Disclaimer

SainsdanSukan does not give any warranty on accuracy, completeness, functionality, usefulness or other assurances as to the content appearing in this blog. MatriXwoo2 disclaims all responsibility for any losses, damage to property or personal injury suffered directly or indirectly from reliance on such information.

Rabu, 27 April 2011

PERTUKARAN GAS DALAM PARU-PARU

Trakea bercabang membentuk bronkus kanan dan bronkus kiri. Bronkus dilapisi oleh tisu-tisu epitelium. Pada permukaan tisu epitelium, terdapat unjuran rerambut yang halus dan berfungsi menghalang zarah-zarah kecil daripada masuk ke paru-paru. 

Dari bronkus, saluran udara terus bercabang-cabang sehingga akhirnya membentuk bronkiol iaitu saluran udara paling halus dan berakhir dengan alveolus. Pertukaran gas berlaku di alveolus dimana jumlahnya sangat banyak.setiap alveolus dikelilingi oleh kapilari darah. Melalui kapilari darah ini, darah membebaskan CO2 ke dalam alveolus untuk dihembus keluar dan pada waktu yang sama, darah yang mengandungi hemoglobin mengikat O2 dari udara sedutan untuk diedarkan ke sel-sel tubuh.

Di dalam sel-sel tubuh, O2 dilepaskan dan digunakan oleh sel-sel untuk proses penghasilan tenaga, sementara CO2 dikeluarkan. CO2 seterusnya dihantar ke paru-paru untuk dihembus keluar dan proses ini berlaku secara berulang-ulang.




Tiada ulasan:

Featured post

Metos Makan Waktu Malam

  Makan malam buat anda gemuk? Tiada bukti secara saintifik  membuktikan kerap makan di waktu malam akan mengakibatkan seseorang itu mengala...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...