Disclaimer

MatriXwoo2 does not give any warranty on accuracy, completeness, functionality, usefulness or other assurances as to the content appearing in this blog. MatriXwoo2 disclaims all responsibility for any losses, damage to property or personal injury suffered directly or indirectly from reliance on such information.

Isnin, 30 Mei 2016

Stail Jurulatih


Autokratik
Satu stail kejurulatihan yang bersifat “kuku besi”, kerana pada stail ini jurulatih mempunyai kuasa penuh terhadap sesuatu organisasi dan setiap keputusan yang hendak dibuat. Selain itu pada stail ini juga jurulatih merupakan ketua dan bukan pentadbir. Ini kerana beliau beranggapan beliau mempunyai pengalaman yang luas lebih mengetahui selok belok sesuatu acara sukan yang dilatihnya berbanding atlit. Oleh yang demikian atlit hanya perlu menurut segala perintah yang diarahkan disebabkan kurangnya penglaman dan pengetahuan. Secara tidak langsung akan memberikan efek kepada atlit sekaligus merencatkan perkembangan dan prestasi atlit tersebut. Stail kejurulatihan seperti ini tidak sesuai untuk digunakan keatas atlit professional tetapi sesuai iuntuk atlit amatur terutamanya bagi atlit yang berada dibangku sekolah rendah iaitu berumur dibawah 12 tahun.


Demokratik
Merupakan satu stail kejurulatihan yang bersifat terbuka keatas atlit-atlitnya. Selain itu, jurulatih yang berprifil seperti ini kebiasaanya memberi peluang kepada atlet-atletnya ataupun pihak luar untuk bersuara dan membentangkan pendapatnya untuk kebaikan mereka berdua. Jurulatih yang berprofil seperti ini kebiasaanya bersifat professional kerana mengambil kira pandangan suara pihak lain sebelum membuat sesuatu keputusan atau tindakan. Ini kerana jurulatih percaya keatas atlit yang muda bahawa mereka boleh melontarkan idea yang bernas dan sekaligus boleh berkembang atlit yang lebih bermotivasi dan matang apabila dewasa kelak jika mereka diberikan pendedahan dan peluang yang cukup dan berkeyakinan. Stail kejurulatihan seperti ini lebih sesuai digunakan keatas atlit-atlit professional dan kurang sesuai digunakan keatas atlit amatur.


Lassez faire
Merupakan satu stail kejurulatihan yang bersifat rendah yang membenarkan sesebuah organisasi atau aktiviti itu berjalan dengan sendirinya selain memberi organisasi itu sendiri yang membuat sesuatu keputusan berbanding jurulatih itu sendiri atau dengan kata lain jurulatih yang mengamalkan stail ini bersifat lepas tangan dan suka meletakkan sesuatu beban itu di bahu pihak lain. Jenis stail kejurulatihan ini tidak sesuai untuk digunakan sama ada keatas sesebuah organisasi ataupun keatas atlit-atlit terutamanya keatas atlit amatur kerana secara tidak langsung ianya akan memberi kesan keatas atlit itu sendiri dan membentuk satu tingkah laku yang tidak elok.


Behaviouristik
Pada stail ini jurulatih lebih banyak melakukan sesuatu tanpa mengikut undang-undang yang telah ditetapkan “mengikut hati” dan lebih percaya perkara yang hendak dilakukan itu lebih kepada kerja-kerja sukarela. Selain itu, beliau juga kurang kompeten dalam memberi panduan dan arahan keatas atlit iaitu beliau lebih mengharapkan bantuan daripada orang lain untuk membuat tindakan seperti pembantunya, pihak atasan atau pihak lain dan akibat daripadanya banyak kerja-kerja yang tertangguh dan tidak berjalan seperti yang diaturkan. Ini kerana pengetahuan beliau mengenai kejurulatihan tidak tepat banyak.

Tiada ulasan:

Featured post

Metos Makan Waktu Malam

  Makan malam buat anda gemuk? Tiada bukti secara saintifik  membuktikan kerap makan di waktu malam akan mengakibatkan seseorang itu mengala...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...