Latihan fartlek barmaksud ‘speed play’
adalah sejenis latihan dayatahan yang telah mula diperkenalkan di negara
Sweden. Walaupun ianya mirip kepada latihan jeda tetapi aktiviti latihan ini
lebih menekankan kepada pembinaan kepantasan atlit. Dalam aktiviti latihan ini
terdapat yang berkaitan dengan pecutan, di mana atlit dikehendaki melakukan
larian pecut bertempo atau kadar tertentu di mana biasanya ditentukan
berdasarkan peratusan daripada keupayaan maksima.
2 jenis latihan fartlek:
- Fartlek Terkawal atau Fartlek Tertutup - Dikenali sebagai Closed Fartlek. Aktiviti dilakukan di kawasan yang tertutup seperti trek di stadium ataupun mengikut garisan padang bolasepak. Latihan seperti ini ada kawalan dan ada rancangan larian yang sudah ditentukan walaupun ia bersifat bebas. Kawalan masa ataupun jarak. Jurulatih mesti terlebih dahulu menentukan apa aktiviti yang hendak di lakukan pada setiap sudut atau seksyen trek yang dilalui ataupun menentukan masa larian bagi setiap aktiviti.
- Fartlek Bebas atau Fartlek Terbuka - Juga dikenali sebagai Open Fartlek. Atlit tidak terikat dengan apa-apa kawalan yang khusus. Larian ditentukan oleh atlit sendiri mengikut keinginan dan kemampuan. Ia dilakukan di kawasan outdoor yang memberikan peluang bagi atlit untuk berinteraksi dan menggunakan alam sekitar sebagai tambahan factor dalam latihan mereka. Kawasan bukit, larian atas pasir, rumput dan padang, larian di persisiran pantai dan lain - lain.
Tujuan Latihan Fartlek
- Meningkatkan dayatahan kardiovaskular.
- Membina dan meningkatkan kepantasan .
- Meningkatkan daya tahan kepantasan.
Contoh Latihan Fartlek
- Berlari perlahan-lahan
- Lari bergradien (naik bukit dan turun bukit)
- Striding
- Lari pecut
- Berjalan
- Bounding
Tatacara Perlaksanaan
- pastikan mengikut tatacara sebelum dan selepas melakukan daya tahan kardiovaskular.
- pilih laluan yang sesuai dan selamat seperti di padang sekolah atau di kawasan yang berdekatan dengan sekolah.
- mulakan latihan fartlek dengan pelbagai variasi larian seperti berlari perlahan, berjalan, berlari zig zag, lari pecut atau lari undur secara berterusan.
- lakukan aktiviti sama ada berdasarkan tempoh masa dan jarak.
- aktiviti ini boleh dilakukan secara individu, berpasangan atau berkumpulan.
Otot-otot Terlibat
- Trapizius
- Deltoid
- Tricep brachii
- Biceps brachii
- Brachioradialis
- Gluteus maximus
- Sartorius
- Rectus femoris
- Vastus medialis
- Soleus
- Grastrocnemius
LATIHAN JEDA
Latihan Jeda adalah satu kaedah latihan
fizikal yang melibatkan tekanan kerja yang berulang-ulang dan diselangi dengan
masa rehat yang mencukupi. Ia merupakan satu sistem latihan yang diperkenalkan
oleh Astrand dan diamalkan oleh Paavo Nurmi pada tahun 1920. Latihan Jeda ini
berbeza dari latihan-latihan fizikal yang lain kerana terdapatnya masa rehat
antara jeda kerja, sedangkan kaedah latihan lain berterusan tanpa rehat di
antara ulangan kerja. Latihan ini dapat meningkatkan kapasiti anaerobik atlit
dan amat berfaedah untuk membina dan meningkatkan sistem tenaga aerobik dan
sistem anaerobik.
Tujuan Latihan Jeda
- Meningkatkan keupayaan anaerobik.
- Meningkatkan dayatahan kardiovaskular jantung.
- Meningkatkan ketangkasan, kelajuan, kelembutan dan koordinasi.
- Meningkatkan kemahiran atlet.
- Meningkatkan tahap ambang anaerobik.
- Meningkatkan daya tahan otot.
- Tingkatkan muatan maksima bagi sistem tenaga
- Merangsang pembukaaan saluran darah (kapilari) untuk proses pegangkutan oksigen yang lebih efisyen.
- Meningkatkan isipadu haemoglobin yang membantu membawa oksigen kepada otot yang memerlukan.
- Meningkatkan aktiviti enzim dalam metabolisme asid lemak
Tatacara Perlaksanaan
Nisbah jeda kerja rehat antara
1:1/2 hingga 1:1 bergantung kepada jarak larian atau masa diambil untuk
tamatkan sesuatu larian.
Contoh Latihan Jeda
- Masa larian = 10 minit
- Masa rehat =5 minit
- Nisbah jeda kerja kepada jeda rehat = 1:1/2
- Masa larian = 3 minit
- Masa rehat = 3 minit
- Nisbah jeda kerja kepada jeda rehat = 1:1
Ulangan yang dicadangkan
antara 2 hingga 3 ulangan bagi jarak yang lebih jauh dan 3 hingga 4 ulangan bagi jarak
kurang 800 meter bagi satu larian.
Jumlah set cadangan = jumlah
ulangan rehat antara set ditentukan oleh kadar denyutan nadi iaitu apabila
kadar turun kepada 120 denyutan seminit, kemudian set kedua dimulakan ulangan
aktiviti.
Set :
(i) Nisbah
kerja : rehat
(ii) Aktiviti
jeda rehat
(iii) Contoh
preskripsi latihan - Cara
menulis preskripsi latihan jeda
- 3 x 1500meter x 2 set @ 8 minit (1: ½) bermaksud
- 3 ulangan larian berjarak 1500 meter setiap larian di buat dalam 2 set dengan jeda selama 8 minit bagi setiap larian dan jeda rehat selama 4 minit.
Otot-otot Terlibat
- Trapizius
- Deltoid
- Biceps brachii
- Brachioradialis
- Gluteus maximus
- Sartorius
- Rectus femoris
- Vastus medialis
- Soleus
- Grastrocnemius
LATIHAN TEKANAN
Latihan tekanan bertujuan untuk
meningkatkan kemahiran sesuatu permainan melalui situasi permainan sebenar dan
dalam sesuatu ‘setting’ yang spesifik. Latihan ini dapat membantu pemain
membina keyakinan dan kelicikan permainan dalam sesuatu situasi tertentu.
Latihan tekanan juga dapat membina dan meningkatkan dayatahan otot yang lebih
spesifik .Mc Partlin (1980) mendefinisikan latihan tekanan sebagai satu sistem
latihan yang member peluang kepada para atlit melatih sesuatu kemahiran
spesifik dengan berulang – ulang kali, mungkin beratus – ratus kali dalam
jangka masa beberapa minit.
Tujuan Latihan Tekanan
- Meningkatkan dan mengekalkan kemampuan aerobic dan anaerobik.
- Meningkatkan kelajuan , ketangkasan, koordinasi, kekuatan dan kelembutan.
- Meningkatkan dayatahan otot tertentu.
- Mengekalkan dan membaiki tahap kemahiran dalam situasi permainan yang tertentu.
- Untuk mempercepatkan sistem tenaga dalam tubuh badan.sistem tenaga yang dominan dalam latihan tekanan ialah ATP-PC.
Contoh Latihan Tekanan
- Olahraga:pelari jarak sederhana
- Atlet 800m dan 1500m
- Larian zig – zag (larian selang - seli)
Tatacara Perlaksanaan
- Melakukan aktiviti memanaskan badan.
- Pastikan aktiviti yang di pilih memberi tekanan.
- Gerak kerja aktiviti hendaklah dilakukan berterusan dengan ulangan yang telah ditetapkan
- Aktiviti boleh dijalankan dalam dua kumpulan atau lebih
- Tiap – tiap pelatih menjalankan latih tubi tekanan berterusan secara bergilir – gilir.
- Masa maksimum untuk menjalankan aktiviti diambil kira
- Masa rehat diberi sehingga kadar denyutan jantung sampai 150. Ia hanya diberi diantara set sahaja.
- Ulangan dan pertukaran aktiviti di tentukan oleh masa.
Otot-otot Terlibat
- Trapizius
- Deltoid
- Biceps brachii
- Brachioradialis
- Gluteus maximus
- Sartorius
- Rectus femoris
- Vastus medialis
- Soleus
- Grastrocnemius
- Triceps brachilis
LATIHAN LITAR
Latihan litar ialah salah satu daripada
kaedah latihan yang selalu digunakan untuk menguji kecergasan fizikal. Latihan
ini telah diperkenalkan oleh R.E.Morgan dan G.T.Adamson pada tahun 1953 di
Universiti of Leeds, England. Latihanlitar merupakan latihan yang melibatkan
stesyen – stesyen tertentu dan dilakukan dalam jangka masa yang telah
ditetapkan . Satu litar telah dilakukan jika pelaku telah melakukan semua aktiviti.
Latihan ini adalah latihan di mana peserta melakukan beberapa aktiviti secara
bersiri atau dalam satu litar . Jumlah aktiviti yang dipilih adalah di antara 8
hingga 12 yang mana melibatkan otot – otot yang berlainan.
Tujuan Latihan Litar
- Meningkatkan daya tahan otot.
- Meningkatkan dan melatih keupayaaan anaerobik dan aerobic.
- Meningkatkan kederasan , ketangkasan dan kelembutan.
- Membina daya tahan kardiovascular.
Contoh Latihan Litar
- Tekan tubi
- Bangun tubi
- Lari ulang alik
- Burpee
- Skipping
- Lompat selang seli (alternate split jump)
- Jack knife
- Angkat kaki
Tatacara Perlaksanaan
- Objektif latihan apa yang hendak dicapai dalam latihan perlu dikenalpasti atau keperluan atlit.
- Memilih aktiviti latihan.
- Mencatat atau rekod aktiviti berkesan.
- Melaksanakan aktivitiMemanaskan badan : (i) kelonggaran dan regangan, lakukan secara perlahan – lahan. (ii) Mencapai tahap ambang dan pastikan beban latihan yang betul.
- menyimpan rekod.
- Membuat penilaian dan ubahsuai jika perlu
- Menyejukkan badan jika perlu.
- Mempelbagikan corak latihan.
- Latihan hendaklah menarik minat dan menyeronokkan.
Otot-otot Terlibat
- Trapizius
- Deltoid
- Pectoralis major
- Biceps brachii
- Brachioradialis
- Gluteus maximus
- Sartorius
- Rectus femoris
- Vastus medialis
- Soleus
- Grastrocnemius
- Rectus obdominis
- Latisimus dorsi
- External oblique
- Triceps brachii
LATIHAN PLYOMETRIK
Perkataan Plyometrik adalah berasal
daripadaperkataan Greek ‘Pleythein’ yang membawa maksud bertambah atau
meningkat atau akar Greek;Plio dan Metric’ yang membawa maksud banyak dan
terkira. Hari ini Plyometrik merujuk kepada ciri- ciri latihan tentang
pengucupan otot – otot yang kuat dalam bertindak kepada kelajuan, beban atau
meregangkan otot – otot yang terlibat. Latihan Plyometrik adalah satu system
latihan kuasa (dynamic power) yang digunakan untuk meningkatkan kuasa otot yang
terlibat pergerakan yang hampir sama dengan acara yang dilatih.
Tujuan Latihan Plyometrik
- Meningkatkan kuasa dinamik otot yang terlibat.
- Meningkatkan keupayaan anaerobik.
- Meningkatkan dayatahan kederasan otot dan dayatahan otot yang spesifik
- Meningkatakan kelajuan dan kekuatan otot.
Tatacara Perlaksanaan
- Lari setempat dengan lutut tinggi, tangan dihayun pantas.
- Lari setempat tumit menyentuh punggung.
- Lompat skip , tangan dihayun pantas.
- Lari langkah panjang (striding)
- Lompat berhalangan.
(i) Melantun dengan
dua belah kaki (lompat jauh)
- Prosedur : Melonjak kuat ke hadapan dan ke atas sambil menghayun lengan ke hadapan. Mendarat segera dan melonjak semula.
(ii) Melantun kaki
bergilir-gilir
- Prosedur : Tangan di belakang kepala, melonjak seberapa jauh dan tinggi yang boleh sebelum mendarat di atas sebelah kaki.
(iii) Lompatan pantas
kedua-dua belah kaki
- Prosedur : Melonjak dan menghayun ke atas seberapa tinggi dan lutut di bawa ke dada, mendarat kemudian melonjak semula.
(iv) Skip
- Prosedur : Cuba “terapung” dengan melonjak sebelah kaki kehadapan dan sebelah kaki ke belakang. Hayunan tangan kehadapan dan ke atas.
(v) Lompat kangkang
- Prosedur : Tapak tangan di belakang kepala. Melonjak seberapa tinggi yang boleh, mendarat dengan membengkokkan kaki ke hadapan dan melonjak semula.
(vi) Lompat naik dan
turun
- Prosedur : Melompat dengan dua belah kaki melepasi kotak yang diletakkan berjarak. Lompatan diteruskan, mendarat dan seterusnya sehingga selesai.
(vii) Double leg jump
- Prosedur : Melompat dua belah kaki ke atas kotak. Turun dari kotak, mendarat dua belah kaki dan naik ke kotak kedua, turun dan seterusnya. Buat 8 ulangan iaitu 3 set. Ketinggian kotak : 36 inci.
(viii) Horizontal swing.
- Prosedur : Memegang beban, membuat hayunan kekiri, kanan dan kebelakang. Buat 12 ulangan 3 set. Berat beban : 10 kg.
(ix) One leg zig-zag
- Prosedur : Melompat rintangan berbentuk zig-zag. Buat 8 ulangan/3 set. Ketinggian halangan ; 36 inci
Otot-otot Terlibat
- Trapizius
- Deltoid
- Triceps brachii
- Biceps brachii
- Brachioradialis
- Gluteus maximus
- Sartorius
- Rectus femoris
- Vastus medialis
- Soleus
- Grastrocnemius
LATIHAN LONG SLOW DISTANCE ( LSD )
Latihan LSD ini sesuai untuk mempertingkatkan system tenaga aerobic kerana ia
dapat merangsangkan pembukaan kapilari dan meningkatkan kandungan myoglobin
yang membawa oksigen ke otot – otot serta meningkatkan aktiviti enzim yang
terlibat dalam metabolisme asid lemak . (Asrand & Rodahl, 1977) kepada
mereka peubahan fisiologi ini memberi kesan ke atas sistem kardio respiratori
dan seterusnya dapat meningkatkan system tenaga aerobik . LSD ini juga sangat
sesuai dijalankan untuk atlit supaya ia tidak mendatangkan
kebosanan kepada mereka. Jarak ideal disyorkan ialah 10km hingga
15km. (Fox, Methews, 1981) atlit tidak dikehendaki berlumba – lumba untuk
mencapai kemenangan semasa larian ini, tetapi mereka dikehendaki menamatkan
larian dalam jarak yang telah ditetapkan.
Tujuan Latihan LSD
Tujuan Latihan LSD
- Membina system aerobic ataupun kenerkesanan system kardoi respiratori
- Membina dayatahan kardiovaskular dan dayatahan otot kaki
- Dapat menamatkan larian dalam jarak ditentukan tanpa mengira faktor kemenangan
- Dapat menikmati keindahan alam semula jadi.
Tatacara Perlaksanaan
Enam langkah perlaksanaan:
- Menentukan kadar nadi rehat
- Aktiviti memanaskan badan.
- Menentukan kadar nadi latihan (KNL).
- Fasa latihan.
- Pengekalan KNL.
- Aktiviti menyejukkan badan.
- Mentukan kadar nadi rehat - Menentukan kadar nadi setiap individu sebelum latihan (mengikut umur
- Aktiviti memanaskan badan - Sebelum melakukan latihan aktiviti daya tahan kardiovaskular, aktiviti memanaskan badan adalah amat penting. Contoh : cara memanaskan badan – berjalan pantas atau berlari setempat dan diikuti dengan aktiviti regangan dan kelonggaran. Aktiviti regangan boleh membantu mengelakkan kecederaaan pada otot melancarkan pengaliran darah dan meningkatkan suhu otot selain meningkatkan fleksibiliti dan menggerakkan sendi – sendi pada julat pergerakan yang optimum.
- Menentukan kadar nadi latihan ( KNL ) - Sebelum melaksanakan LSD. (a) Intensity latihan adalah berdasarkan kepada peratusan jumlah kadar nadi maksimum yang perlu dicapai semasa aktiviti fizikal. (b) Untuk menentukan intensity latihan kita boleh merujuk kepada zon latihan kardiovaskular atau peratusan intensity yang (c) Intensity latihan dapat menentukan sama ada aktiviti fizikal kita lakukan berintensiti terlalu tinggi atau rendah berdasarkan kepada objektif latihan.
- Menentukan kadar nadi latihan (KNL) :
- KNM- kadar nadi maksimum
Contoh penggiraan : umur 25
tahun
: KNM = 220 – 25
= 195 denyutan seminit
Merujuk kepada zon latihan
kardiovaskular : intensity sederhana adalah 70% - 80%
KNL ( minimum ) = 70/100 x 195
= 156 denyutan seminit
Intensity yang hendak di capai
dan dikekalkan semasa melakukan aktiviti fizikal adalah antara 136 hingga 156
denyutan seminit.
- Kaedah karvonen
Umur 28 tahun
KNR = 60 denyutan seminit
= 220 – 28
= 192 denyutan seminit
KNL ( minimum ) = KNR + % ( KNM
– KNR )
= 60 + 80% ( 192 – 60 )
= 60 + 70% ( 132 )
= 60 + 92.4
= 152.4 denyutan seminit
KNL ( maksimum
) = KNR + % ( KNM – KNR )
= 60 + 80% (192 – 60 )
= 60 + 80% (152 )
= 60 + 105.6
= 165.6 denyutan seminit
Intensity latihan yang perlu
dicapai dan dikekalkan semasa melakukan aktiviti fizikal adalah antara 152
hingga 165 denyutan seminit.
5. Fasa latihan
- Berlari secara perlahan ( slow jog)
- Lari sekeliling trek stadium sejauh 2km (5 pusingan
- Setelah berlari 1 pusingan , peserta yang berada di belakang sekali akan berlari ke hadapan dan diikuti secara bergilir – gilir sehingga seterus
- Apabila larian berjalan selama 3 pusingan, rehat dan ambil kadar denyutan nadi
- Sambung semula larian 2 pusingan lagi dan berhenti
- Mencatat kadar nadi untuk bacaan yang ketiga
- Melakukan aktiviti regangan
6. pengekalan
kadar nadi latihan
- Jangka masa larian yang disarankan ialah 50 minit atau lebih untuk mendapat kesan daripada latihan kecergasan kardiovaskular.
- KNL perlu dikekalkan dalam tempoh masa tersebut.
- Intensity latihan adalah rendah dan dikekalkan bagi jarak larian yang jauh.
7. Aktiviti
menyejukkan badan
- Latihan perlu diakhiri dengan melakukan aktiviti menyejukkan badan.
- Amalan melakukan aktiviti menyejukkan badan dapat menyingkirkan asid laktik yang terkumpul di dalam badan.
Otot-otot Terlibat
- Trapizius
- Deltoid
- Triceps brachii
- Biceps brachii
- Brachioradialis
- Gluteus maximus
- Sartorius
- Rectus femoris
- Vastus medialis
- Soleus
- Grastrocnemius
LATIHAN BEBANAN
Latihan bebanan telah diterima secara
universal sebagai satu kaedah latihan yang paling baik untuk meningkatkan
kekuatan dan dayatahan otot.intensiti ,bebanan serta ulangan latihan bebanan
berbeza mengikut tujuan latihan yang hendak dijalankan.mengikut Jesse bahawa:
Strength and muscular endurance are two
important componens of physical fitness and are needed in varying in all types
of work and play
Oleh itu kemahiran – kemahiran tertentu
adalah memerlukan otot – otot yang spesifik.
Untuk mendapatkan tahap kemahiran yang
tinggi , otot – otot ini perlu dilatih dengan kekuatan dan daya tahan.
Kesempurnaan kedua – dua komponen ini akan menjamin kejayaan dalam sukan yang
diceburi nanti.
Tujuan Latihan Bebanan
- Meningkatkan kekuatan otot.
- Meningkatkan dayatahan otot.
- Meningkatkan tahap kelembutan dan kepantasan.
- Meningkatkan kuasa eksplosif.
Otot-otot Terlibat
- Bench Press
- Leg Press
- Pull Down
- Leg Extension
- Sit Ups
- Running
- Leg Curls
- Step Ups
- Calf Raises
Tatacara Perlaksanaan
Terdapat 3 cara melaksanakan latihan
bebanan:
- Latihan Isometrik - Isometrik bermaksud tanpa perubahan kepanjangan, oleh itu latihan isometrik ialah suatu jenis latihan kekuatan yang dilakukan tanpa melibatkan pergerakan atau pertukaran kepanjangan otot-otot yang terlibat. Apa yang berlaku ialah pengecutan statik dan walaupun latihan ini boleh menambahkan kekuatan tetapi kualiti kekuatan yang ditambah adalah kurang memuaskan dan tidak mendatangkan banyak faedah.
- Latihan Isotonik - Latihan Isotonik bermaksud otot-otot yang terlibat akan dipendekkan semasa senaman dilakukan. Senaman ini adalah jauh lebih berfaedah daripada latihan isometrik. Alatan-alatan yang digunakan dalam latihan ini termasuk dumbell, barbell serta mesin Multi-Gym, Universal, weider dan Paramount.
- Latihan Isokinetik - aedah latihan ini adalah yang paling berkesan kerana ia mengabungkan faedah-faedah daripada kedua-dua latihan isometrik dan isotonik. Suatu bentuk pengucupan yang istimewa dalam pengucupan isotonik. Pengucupan ini mengawal kepantasan pencapaian atlit. Tujuan pencapaian ini adalahuntuk menghasilkan proses pengucupan yang maksimum semasa pergerakan sepenuhnya (full range of movement). Tahap dan daya yang maksimum yang boleh dihasilkan melalui proses pengucupan ini bergantung kepada jenis pergerakan yang dilakukan. Kepantasan juga akan mempengaruhi hasil daya. Dalam pergerakan isokenetik, kepantasan telah ditentukan atau dikawal. Walaupun seberapa daya cubaan dibuat kepantasan tetap terkawal. Kebanyakan proses pengucupan otot adalah berbentuk kuasa.
Otot-otot Terlibat
- Anterior deltoid
- Pectrolis major
- Triceps brachii
- Quadriceps
- Gluteus maximus
- Gastrocnemius
- Biceps brachii
- Brachioradialis
LATIHAN PARLOUF
Latihan parlouf adalah satu kaedah latihan
untuk mencapai kecergasan fizikal dan kemahiran dalam acara lari berganti-ganti
seperti 4x100 meter (relay) terutamanya persediaan pra musim. Ia merupakan satu
sistem latihan yang melibatkan 2 atau lebih individu yang kemudiannya
dibahagikan kepada dua kumpulan mengikut keperluan dalam melakukan latihan ini.
Semasa musim persediaan terutama acara lari berganti-ganti teknik atau
kemahiran pertukaran button perlu dikuasai oleh atlet.
Tujuan Latihan Parlouf
- Meningkatkan tahap ambang anaerobik.
- Meningkatkan kemahiran atlit.
- Meningkatkan ketangkasan dan kelajuan.
- Meningkatkan keupayaan anaerobik.
Tatacara Perlaksanaan
- Mencatat kadar nadi rehat.
- Aktiviti memanaskan badan.
- Peserta dibahagikan kepada 2 kumpulan mengikut keperluan.
- Latihan dijalankan sebanyak 3 set dan setiap set mengandungi 3 ulangan.
- Latihan mengikut jadual yang disediakan.
- Jarak setiap larian ialah 100 meter.
- Kadar nadi latihan ialah 70%
- Pencapain peserta akan direkodkan.
- Aktiviti penyejukan badan selepas latihan.
Otot-otot Terlibat
- Deltoid
- Biceps
- Brachioradialis
- Quadriceps
- Gluteus
- Hamstring
- Gastrocnemius
- Triceps
Tiada ulasan:
Catat Ulasan