanan udara di dalam meningkat. Dengan itu, udara dihembus keluar sehingga tekanan di dalam menjadi sama dengan tekanan atmosfera. Pada dasarnya, pertukaran gas yang berlaku dalam pernafasan ialah gas oksigen dan karbondioksida. Kandungan gas tidak berubah, malah lebih banyak wap air terdapat dalam udara hembusan. Peratus kandungan gas dalam udara yang disedut dan dihembus ialah: Oksigen - sedutan - 21% dan hembusan 16% : Karbondioksida - sedutan 0.03% dan hembusan 4% : Nitrogen - Sedutan 78% dan hembusan 78% : Wap air - hembusan -1% dan hembusan 2%
Tiada ulasan:
Catat Ulasan