Disclaimer

MatriXwoo2 does not give any warranty on accuracy, completeness, functionality, usefulness or other assurances as to the content appearing in this blog. MatriXwoo2 disclaims all responsibility for any losses, damage to property or personal injury suffered directly or indirectly from reliance on such information.

Khamis, 21 April 2011

BAKA / KETURUNAN

Kebanyakan kita akan mempunyai iras ibu atau bapa. Kita mungkin mempunyai warna mata yang sama, atau warna rambut yang sama. Ini kerana setengah sifat, misalnya warna mata dan rambut adalah diwarisi. 

Kita mempunyai unit khas yang digelar gen dalam nukleus semua sel kita, yang membawa rahan tentang bagaimana membuat salinan tepat keseluruhan badan kita. Gen ini terbina daripada bahan kimia yang dinamakan DNA, yang membentuk pasangan struktur yang dikenali sebagai kromosom. Satu ahli daripada setiap pasangan datang dari ibu manakala datang daripada bapa. Kita akan mewarisii di saat sel sperma bapa disenyawakan sel telur ibu.

Setengah gen adalah berkuasa kesannya dan akan menunjukkan ciri yang dibawanya, tidak kira sama ada pasangan gen mereka sama atau tidak. Gen yang berkuasa seperti ini dinamakan dominan. Gen yang lemah dinamakan resesif dan akan menunjukkan ciri yang dibawanya hanya jika kedua-dua ahli pasangan adalah resesif. Pasangan"bercampur" yang mempunyai satu gen dominan manakala satu gen resesif ditunjukkan apabila kita menunjukkan ciri-ciri dominan.

Banyak ciri manusia merupakan hasil aktiviti gabungan banyak gen, tetapi terdapat beberapa ciri yang dikawal oleh hanya satu pasangan gen. Contoh ciri pasangan gen tunggal ini termasuklah kumpulan darah A dan B adalah dominan, Kumpulan O adalah resesif, warna mata misalnya coklat bersifat gen dominan manakala biru resesif.

Satu ciri yang mudah dilihat ialah kebolehan menggulung lidah. Sesiapa yang mempunyai sekurang-kurangnya satu gen dominan untuk "menggulung" lidah dalam pasangan gen, akan berkebolehan mempunyai ciri ini. Orang yang tidak boleh menggulung lidah mempunyai ciri resesif dan dengan itu seseorang yang tidak boleh menggulung lidah mesti telah mewarisi ciri-ciri ini daripada kedua-dua ibu bapanya.

Walaupun ciri seperti warna mata dan kebolehan menggulung lidah selalu dizahirkan, namun ada masanya gen tertentu tidak diserlahkan, walaupun gen itu dominan. Misalnya, jika seseorang yang mempunyai gen untuk menjadi tinggi makanan diet yang tidak seimbang ketika muda, dia mungkin akan menjadi kecil dan tidak akan mencapai kemampuannya.

Semua wanita mempunyai kromosom X dan semua lelaki mempunyai satu kromosom X dan satu kromosom Y. Separuh daripada sperma lelaki mempunyai satu sperma X dan separuh lagi mempunyai satu kromosom Y, tetapi setiap telur mempunyai satu kromosom X.  Jika sperma X bercantum dengan telur semasa persenyawaan, bayi perempuan akan lahir. Jika sperma Y bercantum dengan telur, bayi lelaki akan lahir.

Kembar tidak seiras adalah hasil dua sperma mensenyawakan dua telur yang berbeza sementara kembar seiras terbentuk apabila satu embrio yang tersenyawa membahagi.







Tiada ulasan:

Featured post

Metos Makan Waktu Malam

  Makan malam buat anda gemuk? Tiada bukti secara saintifik  membuktikan kerap makan di waktu malam akan mengakibatkan seseorang itu mengala...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...