Disclaimer

SainsdanSukan does not give any warranty on accuracy, completeness, functionality, usefulness or other assurances as to the content appearing in this blog. MatriXwoo2 disclaims all responsibility for any losses, damage to property or personal injury suffered directly or indirectly from reliance on such information.

Isnin, 20 Jun 2016

Wanita vs Protein


Ramai tahu mengenai manfaat dan kepentingan protein dalam diet seharian. Pengambilan protein yang mencukupi dapat membantu membina dan membaiki otot atau tisu yang rosak. Protein juga berperanan menghasilkan enzim dan hormon, menyokong sistem imun dan mengekalkan tahap tenaga dan stamina yang tingg.

Kebanyakkan protein dalam diet kita berasal dari produk berasaskan haiwan dan terdapat juga berasaskan tumbuhan. Menyedari kepentingan protein dalam diet ramai di antara kita yang mengambil makanan tambahan bagi mencukupkan pengambilan protein seharian.

Melalui satu kajian oleh fitnessrxwomen : pengambilan protein oleh wanita sangat signifikan terhadap kesihatan dan kecantikan. Berikut adalah 10 fakta mengapa protein sangat penting kepada wanita yang mementingkan kesihatan dan kecantikan.
  •  Membantu mengekalkan berat badan ideal - Melebihkan protein di dalam diet serta mengurangkan pengambilan karbohidrat membantu mengurang tisu lemak dalam tubuh. Amalan secara berterusan mampu mengekalkan berat badan ideal. 
  • Membantu mengawal rasa lapar - Mengambil sajian tinggi protein seawal pagi seperti greek yogurt bersama buah-buahan segar akan mengaktifkan hormon untuk bertindak balas menyekat rasa lapar sepanjang hari. 
  • Membuat anda rasa kenyang - Pengambilan makanan berprotein tinggi membantu mengawal selera dan memberi rasa kenyang yang lebih lama berbanding karbohidrat dan lemak. 
  • Protin membantu membakar lebih banyak kalori - Berbanding diet tinggi karbohidrat, diet tinggi protin mencetuskan proses themogenesis yang lebih tinggi. Thermogenesis adalah proses di mana tubuh meningkatkan pengeluaran tenaga dan lebih protein akan memberi isyarat kepada tubuh untuk membakar lebih banyak kalori sebelum, semasa dan selepas makan. 
  • Protein penting untuk penjagaan tulang - Jumlah protein dalam diet harian boleh memberi kesan kepada tahap kalsium dalam badan. Diet rendah protein memberi kesan kepada sistem pencernaan untuk menyerap kalsium dan secara tidak langsung keperluan kalsium badan akan diperolehi dari sistem rangka badan. Apabila ini berlaku, individu akan mengalami kehilangan kepadatan tulang. 
  • Membantu melawan penuaan - Melalui proses penuaan seseorang akan kehilangan jisim otot dan untuk memastikan proses penuaan tidak mengganggu pertumbuhan otot maka pengambilan protein disamping senaman yang teratur amat penting. 
  • Melindungi anda dari stress - Stress bukan sahaja memberi tekanan kepada mental malah turut membuatkan segala sistem dalaman menjadi tidak menentu serta mampu merencatkan hormon. Pengambilan lebih protein dari yang disarankan adalah bagus kerana ianya mampu mengembalikan dan memulihkan sistem tubuh badan. 
  • Bagus untuk kulit - Kulit merupakan anggota badan yang paling terdedah kepada sinaran matahari serta sinaran uv yang boleh merosakkan kulit. Pengambilan diet yang tinggi dengan asid amino serta penggunaan pelindung matahari yang bagus mampu melindungi serta mengurangkan kesan uv. Protin juga penting untuk proses regenerasi sel kulit agar ianya sentiasa terlihat mulus, tegang dan awet muda. 
  • Bagus untuk rambut - Rambut adalah mahkota seseorang wanita. Jika inginkan rambut lebat serta sihat maka perlulah mengambil protein yang secukupnya. Diyakini dengan pengambilan protein, masalah kegugurun serta pertumbuhan rambut yang terencat dapat diatasi. 
  • Makan tanpa rasa bersalah kerana ianya lazat - Ramai yang merasakan untuk memiliki tubuh yang cantik perlulah mengambil sayur-sayuran dengan jumlah yang banyak dan mengurangkan pengambilan protein serta karbohidrat. Namun begitu, pengambilan protein yang secukupnya melalui diet seimbang amat penting bagi tubuh badan kerana pertumbuhan otot, tulang sehinggalah ke rambut amat memerlukan asid amino. Jadi jangan rasa bersalah hanya kerana anda menikmati hidangan yang mengandungi ikan daging dan sebagainya. 
Kepada wanita yang mementingkan kecantikan, pengambilan mampu meningkatkan tahap kesihatan dan kecergasan anda, makanlah dengan bijak dan bertanggungjawab.


Hukum Gerakan Newton


Setiap pergerakan manusia ketika bergerak atau secara berobjektif seperti bersenam dan sukan spesifik boleh diintepretasi mengikut hukum gerakan Newton. Kaedah latihan fizikal adalah berlandaskan hukum inertia, pecutan dan daya tindakbalas.

Tidak mengira apa jua bentuk pergerakan lurus atau putaran pada paksi dan satah sagittal, frontal serta tranverse, segalanya termasuklah lajunya dan tangkasnya pergerakan dengan kesan graviti ke atas badan boleh ditafsir dengan hukum gerakan Newton.

Hukum gerakan Newton pertama menyatakan bahawa sesuatu objek akan kekal dalam keadaan asalnya, iaitu dalam keadaan pegun atau dalam keadaan halaju seragam jika tiada daya luar bertindak ke atas suatu objek.

Gunakan aplikasi hukum Newton pertama ini untuk tingkatkan intensiti rutin senaman anda. Dengan mengurangkan kesan inertia (bahasa pasarnya ialah ‘cheating’) pada setiap fasa pergerakan, secara asasnya membantu mengurangkan risiko kecederaan dan menyebabkan penguncupan otot agonis, antagonis dan sinergis, pada titik yang sepatutnya. Ini akan menghasilkan kesan adaptasi otot dan tisu secara efektif dan optimum.

Hukum gerakan Newton kedua pula menyatakan bahawa kadar perubahan momentum adalah berkadar terus dengan daya paduan yang bertindak ke atas suatu objek pada arah yang sama dengan arah tindakan tersebut.

Bermaksud di sini, kita boleh bermain dengan variasi halaju dalam penambahan daya. Antara yang boleh dilakukan ialah tambahkan rintangan bendalir seperti angin dan air sebagai daya (intensiti) tambahan dalam rutin latihan anda, contohnya berenang melawan arus, berlari atau berjalan mendaki cerun bukit atau dengan alat treadmill beserta ‘inclination’.

Hukum gerakan Newton ketiga menyatakan bahawa untuk setiap daya tindakan, terdapat satu daya tindakbalas yang mempunyai magnitud sama dan bertindak pada arah yang bertentangan.

Dapatkan intensiti dan halaju dengan sentuhan satah fizikal seperti lantai dan dinding untuk menghasilkan daya tindak balas satah tersebut. Dengan ini, penguncupan otot akan berlaku dengan mantapnya. Kesan hukum Newton ketiga ini lebih signifikan dengan rutin latihan pliometrik atau ‘explosive’. Cuba lakukan pergerakan seperti Jump squat, anda akan terasa otot kaki lebih menguncup kerana perlu menyerap daya tindakbalas tambahan akibat graviti pada satah tersebut berbanding Regular squat.


Pemahaman mudah mengenai hukum-hukum gerakan Newton ini sangat penting kerana boleh membantu anda mengelakkan plateau dan memahami fenomena yang berlaku disebalik setiap daya biomekanikal yang berlaku pada badan anda dan seterusnya dapat memperbaiki dan memantapkan lagi teknik yang sedia ada.

Asidosis Laktik


Asidosis laktik berlaku secara semula jadi semasa aktiviti kecergasan atau bersukan. Asid laktik adalah produk buangan metabolisme dalam proses membina otot dan aktiviti berterusan. Asidosis laktik disebabkan bersenam adalah bersifat sementara dan biasanya tidak merbahaya, akan tetapi ia boleh jadi bahaya jika disebabkan masalah kesihatan.

Punca Asidosis Laktik
Semasa bersenam, otot memetabolismekan atau dalam bahasa mudahnya membakar glukosa kepada tenaga. Otot menerima glukosa melalui darah dan simpanan sendiri dalam bentuk glikogen. Setiap daripada kita ada dalam keupayaan maksima yang dipanggil ambang anaerobik atau ambang laktat. Ambang laktat pada asasnya adalah ukurusan bagaimana kuatnya jantung dan salur darah. Dengan mengamalkan senaman yang kerap, seseorang meningkatkan ambang laktatnya.

Apabila tahap intensiti latihan di bawah ambang laktat, badan menghasilkan asid laktik yang sedikit dan cepat hilang. Akan tetapi apabila melebihi ambang laktat, otot mula menggunakan glukosa secara tidak efisien. Adis laktik dihasilkan dengan cepat dan berkumpul di dalam darah dan otot.

Gejala Asidosis Laktik
Apabila seseorang berterusan melakukan aktiviti, dia akan mencecah tahap di mana otot mula sakit, jantung mula berdegup laju dan merasakan kekurangan udara. Dalam masa yang singkat, secara fizikalnya tidak dapat menjalankan apa-apa lagi ketika itu.

Rawatan
Asidosis laktik kerana bersenam biasanya tidak merbahaya dan tiada rawatan diperlukan. Proses semula jadi meningkatkan lagi tahap ambang laktat di masa hadapan. Buah pinggang dan hati biasanya boleh membersihkan asid laktik tambahan yang terkumpul.

Asidosis laktik boleh juga berlaku disebabkan kesan sampingan ubat-ubatan dan keadaan perubatan termasuk:
(i) Jangkitan yang teruk (sepsis)
(ii) Gangguan Mitokondria
(iii) Keracunan karbon monoksida
(iv) Kehilangan bekalan darah ke anggota badan atau bahagian tubuh lain
(v) Kejutan
(vi) Diabetes yang tidak terkawal
(vii) Masalah buah pinggang dan hati



Keadaan ini boleh mengancam nyawa dan perlu dirawat dengan segera. Jika anda terlalu cepat keletihan akibat senaman dan tidak berubah menjadi lebih baik setelah melalui latihan yang baik untuk satu jangka masa panjang, elok dapatkan pengesahan doktor.

Rujukan
eMedicine: “Lactic Acidosis.”


Ahad, 19 Jun 2016

Peraturan 3500 kalori = 1 paun berat badan


Pernah dengar peraturan “3500 kalori untuk 1 paun berat badan”? Setakat mana kebenarannya?

Menurut Bovenraad (1911), kandungan lemak secara purata dalam tisu adipos manusia adalah 87 peratus. Oleh itu, 1 paun (454 gram) tisu adipos mengandungi 395 gram lemak. Dengan nilai kalori 1 gram lemak binatang sebanyak 9.5 kalori, jumlah kalori adalah lebih kurang 3750 kalori.

Dalam julat yang dipersetujui, kajian klinikal oleh Strang & Evans (1928) dan hasil review Wishnofsky (1958) telah membuat konklusi bahawa dengan diet rendah kalori dan tinggi protein, 1 paun berat badan adalah bersamaan dengan 3500 kalori dengan andaian (1) defisit kalori tersebut hanya berdasarkan katabolisma lemak, (2) protein dan karbohirat (glikogen) dalam badan perlu berada dalam keadaan keseimbangan. Mereka juga (3) mengambil faktor kuantiti air sebagai salah satu pembolehubah dalam kajian.

Namun, peraturan 3500 kalori (kcal) atau 32.2MJ/kg ini telah disemak semula oleh pengkaji seperti Forbes (1987, 2000) dengan taakulan beliau ketika penurunan berat badan, kehilangan jisim otot juga akan berlaku, dan ini juga disokong McArdle (1996) bahawa rule of thumb ini sudah terlebih anggar (Overestimation).

Hall (2008) telah menyemak dan melakukan modifikasi terhadap teori Forbes (1987, 2000), dengan meramalkan bahagian penurunan berat badan berdasarkan jisim otot yang hilang sebagai fungsi tidak linear kandungan lemak badan asal dan magnitud berat badan yang hilang (Hall, 2007). Kajian telah menunjukkan bahawa kehilangan air dalam badan menunjukkan perubahan jisim yang signifikan, tetapi tidak menyumbang kepada kandungan tenaga metabolisma; Teori tenaga metabolisma Forbes ini hanya dimanipulasikan oleh ketumpatan tenaga metabolisma dalam bentuk lemak, protein dan glikogen dengan 39.5, 19.7, 17.6 MJ/kg masing-masing (Livesey & Elia, 1988).

Berdasarkan hasil-hasil kajian Hall diatas, ianya menunjukkan: 
  • Semakin tinggi kandungan lemak badan asal, semakin besar kumulatif tenaga yang diperlukan untuk menghasilkan jumlah penurunan berat badan yang sama. (Mungkin memerlukan lebih dari 3500 kcal untuk penurunan 1 paun berat badan).
  • “Rule of thumb 3500 kcal” ini tidak sesuai untuk mereka yang rendah kandungan lemak badan asal secara relatif.
  • Lelaki lebih mudah untuk turunkan berat badan berbanding perempuan kerana perempuan mempunyai kandungan lemak badan lebih berbanding lelaki untuk berat badan yang sama.
  • Kadar penurunan berat badan akan menjadi lebih tinggi dengan jisim otot yang lebih tinggi, kerana lebih rendah kandungan kepadatan tenaga metabolisma berbanding jisim lemak untuk berat yang sama -lebih rendah tenaga, lebih senang hasilkan defisit kalori- (Menunjukkan salah satu kepentingan signifikan membina otot tidak kira jantina lelaki atau perempuan.)

Beberapa usaha (i.e. Thomas et al, 2013) telah dilakukan bagi membangunkan perisian aplikasi untuk model pengiraan dinamik untuk perubahan berat badan yang lebih tepat.


Antara pautan perisian yang dibangunkan:

Rujukan:
Bozenraad O. Ueber den Wassergehalt des mnenschlichen Fettgewebes unter verschiedenen Bedingungen, Deutsch. Arch. f. klin. Med. 103: 120, 1911.
Forbes GB. Lean body mass-body fat interrelationships in humans. Nutrition reviews. 1987;45:225–231.
Forbes GB. Body fat content influences the body composition response to nutrition and exercise. Annals of the New York Academy of Sciences. 2000;904:359–365.
Hall KD. Body fat and fat-free mass inter-relationships: Forbes’s theory revisited. Bri J Nutr. 2007;97:1059–1063.
Hall KD. What is the required energy deficit per unit weight loss? Int J Obes (Lond). 2008 Mar;32(3):573-6. Epub 2007 Sep 11.
Livesey G, Elia M. Estimation of energy expenditure, net carbohydrate utilization, and net fat oxidation and synthesis by indirect calorimetry: evaluation of errors with special reference to the detailed composition of fuels. Am J Clin Nutr. 1988;47:608–628.
McArdle WD. Exercise physiology: energy, nutrition, and human performance. 4th edition edn. Williams & Wilkins; Baltimore: 1996.
Strang JM, Evans FA. The energy exchange in obesity. J. Clin. Investigation 6: 277, 1928.
Wishnofsky M. Caloric equivalents of gained or lost weight. Am J Clin Nutr. 1958 Sep-Oct;6(5):542-6.

Hari Raya sahaja, berat badan kembali asal!


Seperti yang kita tahu, puasa di bulan Ramadhan selain beribadat pada Allah, ia juga melatih badan kita berfungsi lebih baik, di segi kesihatan. Ada yang memilih untuk berehat daripada hardcore workout dan ada juga yang meneruskan rutin senaman seperti bulan-bulan yang lain. Lepas Ramadhan, ramai yang gembira kerana berjaya menurunkan berat badan di bulan puasa. Tahniah! Anda sudah melalui satu fasa di mana kejayaan ini. 

Persoalannya, kenapa tiba-tiba berat badan naik mendadak pada minggu pertama atau sebulan raya?    

Water retention
  • Kita mesti ingat bahawa naik turun berat badan yang banyak dalam tempoh singkat bukannya otot atau lemak, tetapi berat air atau makanan/minuman kita pada hari tersebut. Ketika berpuasa kita kurang makan, terutamanya karbohidrat. Dalam 1 gram karbohidrat terkandung beberapa gram berat air. Jika banyak melakukan aktiviti semasa berpuasa, kita selalu berpeluh akibat cuaca panas atau kekeringan. Badan tidak menyimpan terlalu banyak berat air maka kita akan turun banyak berat badan.
  • Bagaimana ketika raya? Memang kita banyak berjalan dan berpeluh tetapi setiap kali kita singgah di rumah tetamu, makanan selalunya berlebihan serta kita berada di luar “kawalan”. Tambahan pula, masakan ketika hari raya kebanyakan mengandungi garam serta minuman yang gula berlebihan. Ini antara punca penambahan berat badan.
Prinsip asas kalori
  • Tidak semua orang suka mengira kalori pemakanan. Jadi kita akan sentiasa mengambil mudah berkenaan apa yang kita makan. Pada kita, kuantiti sedikit tidak menjadi masalah. Walaupun kuantiti makanan itu sedikit atau banyak, kalorinya tidak sama. Nasi putih 1 pinggan 300 kalori, aiskrim 1 scoop 300 kalori. Jika 2 scoops masih sedikit kuantitinya di segi logik. Bagaimana dengan kalori. 
  • Prinsip aas kalori ialah:

  1. calorie intake > calorie output, gain weight
  2. calorie intake < calorie output, lose weight
  3. calorie intake = calorie output, maintain weight
  • Berat air (atau orang kita gelarkan “gemuk air”) boleh naik turun mendadak. Berat air ini kita boleh turunkan mungkin 3 ke 5 kg dalam tempoh seminggu. Berbeza dengan lemak. Ia tidak terbentuk dalam masa yang singkat.
Apakah penyelesaiannya?
  • Lebihkan minum air dan pengambilan potassium (buah-buahan), kurangkan pengambilan sodium (garam).
  • Sama ada kita kurangkan kalori (pemakanan), atau tambahkan pembakaran kalori melalui aktiviti (bersenam).
  • Pastikan ada sumber protein dan fiber dalam hidangan. Penuhkan masa lapang dengan aktiviti supaya kita tidak berasa bosan dan cenderung untuk makan. Ia sangat membantu kita mengawal nafsu lapar.

Sabtu, 18 Jun 2016

Puasa Ramadhan


Paras kolesterol dan asid urik akan meningkat pada bulan Ramadhan. Menurut kajian, diet tinggi lemak menghalang kenaikan paras kolesterol dan asid urik. Lemak diperlukan untuk menyerapan vitamin larut lemak (A,D,E,K) dan karotenoid. 

Asid lemak perlu (essential fatty acid) adalah satu komponen penting membran sel. Ianya juga diperlukan untuk sintesis hormon prostaglandin. Asid-keto daripada lemak berfaedah pada bulan Ramadhan untuk memenuhi keperluan tenaga sel-sel otak dan saraf. Asid-keto juga berguna dalam sintesis glukosa melalui metabolik gluconeogenesis. Ia mengurangkan pecahan protein badan untuk sintesis glukosa.

Lemak yang saya maksudkan di sini adalah lemak baik. Jangan lepas ini, ada pula yang makan kulit ayam ketika bersahur dan berbuka. Antara sumber lemak baik macam ikan, kekacang, telur, minyak zaitun, dan sebagainya. 

Semasa berpuasa, peningkatan keasidan gastrik sering berlaku lebih-lebih lagi bagi mereka yang sememangnya ada gastrik sebelum ini. Pengambilan makanan berserat tinggi mencetuskan tindakan otot, memecahkan makanan menjadi partikel kecil, mengikat asid hempedu, membuka kawasan antara perut, deudenum, dan usus kecil. Oleh itu, makanan berserat membantu mengurangkan keasidan gastrik dan asid hempedu yang berlebihan.

Elakkan makanan pedas untuk pesakit ulser peptik. Jadi tiada alasan untuk seseorang yang menghidap gastrik atau ulser untuk tidak berpuasa kecuali kes-kes kritikal, dapatkan nasihat doktor. Penghidap kencing manis jenis 1 (bergantung pada insulin) dan jenis 2 (tidak bergantung pada insulin) yang teruk, juga dinasihatkan supaya berunding dengan doktor bagi jenis dan dos ubat. Kebiasaanya, diabetis mellitus jenis 2 boleh dikawal menerusi diet yang betul ketika berpuasa.

Perempuan mengandung dan menyusukan anak memerlukan tenaga dan nutrisi yang lebih daripada keperluan lelaki biasa. Terdapat kemungkinan komplikasi kesihatan pada wanita mengandung dan janin atau ibu menyusu dan kanak-kanak yang menyusu jika keperluan tenaga dan nutrisi tidak dipenuhi. Kumpulan ini adalah antara golongan yang diberi kelonggaran dalam berpuasa.

Tumit sakit?



Terdapat 2 penyebab utama yang biasanya menjadi masalah di tumit kaki, iaitu plantar fasciitis dan achilles tendinitis. Kaedah paling mudah untuk kenal pasti masalah tersebut adalah menerusi tempat sakitnya.

Jika sakit terasa di bahagian bawah tulang tumit, ia biasanya plantar fasciitis. Jika rasa sakit di bahagian belakang tumit, ia masalah achilles tendinitis. Tendon archilles bersambung daripada betis ke tulang tumit.

Plantar Fasciitis
Plantar fasciitis terjadi disebabkan keradangan tisu tebal yang menyantumkan tumit ke jari kaki. Aktiviti berulang dalam bentuk tekanan atau mungkin strain menyebabkan koyak kecil di plantar fascia. Ia menjadi makin teruk apabila aktiviti diteruskan. Antara aktiviti yang menyebabkannya adalah berjalan dan joging. Selain itu, otot betis yang ketat, berat bertambah dan kasut tidak sesuai boleh jadi penyebab.

Tanda-tandanya termasuk sakit menusuk dibahagian bawah tumit terutamanya langkah-langkah pertama ketika bangun tidur atau selepas bangun daripada duduk. Sakit biasanya berkurang apabila berjalan dan menjadi teruk semasa berehat. Ia mungkin boleh menyebabkan terkejut daripada tidur waktu malam.






Rawatannya?
  • Jika masalah baru, boleh gunakan ais untuk mengurangkan keradangan. Gunakan selama 20 minit. Boleh guna botol yang dibekukan. Pusingkan di bawah kaki. Regangkan otot betis. Turunkan badan ke hadapan dengan pastikan kaki lekat di atas lantai. 
  • Ada pelbagai kaedah rawatan fizikal termasuk roll bola tennis di tapak kaki. Ianya boleh membantu tapi juga mungkin menjadikannya teruk. Dapatkan nasihat pakar sebelum memulakan apa-apa rawatan.
  • Kalau boleh, cuba elakkan penggunaan ubat tahan sakit kerana ianya tidak menyelesaikan masalah. Ia membantu menghilangkan sakit sementara. 


Achilles Tendinitis
Achilles tendinitis terjadi tersebabkan terlalu banyak penggunaan tendon achilles. Ia biasa terjadi pada pelari yang tiba-tiba meningkatkan intensiti atau masa larian mereka. Ia juga masalah biasa pada mereka yang meningkat usia dan ‘hero’ di hujung minggu. Achilles tendinitis boleh menjurus ke masalah tendon koyak. Jika sakit berlarutan dan semakin teruk, elok dapatkan bantuan perubatan.

Risiko masalah ini lebih pada lelaki. Mereka dengan masalah psoriasis atau tekanan darah tinggi cenderung berdepan masalah ini. Mereka yang mengambil antibiotik fluoroquinolones juga berisiko berdepan masalah achilles tendinitis.




Rawatannya?
Biasanya, latihan jenis essentrik ketika plantar flexion akan diberikan. Selain itu, boleh dapatkan pendapat orthotic untuk nasihat kasut yang sesuai dipakai. Jika terapi fizikal tidak berkesan, biasanya doktor akan cadangkan pembedahan untuk memperbaik tendon achilles.



Rujuk:



Isnin, 13 Jun 2016

Kurma @ Tamar



Masuk bulan Ramadhan, tak sah rasanya jika tidak dikaitkan dengan kurma " Tamar. Buah ini diambil ketika berbuka untuk mengambil barakah sunnah Nabi Muhammad SAW. 

Rasullah SAW bersabda: "Berbukalah dengan kurma kerana ia bersih suci (Riwayat Ahmad)".

Apa sebenarnya kebaikannya kurma @ tamar yang diggalakan pengambilannya oleh Nabi kita?

Pokok kurma @ tamar hidup subur di kawasan bercuaca gurun dan mediterranean. Sebab itulah kebanyakan masakan tradisi timur tengah menggunakan kurma dan juga sesetengah masakan mediterranean seperti Itali dan Greece.

Apa yang ada dalam kurma (100g), 4 biji?

Adakah air mineral memberi efek kepada tubuh kita?


Menuru pakar-pakar pemakanan:

World Health Organization (WHO) “Sayur dan buah-buahan adalah sumber utama mineral bagi tubuh kita.” (bukan air minum)

Dr. Charles Mayo, Mayo Clinic, USA “Mineral tidak organik dalam air minum adalah penyebab banyak penyakit manusia.”

Dr. Allen E. Banik,  “Your Water And Your Health.”, “Ginjal tidak dapat bekerja bila sistem penyaringannya tersumbat oleh Mineral tidak organik.”

Jabatan Pertanian dan Makanan Pemerintah Kanada.“Mineral Organik jauh lebih mudah diserap melalui usus dan lebih aktif dalam tubuh daripada Mineral tidak organik.”

Dr.(Naturopathy) Ir. Donny Hosea MBA. PhD. Indonesia. “Mineral yg terkandung dalam air adalah trace mineral dlm bentuk yang jauh lebih besar dari yang boleh diserap tubuh, mineral dalam bentuk tidak organik yg tidak dapat diserap oleh tubuh tetapi dapat diserap oleh tumbuhan dalam proses fotosintesis yang akan menghasilkan mineral organik ada pada akar, batang, daun, bunga dan buahnya. Jadi kalau mencari mineral, dapatkan mineral jenis organik dari tumbuhan, buah-buahan, haiwan (mereka makan tumbuhan, bukan makan batu) bukan menggunakan air mineral yang hampir keseluruhan kandungan mineral di dalamnya ialah mineral tidak organik. Kerana mineral tidak organik ini tidak dapat diserap dan hanya akan menjadi penyumbat pembuluh darah dan timbunan komposit seperti batu di ginjal.”

Stephen Kay, International Bottled Water Association. “Terus terang, kadar mineral dalam air minum tidak memberikan efek baik yang bermanfaat bagi tubuh.”

Paul Bragg, Ph.D,“Water, The Shocking Truth”.“Tubuh kita memerlukan 19 Mineral Organik yang didapatkan dari haiwan dan tumbuhan. Sedangkan Mineral tidak organik (yang berasal dari air tanah) tidak dapat dimanfaatkan tubuh dan hanya membahayakan kesihatan.”

Air Alkali



Sejak akhir-akhir ini, penjualan air alkali dan ‘ionized’ semakin rancak. Air ini dijual dengan harga mencecah belasan ringgit sebotol dengan pelbagai dakwaan yang mengatakan air ini baik untuk kesihatan, baik untuk segala macam penyakit dan sebagainya. 

Adakah ianya terbukti secara sainstifik atau cuma pseudosainstifik?

Ramai terpengaruh dengan dakwaan, air alkali yang diionkan ini dapat meneutralkan asid dalam badan kita berikutan apa yang kita makan majoritinya asid. 

Mengikut teorinya, apabila air alkali masuk dalam badan, ia akan meneutralkan asid dalam perut ‘seketika’. 

Tapi kenapa cuma seketika? 

Ahad, 12 Jun 2016

Teori Gelongsor Filamen @ Sliding Filament Theory


Teori gelongsoran filamen adalah suatu pendekatan fisiologi di mana otot menghasilkan daya atau di mana keadaan berlakunya pemendekan otot. Hal ini diperjelaskan lagi bahawa filament tebal dan nipis di antara slaid sacromore melepasi antara satu sama lain sekaligus memendekkan panjang keseluruhan sarcomere itu. Dalam situasi slaid melepasi satu dan yang lain, kepala myosin akan berinteraksi dengan filament actin menggunakan ATP.

Selain itu, Teori gelongsoran filamen juga adalah suatu mekanisme penguncupan otot di mana actin dan myosin filamen daripada striated slaid otot atas satu sama lain untuk memendekkan panjang gentian otot. Fungsi myosin adalah untuk mengikat filamen actin yang terdedah apabila ion kalsium mengikat kepada molekul Troponin dalam filamen ini. 

Ini membolehkan jambatan terbentuk antara actin dan myosin, yang memerlukan ATP sebagai sumber tenaga penghubungnya. Hidrolisis ATP dalam kepala molekul myosin menyebabkannya berubah bentuk serta mengikat filamen actin tersebut. Pembebasan ADP dari kepala myosin menyebabkan perubahan bentuknya serta menghasilkan tenaga mekanikal yang menyebabkan actin dan myosin filamen bergabung dalam slaid ke atas satu sama lain.

Di samping itu, proses kontraksi otot melalui 5 tahap proses iaitu:
  • pembebasan asetilkolin apabila impuls saraf tiba di neuromuscular junction. Seterusnya, ion Ca2+ akan keluar dari retikulum sarkoplasmik hasil dari implementasi asetikolin tersebut. 
  • ion Ca2+ akan terikat pada troponin dan mampu mengubah strukturnya dengan peningkatan ion Ca2+ tersebut. Perubahan struktur toponin disebabkan ion Ca2+ ini akan terbuka di bahagian tropomiosin yang yang tertutup oleh troponin. Kini kepala myosin akan mampu melekat dengan filamen actin membentuk aktomiosin.
  • myosin mampu menarik actin ke dalam dan juga pemendekan otot ATP akan membebaskan tenaga yang dapat membantu proses ini. Hal ini terjadi di sepanjang myofibril pada sel otot. 
  • myosin akan terlepas dari actin dan jambatan actomyosin akan putus ketika molekul ATP terikat pada kepala myosin. kepala myosin dapat bertemu lagi dengan actin ditropomyosin pada saat ATP dipecahkan.
  • seterusnya, selagi terdapatnya tindakbalas ATP dan ion Ca2+, proses kontraksi otot akan terus berlaku dan ion Ca2+ akan kembali ke sarkoplasmik pada saat impuls berhenti dan troponin akan kembali semula dan menutupi tropomyosin sehingga menyebabkan otot relaksasi.


Sabtu, 11 Jun 2016

Fenomena ditindih 'JIN' sewaktu tidur



Pernah bangun dan rasa seperti ditindih dan tidak boleh bangun? Ada yang kata, ia disebabkan ditindih jin atau hantu. 

Sejauh mana kebenarannya?

Fenomena ini digelar sleep paralysis atau tidur lumpuh. Mencecah ke 40% orang pernah rasa seperti ditindih paling kurang sekali dalam hidupnya. Menurut kajian, tidur lumpuh berlaku apabila seseorang bangun pada tahap tidur yang dipanggil rapid eye movement (REM). Pada tahap ini, kebiasaannya kita bermimpi dan otot boleh dikatakan sedang tidur mati.

Tiada penjelasan jelas bagaimana ini boleh terjadi. Menurut satu jurnal Medical Hypotheses, ia mungkin disebabkan halusinasi yang timbul apabila tiba-tiba tersedar. Terdapat gangguan dalam otak yang menyebabkan ia mengawal gerak badan seseorang. Dalam bahasa mudah, kita cuba menyalurkan signal bergerak akan tetapi signal tersebut tidak sampai. Ketika itu, seseorang itu belum betul-betul sedar.

Kajian juga dibuat oleh Harvard Medical School, melihat kadar tidur lumpuh di antara 2 penduduk iaitu Egypt dan Denmark. Mereka mendapati bahawa, orang Egypt lebih cenderung kena tidur lumpuh ini berbanding Denmark. Perbezaan antara dua negara ini adalah, orang Egypt adalah berpandukan agama manakala Denmark lebih kepada atheist atau tidak percayakan agama.
  
Kajian ini menyimpul, masalah tidur lumpuh ini disebabkan faktor fisiologikal, otak tidak berfungsi atau tidur yang salah. Sekitar separuh daripada orang Egypt dalam kajian percaya, ia adalah disebabkan ditindih jin menurut Islamik Methodologi. Ia dipaparkan dalam jurnal Transcultural Psychiatry 2014.

Selama ini kita ditanam dengan kepercayaan ditindih dan seterusnya akan menyebabkan kita rasa ianya disebabkan makhluk halus. Namun begitu, kita tidak harus membuang terus kepercayaan tersebut kerana mungkin juga 'JIN' yang mengacau tidur kita itu?


Rujukan

Kenapa bila jari dipatahkan akan 'meletup'


Ramai berpengalaman patah-patahkan jari dan dengar bunyi ‘pop’. Juga kepada sendi bahu, pinggang, leher, lutut atau lain-lain sendi. Tapi yang pelik, apabila berlakunya bunyi ‘pop’ kita rasa seronok, lega dan ‘sedap’ melakukannya tanpa rasa takut sebaliknya kita ketagih pula.

Mengapa sendi kita mengeluarkan bunyi ‘pop’

Kebanyakan bunyi ‘pop’ boleh dikategori sebagai crepitus atau bunyi-bunyian di sendi. Ia adalah disebabkan cavitation (tak jumpa pulak perkataan yang sesuai menggantikan cavitation).

Cavitation berlaku disebabkan perubahan tekanan yang membenarkan karbon dioksida menyerap ke dalam bendalir atau sinovial di sendi yang mana akan keluar dalam bentuk buih gas. Apabila sendi ditutup dengan cepat, ia menghasilkan bunyi pop atau bunyi keretakan. 

Namun begitu menurut pakar, perbuatan tarik dan letupkan janganlah diamalkan kerana tidak elok untuk jangka masa panjang.

Secara teorinya, ia akan mengarah ke arthritis tapi belum ada kajian yang benar-benar membuktikannya.

Ramai yang mengalaminya dan tiada masalah berdepan dengannya sehingga ke hari tua. Tiada gunanya mengambil glucosamine untuk masalah ini kerana ianya tidak akan membantu.

Taburan Lemak Di Tubuh Seorang Wanita


Wanita dilahirkan dengan keunikan-keunikan tersendiri. Ada bentuk badan seperti carrot, peanut, pear, apple, stringbean tetapi lebih sadisnya gelaran popular seperti tong dram atau badak juga diguna pakai..... jangan mare, lelaki pon sama! 

Khamis, 9 Jun 2016

Kesihatan dan Kecergasan


Kecergasan ditakrifkan di mana seseorang itu boleh melakukan aktiviti² harian dengan efektif,mengambil bahagian dalam sukan atau aktiviti riadah dan mempunyai tenaga yang cukup ketika waktu kecemasan. Kecergasan boleh ditingkatkan dengan senaman yang bersesuaian.


Apakah kepetingan senaman?

Kepentingan senaman ialah ia boleh meningkatkan kecergasan fizikal, memperbaiki keseimbangan, koordinasi dan gaya jalan, meningkatkan tenaga untuk melakukan tugas harian, memepertingkatkan kepuasan kendiri dan mengurangkan kerisauan, mempercepatkan pemulihan dari penyakit dan tekanan mental, mengawal tekanan darah dan menguatkan jantung, memepertingkatkan kawalan glukosa darah, melambatkan osteoporosis serta berpeluang bergaul dengan orang ramai.


Isnin, 6 Jun 2016

Latihan Fizikal Memberi Perubahan Fisiologi Terhadap Sistem Kardiovaskular


Sistem Kardiovaskular
Fungsi utama sistem kardiovaskular semasa latihan ialah untuk menghantar darah ke tisu – tisu aktif iaitu membawa oksigen dan bahan – bahan makanan, dan memindahkan bahan – bahan kumuh metabolisme.

Kadar Degupan Jantung

Semasa rehat degupan jantung ialah 60 – 80 denyutan dalam satu minit (DSM); bagi individu – individu yang paling mendap debaran jantung (DJ) mungkin melebihi 100 DSM; dan bagi atlit yang mempunyai daya tahan yang tinggi, DJ mereka ialah antara 28 – 40 DSM seperti pelari marathon.

Jumaat, 3 Jun 2016

Konsep asas kesukanan


Main
Main ialah satu aktiviti bebas di luar kehidupan seharian yang melibatkan seseorang secara langsung. Ia merupakan satu aktiviti yang tidak mementingkan penghargaan material atau keuntungan. Masa dan ruang juga tidak dihadkan semasa bermain tetapi ditetapkan dengan peraturan-peraturan tertentu dan lebih teratur.

Permainan
Permainan pula merupakan satu aktiviti main yang mempunyai undang-undang yang eksplisit, matlamat yang ditetapkan, mempunyai elemen pertandingan, had masa dan ruang yang dikenal pasti serta sekuens pergerakan yang berulang setiap kali permainan dijalankan.

Sukan
Sukan ialah satu pertandingan dalam bentuk permainan dan terdapat eksploitasi individu. Ia mempunyai ciri-ciri seperti kontinuiti, pembahagian peranan, interaksi yang dinamik dengan audien dan pengurusan yang mantap. Sukan juga merupakan satu perlakuan atau permainan yang melibatkan kemahiran dan daya usaha fizikal. Malah, penglibatan murid adalah untuk keseronokan, pertandingan atau penghargaan dari segi kewangan dan lain-lain.



Keagresifan dalam sukan


Definisi Keagresifan
Terdapat banyak definisi tentang keagresifan yang diutarakan oleh para penyelidik untuk menjelaskannya.
  • Baron dan Richardson (1994), keagresifan merupakan apa sahaja bentuk tindakan dan perlakuan yang bermatlamat untuk menyebabkan kecederaan ke atas benda hidup yang lain dan bermotivasi untuk mengelakkan diri dari dicederakan. Definisi ini menjelaskan bahawa keagresifan ialah; (i) Perlakuan yang bermatlamat (mempunyai niat). (ii) Menyebabkan atau mendatangkan kecederaan dan kesakitan secara fizikal atau psikologikal. (iii) Ditujukan kepada benda hidup yang bermotivasi untuk mengelakkan diri dari kecederaan.

  • Wann (1997), satu tindakan yang bermatlamat untuk mengakibatkan kecederaan secara fizikal, verbal atau psikologikal ke atas seseorang yang bermotivasi untuk mengelakkan diri dari dicederakan dan / atau perbuatan yang mendatangkan kerosakan harta benda yang berpunca dari kemarahan. Berdasarkan definisi ini, terdapat sedikit persamaan dengan definisi yang diutarakan oleh Baron dan Richardson sebelumnya. Kedua-duanya memasukkan unsur niat, perlakuan secara verbal dan psikologikal serta mangsanya bermotivasi untuk mengelakkan diri dari dicederakan. Perbezaan ketara di antara kedua-duanya adalah elemen kerosakan harta benda. Baron dan Richardson tidak mengambil kira kerosakan harta benda sebagai hasil dari tindakan yang agresif.
Jenis-jenis Keagresifan
Apabila diperhatikan perlakuan agresif yang ditunjukkan oleh pemain yang terlibat dalam sukan, kita akan dapati perlakuan itu didorong oleh beberapa sebab tertentu. Untuk memudahkan pemahaman terhadap keagresifan, perlulah dijelaskan jenis-jenis keagresifan yang wujud dalam sukan.


1. Keagresifan Ketara
Silva 1984, menyatakan keagresifan ketara merujuk kepada tindakan agresif yang berpunca daripada rasa marah dengan matlamat untuk mencederakan individu lain (ataupun objek) serta dengan niat untuk melihat individu tersebut mengalami kesakitan dan ganjarannya pula ( kepuasan ) apabila melihat individu tersebut terseksa dengan kesakitan yang dialaminya. Sebagai contoh, seorang pemain penyerang telah dikasari sepanjang perlawanan oleh seorang pemain pertahanan pasukan lawan dengan cara yang agak kasar, tetapi perlakuan kasar tersebut tidak dihukum oleh pengadil. Oleh kerana terlalu marah, penyerang tadi telah menyiku pemain pertahanan lawan tersebut (mendatangkan kecederaan) semasa perebutan bola dengan niat untuk membalas dendam (mengakibatkan kesakitan). Tindakan ini dikategorikan sebagai keagresifan ketara kerana tindakan yang dibuat oleh penyerang tadi berdasarkan rasa marah dengan matlamat untuk mencederakan pemain pertahanan. Niatnya pula untuk mengakibatkan kesakitan kepada pemain pertahanan tersebut dan ganjarannya ( kepuasan ) pula adalah melihat pemain tersebut menanggung derita kesakitan akibat tindakannya.

2. Keagresifan Instrumental
Keagresifan instrumental merujuk kepada sesuatu tindakan dengan niat untuk mencederakan individu lain, bermatlamat untuk mendapatkan faedah atau ganjaran luaran seperti kemenangan, hadiah atau prestij. Individu yang bertindak agresif tadi melihat tindakan tersebut sebagai ”instrumental” ( perlu dilakukan ) untuk mencapai matlamatnya. Sebagai contoh, tindakan agresif seorang pemain pertahanan keatas pemain penyerang pasukan lawan dengan niat untuk mencederakan pemain tersebut agar beliau tidak dapat beraksi dengan baik seperti menjaringkan gol atau membuat hantaran kepada rakannya yang lain. Matlamat utama pemain pertahanan ini ialah untuk memastikan pasukannya memenangi perlawanan tersebut. Dalam contoh ini, niat untuk mencederakan (penyerang pasukan lawan) masih ada, tetapi matlamat utama pemain pertahanan tersebut ialah untuk memenangi perlawanan. Perlu ditegaskan di sini bahawa kedua-dua jenis tindakan agresif di atas sebenarnya salah serta tidak boleh diterima dalam konteks sukan. Ini kerana niat untuk mencederakan pemain pasukan lawan masih ada sedangkan tindakan ini bersalahan dengan peraturan mana-mana jenis sukan. Penggunaan strategi ini khususnya di peringkat profesional perlu dibenteras kerana tindakan pemain profesional ini lazimnya akan menjadi ikutan pemain muda.

3. Tindakan Asertif
Jenis tindakan asertif ini sering kali disalahtafsirkan maksudnya kerana jarang sekali digunakan istilah ini dalam konteks sukan. Tindakan ini merujuk kepada penggunaan fizikal atau verbal dengan cara yang dibenarkan (mengikut peraturan permainan) untuk mencapai sesuatu matlamat (kemenangan). Dalam konteks ini, niat untuk mencederakan individu yang lain tidak timbul sama sekali. Jika tindakan berlaku akibat tindakan asertif, ia tidak boleh dikira sebagai satu tindakan yang agresif kerana tindakan tersebut dibenarkan mengikut peraturan-peraturan permainan dan tiadanya niat untuk mengakibatkan kecederaan kepada pemain lawan. Sebagai contoh, penggunaan tackle untuk menghadkan pergerakan atau merampas bola dari pemain lawan dalam permainan ragbi dibenarkan serta termaktub dalam peraturan permainan selagi tackle tadi dilakukan tidak menyalahi peraturan. Bagaimanapun, jika berlaku kecederaan kepada pemain lawan akibat tackle bersih yang dilakukan, ia tidak dianggap sebagai tindakan yang agresif kerana ia dilakukan dengan “bersih” serta mengikut peraturan tanpa ada niat untuk mencederakan pemain lawan. Dalam situasi pertandingan, tugas untuk memastikan sama ada pelakuan itu dianggap sebagai perlakuan yang agresif atau asertif terletak ditangan pengadil. Adalah amat sukar untuk menentukan dan menilai niat seseorang pemain apabila mereka melakukan sesuatu dalam konteks permainan kerana ia berlaku dengan pantas khususnya dalam sukan yang bercorak dinamik serta kemahiran terbuka (open skills).

Featured post

Metos Makan Waktu Malam

  Makan malam buat anda gemuk? Tiada bukti secara saintifik  membuktikan kerap makan di waktu malam akan mengakibatkan seseorang itu mengala...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...