Disclaimer

MatriXwoo2 does not give any warranty on accuracy, completeness, functionality, usefulness or other assurances as to the content appearing in this blog. MatriXwoo2 disclaims all responsibility for any losses, damage to property or personal injury suffered directly or indirectly from reliance on such information.

Isnin, 2 Mei 2016

Komposisi Badan

Komposisi badan merujuk kepada peratusan lemak badan berbanding dengan isi kandungan otot, tulang dan  tisu badan yang lain. Lebihan  peratusan lemak dalam badan akan menimbulkan masalah kegemukan (obesiti). 

Terdapat beberapa sebab kegemukan terdiri daripada sebab biologi, emosi, persekitaran, malas melakukan aktiviti fizikal dan lain-lain.

• Komposisi badan merujuk pada peratusan lemak badan.
• Komposisi badan boleh dikenal pasti dengan menggunakan Indeks Jisim
  Tubuh (IJT)  atau Body Mass Index (BMI)
  
                               Cara Menggukur BMI secara manual

                                   BMI = Berat badan (kg)
                                              ( Tinggi (m) )²

Peratusan Lemak


Body Mass Index 

Aktiviti:
Melakukan teknik pengukuran kaliper lipatan kulit dan merekodkannya.

Lipatan Kulit - Ujian ini memerlukan pengukuran ketebalan lipatan kulit di beberapa tempat pada badan. Jumlah bacaan lipatan kulit ini membolehkan jangkaan jumlah kandungan lemak dalam badan dibuat.


Peralatan : Kaliper

Prosedur :
  1. Guna ibu jari dan jari telunjuk untuk menarik/mencubit kulit pada tempat yang hendak diuji. Jarak antara jari-jari tersebut ialah lebih kurang 2.5cm.
  2. Buka rahang kaliper dan lepaskan rahang tersebut pada kulit yang telah dicubit lebih kurang 1.25cm di bawah ibu jari dan jari telunjuk.
  3. Biar kaliper itu menutup rahangnya selama 2-3 saat sebelum mengambil bacaan. Skala pada angkup ialah dalam milimeter.
  4. Ambil tiga kali bacaan pada setiap tempat dan ambil bacaan median. Contoh: Bacaan 8mm, 9mm, 10mm;bacaan 9mm diambil.
  5. Tempat mengambil bacaan ialah bahagian kanan badan atau bahagian badan yang dominan. Lokasi Mengambil Bacaan di Bahagian Badan yang Dominan. 




Penyakit Disebabkan oleh Lemak berlebihan
  1. Kencing Manis/Diabetes – Diabetes yang merupakan satu gangguan di mana pankreas tidak menghasilkan cukup atau kadang-kadang tidak mana-mana insulin. Diabetes boleh membawa kepada pelbagai isu-isu perubatan lain dan obesiti merupakan salah satu punca utama disebabkan oleh badan yang mempunyai glukosa berlebihan akibat makan berlebihan.
  2. Obesiti - OBESITI merupakan pengumpulan lemak berlebihan yang menimbun di dalam badan seseorang. Obesiti kini dianggap sebagai satu penyakit dan terjadi apabila tisu-tisu lemak menjadi keterlaluan. Lebih teruk lagi, obesiti boleh mengganggu dan mencederakan organ-organ badan dan seterusnya akan menyebabkan masalah kesihatan yang serius. Selain daripada mengehadkan kegiatan fizikal dan sosial, jangka hayat penghidapnya juga semakin pendek
  3. Kanser - Kanser mempunyai berbagai bentuk dan jenis dan kebanyakan mereka boleh dicegah dengan perhatian yang lebih kepada pemakanan yang sihat dan mengelakkan obesiti
  4. Kegagalan jantung akibat tersumbat ( jantung koronari ) –  Kegagalan Jantung yang kongestif adalah suatu keadaan di mana jantung tidak boleh mengepam darah yang mencukupi kepada organ-organ lain badan. 

Tiada ulasan:

Featured post

Metos Makan Waktu Malam

  Makan malam buat anda gemuk? Tiada bukti secara saintifik  membuktikan kerap makan di waktu malam akan mengakibatkan seseorang itu mengala...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...