Disclaimer

MatriXwoo2 does not give any warranty on accuracy, completeness, functionality, usefulness or other assurances as to the content appearing in this blog. MatriXwoo2 disclaims all responsibility for any losses, damage to property or personal injury suffered directly or indirectly from reliance on such information.

Isnin, 2 Mei 2016

Faedah Latihan Bebanan


  • Dapat melakukan kerja kerja berat dengan mudah – mengangkat/ mengalihkan pasu bunga atau mengangkat baldi yang berisi air dengan mudah tanpa merasa letih dan sakit otot.
  • Mengelakkan kecederaan otot - bila mana otot kaki menjadi kuat, keberkalian untuk jatuh adalah tipis begitu juga jika otot bahagian atas badan kuat, anda akan mempunyai postur yang baik dan boleh mengelakkan daripada sakit pinggang dan menghindarkan sakit arthritis
  • Membina kepadatan tulang - Masalah utama bila usia semakin meningkat ialah tulang akan menjadi rapuh. Dengan melakukan latihan bebanan menggunakan dumbell, tulang akan menjadi lebih padat. Ini akan mengurangkan risiko penyakit osteoporosis.
  • Badan menjadi tegap dan sasa - Ini tidak akan berlaku kepada kaum wanita kerana kaum wanita hanya mempunyai sedikit sahaja hormon testosterone iaitu hormon lelaki. Akan tetapi bagi kaum wanita yang mempunyai bentuk badan mesomorphs, anda harus berhati hati kerana bentuk badan begini mudah membina otot menjadi kelihatan sasa.

Kesan Fisiologi
  1. peningkatan kuantiti mioglobindalam tisu otot rangka.
  2. peningkatan saiz dan kuantiti mitokondria
  3. peningkatan jumlah oksigen di dalam otot.

Aspek Keselamatan
  • memanaskan dan meregangkan badan dahulu sebelummelakukan latihan
  • mulakan latihan dengan menggunakan dumbell yang sederhana berat
  • gunakan dumbell dengan pergerakan terkawal (controlled movement) tanpa menghayunkan dumbell
  • hembus nafas melalui mulut bila mengangkat dumbell dan tarik nafas melalui hidung semasa menurunkan dumbell
  • mulakan latihan dengan kumpulan otot otot besar
  • jangan melakukan latihan dengan keadaan memaksa dan pastikan otot otot tidak digunakan lebih daripada tahap yang dibenarkan. (overloading/working )

Cadangan Aktiviti Menggunaklan Peralatan Paling Asas
  • Bench Press




Half Squat



Tricep Extension


Tiada ulasan:

Featured post

Metos Makan Waktu Malam

  Makan malam buat anda gemuk? Tiada bukti secara saintifik  membuktikan kerap makan di waktu malam akan mengakibatkan seseorang itu mengala...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...