Bagi memastikan bahawa tubuh badan manusia dapat berfungsi ianya memerukaqn tenaga. ATP adalah sumber tenaga dan banyak tersimpan di dalam otot. Bagi menghasilkan tenaga, ATP dipecahkan menjadi ADP dan bagi menghasilkan tenaga semula ADP perlu dibina semula menjadi ATP. Dua sumber tenaga yang utama ialah tenaga kimia dan tenaga mekanikal. Tenaga kima ialah hasil daripada penghuraian bahan makanan seperti karbohidrat,otein dan lemak. Penghuraian makanan ini akan dapat menghasilkan tenaga mekanikal. Semua organism memerlukan tenaga dan secara amnya tubuh akan menjana tenaga (menghasilan ATP untuk kegunaan otot). Aktiviti yang bpantas seperti melompat dan aktiviti pecutan memerlukan jumlah penghasilan ntenaga secara pantas di dalam jangka masa yang pendek. Aktiviti larian jarak jauh dan berbasikal memerlukan tenaga yang rendah atau kurang.
Pergerakan akatau aktiviti yang pantas tidak memerlukan oksigen dan ianya dikenali sebagai Sistem Anaerobik atau dalam perkataan yang lain system yang tidak memerlukan kehadiran O2. Dalam situasi ini, tenaga dijanakan melalui phosphate yang terdapat di dalam otot dan menghasilkan asid laktik. Aktiviti yang lebih panjang seperti berbasika memerlukan bekalan O2 bagi menghasilkan tenaga. Ianya dikenali sebagai Sistem Aerobik atau dengan kehadiran O2.
Sistem Aerobik
Sistem aerobic adalah sangat penting dalam kehidupan seharian dan ianya digunakan bagi aktiviti yang panjang seperti LSD dan marathon. O2 yang banyak digunakan semasa aktiviti akan menghasilkan CO2 dan air sebagai bahan kumuh.
Kecekapan kardiovaskular membawa O2 ke otot-otot akan menambahkan pengunaan O2 oleh otot dalam masa 1 minit. Jumlah maksimum O2 yang digunakan oleh 1kg berat badan dalam kiraan ml seminit dipanggil sebagai Kapisiti Aerobik atau Maxima Oxygen (MV)2). Mengikut teori, semakin tinggi MVO2 akan menunjukkan peningkatan kemampuan jantung untuk mengepam darah ke paru-paru untuk pernafasan O2 dan penyerapan O2 oleh otot-otot.
Siri tindakbalas untuk menghasilkan tenaga berlaku di sel-sel otot dan tugas ini khusus di mitakhondria yang juga dikenali sebagai “power House” otot kerana di sinilah pusat penjanaan tenaga.
Sistem Aerobik memerlukan pengunaan karbohidrat dan lemak. Proses pemecahan melalui 20-25 langkah kimia bagi menghasilkan ATP, dan hasil dari proses ini ialah CO2 dan H2O. H2O yang dihasilkan akan digunakan semula oleh sel itu sendiri dan CO2 akan dikeluarkan melalui proses respirasi.
Sistem Anaerobik
Sistem anaerobic adalah jalan yang paling mudah untuk menjana tenaga oleh system tubuh tanpa kehadiran O2. Situasi ini berlaku apabila intinsiti latihan bertambah di mana system kardiovaskular tidak dapat membekalkan O2 dengan secukupnya bagi memenuhi keperluan tenaga tubuh. Kekurangan O2 perlu diganti dengan cepat melalui aktiviti anaerobic, contohnya pelari pecut 100m dan 200m, setelah selesai melakukan lariannya akan menarik nafas kerana system badan memerlukan O2 untuk membakar tenaga.
Dalam system anaerobic terdapat dua kaedah yang berbeza bagi menghasilkan tenaga iaitu melalui system asid laktik dan system phosphate. Sistem asid laktik bermaksud penghantaran tenaga secara segera dan pantas melalui sumber makanan tanpa kehadiran O2, manakala sistem phosphate merupakan sistem penjanaan tenaga secara segera dan pantas hasil tenaga simpanan di dalam otot-otot yang dinamakan glaikogen.
Sistem Laktik
Di dalam satu keadaan seperti melakukan pecutan, glikogen di dalam otot akan dipecahkan menjadi phyruvic dan ATP untuk menggantikan tenaga yang telah digunakan otot. Proses ini dikenali sebagai glikolisis dan ianya menghasilkan 5% ATP melalui pemecahan lengkap glikogen tanpa kehadiran O2. Sistem ini adalah kurang berkesan dalam penghasilan tenaga berbanding system aerobic kerana hanya sebahagian glikogen sahaja yang dapat dipecahkan tanpa kehadiran O2. Proses pemecahan ini akan menghasilkan bahan buangan iaiat asid laktik.
Apabila intinsiti aktiviti ditingkatkan, asid laktik akan berkumpul di dalam otot-otot dan di dalam darah mengakibatkan fatigue atau kelesuan pada otot-otot. Ia bermula di dalam masa antara 35-40 saat dan kelesuan akan bermua dalam lingkungan masa 45-60 saat seterusnya untuk mengnyahkan asid laktik ia memerlukan 45-60 saat.
Sistem Phosphate
Merupakan proses yang ketiga di dalam menghasilkan tenaga pada otot-otot. Ia berlaku apabila masa tidak cukup untuk tubuh memecahkan glaikogen bagi menghasilkan ATP. Walaupun ATP menyediakan tenaga segera untuk sel-sel, tetapi jumlahnya tenaganya amat terhad dan hanya 85gm sahaja yang di simpan di dalam tubuh. Oleh itu ATP perlu sentiasa disintisiskan bagi membekalkan tenaga yang berterusan. ATP sentiasa disimpan di dalam otot dan bergabung dengan phospokeriatin dan ianya membekalkan tenaga untuk 5-10 saat. Secepat ianya dihasilkan begitulah ianya perlu diganti. Dalam masa 30 saat ianya akan pulih sebanyak 50% dan di dalam masa 2 minit ianya kan kembali ke tahap asal 100%. Sistem ini amat penting di dalam banyak acara sukan, walaupun ianya berlarutan sehingga 8 saat, tenaga tambahan mestilah dihasilkan untuk mensintisiskan ATP.
Hubungan Antara Sistem Aerobik dan Sistem Anaerobik
Larian pecut atau tenaga yang dikeluarkan secara eksplosit secara tiba-tiba secara amnya adalah menggunakan system anaerobic. Atlet berprestasi tinggi mempunyai system tubuh berkemampuan tinggi dalam adaptasi system anaerobic tetapi ianya masih memerlukan pembentukan system aerobic. Kebanyakkan aktiviti sukan memerlukan gabungan system aerobic dan system anaerobic. Contohnya, penggunaan otot-otot major memerlukan bekalan darah yang banyak berbanding otot-otot kecil. Oleh itu, denyutan jantung akan bertambah dan apabila ianya dikekalkan selama 20-25 minit, ianya akan melebihi bebanan system aerobic. Situasi ini tidak dapat ditampung oleh system aerobic sehingga menyebabkan berlakunya kekurangan O2 dan seterusnya menyebabkan asid laktik banyak berkumpul di dalam otot-otot yang menyebabkan akan berlakunya kelesuan. Sebagai jalan keluar, system phosphate akan mengambil alih semasa berlakunya aktiviti fizikal yang lebih panjang.
Atlet yang baru memulakan aktiviti fizikal akan cepat berasa penat kerana system aerobic tidak dapat mengadaptasi keperluan tenaga yang diperlukan pada masa itu. Untuk itu, tubuh memerlukan tenaga melalui adaptasi system anaerobic tetapi ianya akan membawa kepada kepenatan kerana asid laktik akan berkumpul di otot-otot. Apabia seseorang atlet itu melakukan latihan dan telah serasi dengan rutin latihan yang diamalkan, tubuh badan atlet tersebut telah mengadaptasi dengan system aerobic dengan lebih cekap dan lancar dan ianya tidak lagi terlalu bergantung kepada sumber tenaga melalui sitem anaerobic
Tiada ulasan:
Catat Ulasan