Disclaimer

MatriXwoo2 does not give any warranty on accuracy, completeness, functionality, usefulness or other assurances as to the content appearing in this blog. MatriXwoo2 disclaims all responsibility for any losses, damage to property or personal injury suffered directly or indirectly from reliance on such information.

Selasa, 19 April 2011

SARAF

Manusia merupakan organisme yang sangat khusus dengan kelakuan yang sangat kompleks. Ini bermakna manusia memerlukan pengawasan yang sangat ketat terhadap tubuh. Untuk memperolehi pengawasan sedemekian, kita mempunyai unit kawalan pusat yang boleh membuat keputusan dan sistem yang boleh menyisih maklumat serta menyampaikan semua keputusan yang dibuat oleh unit kawalan pusat. 

Sistem saraf merupakan komponen yang bertanggungjawab memberi maklumat kepada unit kawalam pusat, iaitu otak, dan menyampaikan keputusan yang dibuat oleh otak kepada anggota dan organ di dalam badan. Otak dan saraf tunjang membentuk sistem saraf pusat, dan baki sistem saraf yang lain menjalankan tugas yang berkaitan dengan aktiviti bawah kawalan dinamakan sistem saraf pinggiran/periferi (periferal).

Maklumat tiba ke badan di dalam banyak bentuk - bunyi, cahaya, bau, sentuhan dan sebagainya. semua maklumat ini ditukarkan kepada bentuk impuls elekterik. Impuls terhasil padaatau di bawah permukaan kulit oleh sel peka di hujung saraf. Sesetengah maklumat adalah sangat khusus menyebabkan tubuh mempunyai organ deria yang kompleks untuk mengesan dan bertindak balas hanya kepada rangsangan ini contohnya mata dan telinga.

Sesetengah maklumat terus disampaikan ke otak tampa melalui sepanjang saraf tunjang. Ini ialah kes yang impuls dibawa oleh dua belas pasang saraf yang bertugas untuk kepala dan leher termasuk masej dari organ deria khusus seperti mata dan telinga.

Bahagian lain sistem saraf, yang dinamakan sistem autonomi, adalah diluar kawalan tubuh. Fungsinya ialah mengatur tindak balas kimia dan aktiviti di dalam tubuh yang tidak dapat dilihat seperti pernafasan, pecernaan, degupan jantung, perkumuhan dan penghasilan hormon. Sistem saraf autonomi terdiri daripada dua set saraf yang terpisah iaitu saraf simpati dan saraf para simpati. Saraf-saraf itu bertentangan fungsi pada pelbagai bahagian badan manusia.





Tiada ulasan:

Featured post

Metos Makan Waktu Malam

  Makan malam buat anda gemuk? Tiada bukti secara saintifik  membuktikan kerap makan di waktu malam akan mengakibatkan seseorang itu mengala...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...