Disclaimer

MatriXwoo2 does not give any warranty on accuracy, completeness, functionality, usefulness or other assurances as to the content appearing in this blog. MatriXwoo2 disclaims all responsibility for any losses, damage to property or personal injury suffered directly or indirectly from reliance on such information.

Selasa, 26 April 2011

HORMON


Sistem endokrin yang menghasilkan semua hormon badan, bekerja seiring dengan sistem saraf yang berfungsi sebagai pengawal sistem badan. 

Saraf beroperasi dengan menggunakan impuls elekterik, yang sebahagiannya membolehkan kita memulakan dan menghentikan, manakala yang lain berlaku secara automatik. 

Sistem endokrin berfungsi secara automatik dan kita tidak dapat mengawalnya, walaupun kelakuan kita boleh menyebabkan sistem endokrin berfungsi/bekerja.

Bayangkan apa yang akan terjadi jika kita mengalami situasi kecemasan seperti dikejar anjing yang sangat garang dan sebagainya. Pada keadaan kecemasan ini, hormon adrenalin secara automatik akan dibebaskan ke dalam aliran darah, menyebabkan kesan yang pelbagai termasuk meningkatkan kadar denyutan jantung dan saiz anak mata. 

Hormon adalah bahan kimia yang sangat kompleks yang dihasilkan oleh sekelompok sel yang dinamakan kelenjar. 

Kelenjar akan menghasilkan bahan kimia yang khusus dan mengeluarkannya sama ada terus ke dalam tisu atau darah, ia merupakan endokrin atau kelenjar tanpa duktus. 

Hormon merupakan utusan yang dihasilkan oleh kelenjar endokrin. Hormon merupakan bahan kimia yang sangat berkuasa, hanya sedikit hormon yang dihasilkan apabila tubuh memerlukan. 

Apabila dibawa di sekeliling tubuh melalui aliran darah, hormon akan melalui pelbagai organ. Walaubagaimanapun hormon akan bertindak ke atas bahagian tertentu sahaja.

Terdapat hormon yang tumbuh ke bawah dari otak yang dinamakan organ pituitari, yang bertugas mengawal semua kelenjar  endokrin dengan hormonnya yang sangat khusus. 

Ia menerima maklumat dari semua bahagian tubuh melalui bahagian otak yang dinamakan bahagian hipotalamus.

Organ pankreas menjalankan tugas sebagai kelenjar eksokrin dan endokrin. Pankreas terletak di bawah perut dan menghasilkan bahan kimia dan dialirkan ke dalam salur makan melalui duktus pankreas, selain menghasilkan hormon insulin yang boleh mengawal diabetes gula di dalam darah. 

Kelenjar adrenal, yang terletak di atas buah pinggang, menghasilkan beberapa jenis hormon, termasuk adrenalin yang sangat berkuasa yang membolehkan badan melawan atau mengelak situasi kecemasan dan memantau mineral darah dan garam mineral

Tiada ulasan:

Featured post

Metos Makan Waktu Malam

  Makan malam buat anda gemuk? Tiada bukti secara saintifik  membuktikan kerap makan di waktu malam akan mengakibatkan seseorang itu mengala...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...