Berdasarkan definisi yang dikemukan oleh ahli-ahli fisiologi di atas, dapat disimpulkan bahawa masa reaksi boleh dibahagikan kepada dua bahagian iaitu: i. Masa Pramotor; Masa di antara aplikasi stimulus dan tindakan pertama perubahan otot potensi. ii. Masa Motor; Masa di antara tindakan pertama perubahan otot dan permulaan pergerakan yang sebenar. Masa reaksi melibatkan masa deria, masa otak, masa saraf dan masa otot. Ia bermakan masa reaksi melibatkan intergrasi bahagian tinggi pusat sistem saraf (melibatkan persepsi). Implus dan deria reseptor yang terangsang akan melalui laluan aferen ke spinal cord dan otakuntuk proses membuat penilaian terhadap stimulus tersebut. Setelah proses peniaian dibuat oleh stamulus tersebut, keputusan yang dibuat akan dihantar ke otot yang berkaitan untuk tindak balas selanjutnya melalui laluan eferen. Kadar masa peniaian dan penghantaran stimulus melalui laluan-laluan tersebut ke otot-otot yang terlibat dinamakan reaction time (masa reaksi).
Bibliografi
Drowatsky, J.N. (1975). Motor Learning Principles and Practices. Minneapolis : Burgess.
Johnnson, B.L., & Nelson. J.K. (1986). Practical Measurements for Evaluation in Physical Eduacation (4th. Ed). Minneapolis : Burgess
Magill, R.A. (1985). Motor Learning: Concepts and Application. Iowa : WBC.
Oxendine, J.B. (1968). Psychology of Motor Learning. Englewood Cliffs, New Jersey : Prentice-Hall, Inc.
Woodworth, R.S. and Schlosberg, H. (1954). Experimental Psychology. New York : Holt, Rinehart and Winston.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan