Disclaimer

MatriXwoo2 does not give any warranty on accuracy, completeness, functionality, usefulness or other assurances as to the content appearing in this blog. MatriXwoo2 disclaims all responsibility for any losses, damage to property or personal injury suffered directly or indirectly from reliance on such information.

Jumaat, 22 April 2011

KECERGASAN FIZIKAL

Menurut Falls (1980), kecergasan untuk kesihatan merangkumi aspek-aspek yang berkaitan dengan fisiologi dan psikologi yang dipercayai memberi seseorang individu perlindungan daripada ancaman penyakit-penyakit hipokenatik seperti penyakit jantung, obesiti dan pelbagai penyakit otot  dan tulang. Kecergasan untuk kemahiran pula merujuk fungsi-fungsi dan keupayaan seseorang itu yang membolehkan seseorang bertanding di dalam aktiviti sukan dengan lebih bertenaga, mempunyai kuasa, kuat, berdaya tahan, berkemahiran dan sebagainya.
Menurut Clarke (1979), kecergasan fizikal ialah keupayaan melaksanakan tugas harian dengan cekap dan cergas tanpa kepenatan yang berlebihan serta mempunyai tenaga yang mencukupi untuk aktiviti riadah. Selain itu, seseorang yang cergas dari segi fizikal sanggup menghadapi cabaran keadaan kecemasan yang mungkin timbul. Kecergasan fizikal dibahagikan kepada dua bahagian iaitu, berlandaskan kesihatan dan berlandaskan kemahiran motor. 

KECERGASAN FIZIKAL BERLANDASKAN KESIHATAN:
(a)Daya Tahan Kardiovaskula (DTO)
DTO merujuk keupayaan kardiovaskular mengedar sistem darah beroksigen ke otot-otot yang dan mengedarkan darah berkarbondioksida kembali ke jantung  dengan lebih cekap dan efisien. DTO seseorang bergantung kepada kombinasi jantung, paru-paru dan salur darah yang efesien.Sistem respirasi dan sistem peredaran darah membekalkan oksigen kepada sel-sel dan organ-organ di dalam badan untuk melakukan aktiviti fizikal bagi jangka masa yang panjang. Aktiviti-aktiviti DTO melancarkan lagi sistem peredaran darah dan meningkatkan kebolehan paru-paru berfungsi secara optimum. Contoh aktiviti yang boleh meningkatkan DTO ialah, latihan aerobik seperti berjogging, berenang, LSD, Jeda, fartlek.
(b) Daya Tahan Otot (DTO)
DTO merujuk kepada kebolehan sesuatu otot atau kumpulan otot menghasilkan daya berulang-ulang dalam jangka masa yang panjang tanpa cepat berasa lesu. DTO membantu seseorang melakukan kegiatan yang membebankan anggota badan secara berterusan. Contoh aktiviti yang boleh meningkatkan DTO ialah naik turun tangga, bench press dan latihan jeda.
(c) Kekuatan Otot
Merujuk kepada kumpulan otot menghasilkan daya untuk mengatasi rintangan. Kekuatan sesuatu otot boleh menghasilkan kuasa kontraksi atau penguncupan otot yang maksimum. Contoh aktiviti yang boleh meningkatkan kekuatan otot ialah tekan tubi, bangkit tubi dan latihan litar.
(d) Fleksibiliti / Kelenturan
Merujuk kepada keupayaan otot, sendi, tendon dan ligamen melakukan pergerakan dengan lancar dan licin pada julat pergerakan yang maksimum. Hasi sesuatu pergerakan ditentukan oleh panjang otot-otot, ligamen, tendon dan struktur sendi. Contoh aktiviti yang dicadangkan ialah pusing sisi dan lentik sisi.
(e) Kompisisi Tubuh Badan (KTB)
Merujuk kepada peratus kandungan badan berbanding dengan berat badan yang terdiri daripada tulang dan otot-otot badan. Pada amnya, berat badan seseorang individu merangkumi 70% - 80% otot dan tulang manakala  20% - 25% lemak. Bentuk badan manusia boleh dikategorikan kepada Endomof (gemuk), Ektomof (kurus) dan Mesomof (sasa).

KECERGASAN FIZIKAL BERLANDASKAN KEMAHIRAN MOTOR:
(a) Koordinasi (KOD)
Merujuk kepada keberkesanan dan keseragaman yang cekap dalam pergerakan tubuh badan. Koordinasi melibatkan penyelarasan pergerakan kesemua anggota badan. Individu yang mempunyai koordinasi mata dan tangan adalah berbakat dalam bidang sukan seperti badminton, tenis dan bola tanpar.Individu yang mempunyai koordinasi mata dan kaki yang baik cermelang dalam bola sepak. Contoh aktiviti yang boleh meningkatkan KOD ialah burpees
(b) Imbangan
Merujuk kepada kebolehan seseorang mengekalkan keseimbangan apabila pusat griviti dan dasar atau tapak yang menyokongnya diubah atau statik. Imbangan terbahagi kepada dua jenis iaitu ststik dan dinamik. Imbangan statik merujuk kebolehan mengekalkan keseimbang ketika pusat griviti berada setempat. imbangan dinamik pula merujuk kebolehan mengekalkan keseimbangan ketika pusat griviti diubah. Contoh aktiviti ialah berdiri sebelah kaki.
(c) Ketangkasan
Merujuk kepada kebolehan seseorang melakukan pergerakan berturutan atau mengubah kedudukan dengan pantas dan tepat. Kepantasan melibatkan koordinasi gerak badan. Contoh aktiviti ialah lari ulang-alik dan mengelecek bola.
(d) Kuasa
Merujuk kepada keupayaan otot untuk menghasilkan daya yang maksimum dalam jangka masa yang singkat. Kuasa melibatkan kekuatan dan kelajuan otot. Contoh aktiviti ialah melontar peluru dan lompat tinggi.
(e) Kelajuan
Merujuk kepada keupayaan untuk melakukan pergerakan dari satu kedudukan ke kedudukan yang baru dalam jangka masa yang singkat. Kelajuan ditentukan oleh hasil jarak langkah dan kekerapan melangkah. Contoh aktiviti ialah lari pecut 100 meter.
(f) Masa Tindak Balas
Merujuk kepada satu jangka masa yang diambil untuk bergerak selepas menerima rangsangan untuk berbuat demekian Contoh aktiviti ialah berlari pecut.

Tiada ulasan:

Featured post

Metos Makan Waktu Malam

  Makan malam buat anda gemuk? Tiada bukti secara saintifik  membuktikan kerap makan di waktu malam akan mengakibatkan seseorang itu mengala...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...