Simptom-simptom masalah jantung yang biasa
- Lidah atau gusi menjadi bengkak atau sakit – berkemungkinan jantung kita ada masalah seperti.
- lemak berlebihan, injap jantung lemah atau saluran koronari tersumbat.
- Terasa kebas tangan kiri dan juga lengan – Jika sakitnya berpanjangan pada lengan tangan kiri ada kemungkinan anda akan diserang sakit jantung dalam masa terdekat. (Bagi perempuan sakit terasa pada kedua-dua belah tangan)
- Lidah terasa tegang dan pendek.
- Rasa seronok teruja atau rasa bimbang tiba-tiba tanpa sebab.
- Rasa sakit pada dada (Ulu hati sedikit ke sebelah kiri) – biasanya terasa seperti dada sedang dihempap oleh benda berat.
- Daripada sakit dada rasa sakit mula merebak pada tangan, lengan, tengkok, belakang, abdomen dan rahang
- Rasa tidak selesa pada dada seperti dipam angin penuh atau rasa pedih.
- Batuk tiba-tiba dan berpanjangan atau terasa ada kahak dan sentiasa mahu berdehem.
- Rasa kepala berpusing tidak seimbang.
- Rasa keletihan sepanjang masa.
- Rasa meloya dan tidak ada selera makan.
- Degupan jantung tidak menentu.
- Nafas terasa pendek.
- Berpeluh dengan tiba-tiba walaupun sedang duduk rehat atas kerusi.
- Membengkak pada bahagian seperti sendi-sendi di kaki atau abdomen.
- Saat-saat paling hampir pada serangan jantung biasanya membawa kepada keletihan atau tidak maya yang teruk.
Penerangan lanjut
- Rahang tidak selesa - Antara tanda tanda sakit jantung yang sangat jelas adalah ketidakselesaan atau sakit di bahagian rahang anda. Anda mungkin boleh rasa ketegangan di dalam dan di sekitar bahagian bawah rahang pada salah satu atau kedua-dua belah bahagian. Ketidakselesaan ini boleh merebak dari dada ke rahang anda.
- Leher rasa terbakar - Mereka yang pernah alami sakit jantung menggambarkan ketidakselesaan di bahagian leher seperti tercekik atau perasaan terbakar di dalam leher. Ketidakselesaan ini boleh merebak dari dada atau bahu ke leher anda.
- Sakit di bahu - Antara tanda tanda sakit jantung yang seterusnya adalah ketidakselesaan atau sakit di dalam atau di sekeliling salah satu atau kedua-dua belah bahu anda. Ia digambarkan seperti sakit biasa, berasa berat atau tekanan yang merebak dari dada ke bahu.
- Rasa berat di bahagian dada - Seterusnya, tanda tanda sakit jantung yang lain ialah apabila terasa sedikit berat, tegang atau tekanan di bahagian tengah dada. Sakit yang dirasa begitu teruk sehingga anda boleh merasa tidak sihat. Walaubagaimanapun, sakit dada seperti perasaan tajam dan dicucuk-cucuk kebiasaannya bukanlah antara tanda tanda sakit jantung.
- Sakit belakang - Sakit belakang juga merupakan di antara tanda-tanda bagi mereka yang megalami sakit jantung. Biasanya sakit itu dirasai di antara kedua-dua tulang belikat anda dan boleh merebak dari dada ke bahagian belakang anda.
- Tidak selesa pada lengan - Ketidakselesaan atau sakit di salah satu atau kedua-dua belah lengan juga merupakan tanda-tanda sakit jantung. Ketidakselesaan ini boleh merebak dari dada ke lengan anda.
- Rasa Letih - Merasa letih yang amat sangat juga dialami oleh sesetengah orang yang berdepan dengan risiko sakit jantung. Mereka memberitahu yang mereka sukar untuk melakukan aktiviti yang senang, seperti berjalan ke bilik air atau mengambil segelas cawan untuk minum. Elakkan aktiviti bersukan yang berat. Jangan tidak tahu, ada yang meninggal dunia kerana main futsal buat pertama kali. Jangan sesekali abaikan tanda tanda sakit jantung seperti ini.
- Rasa Loya - Selain itu, anda juga mungkin mengalami loya atau tidak sihat untuk tempoh yang lama. Anda juga mungkin berasa pening di samping tanda-tanda sakit jantung yang lain. Peluh yang sejuk atau peluh jantan juga mungking dapat dirasai. Akhir sekali, anda mungkin berasa seperti semput atau alami kesukaran bernafas. Ia boleh digambarkan dengan seseorang yang perlu menarik nafas yang panjang disebabkan dada terasa seperti ketat atau sempit.
- Sakit dada semasa melakukan aktiviti kecergasan seperti apabila berjalan laju, naik atau turun tangga, bermain bola, berjoging atau sebagainya.
- Badan merasa cepat penat, sentiasa termengah-mengah, lelah atau batuk berlebihan. Kebolehan melakukan aktiviti yang biasa dilakukan berkurangan daripada biasa.
- Terasa letih, lesu, pening dan mudah pitam. Anda boleh merasakan denyutan jantung anda bergerak laju (palpitasi) dan cepat berpeluh.
Sangat penting dan perlu ambil perhatian!
Bila sudah ada tanda tanda sakit
jantung, jumpa doktor dengan segera apabila :
- Anda berumur >40 tahun dan mempunyai lebih dari satu risiko penyakit jantung.
- Latar belakang keluarga yang mempunyai penyakit jantung pada usia yang muda.
- Sakit yang kuat.
- Sakit dada apabila melakukan aktiviti.
- Sakit yang diiringi rasa lemah, mual, mengah, berpeluh, pening atau pitam.
- Rasa sakit menular ke bahu, lengan, rahang atau belakang badan.
- Rasa sakit yang lebih teruk dari sebelumnya.
- Sakit yang berterusan selama lebih dari 15-20 minit.
- Sakit yang berubah sifat. Contoh: sakit yang semakin kerap.
Bagaimana menangani serangan sakit jantung mengejut bila anda
berseorangan?
Jantung berdegup tak menentu dan mula rasa
hendak pitam. Kita hanya mempunyai masa 10 saat sahaja sebelum pengsan. Walau bagaimanapun mangsa boleh membantu diri sendiri dengan:
- Batuk berulang kali secara kuat dan berterusan. Tarik nafas dalam-dalam sebelum batuk dan batuk mesti lah dalam dan berpanjangan seperti semasa anda ingin membuang kahak yang jauh di dalam paru-paru.
- Menarik nafas dan batuk ini mesti diulang lebih kurang setiap 2 saat tanpa henti sehingga bantuan datang atau sehingga jantung berdegup normal semula.
- Tarikan nafas yg dalam membawa oksigen ke dalam paru-paru & mekanisma batuk mengepam jantung dan memastikan darah terus beredar.
- Tekanan ke atas jantung akibat gerakan batuk ini juga membantu jantung berdegup dengan ritma yang normal semula. Mangsa serangan jantung sempat dan berupaya ke hospital sendirian.
Ambil perhatian serius!
Jika anda alami salah satu atau
beberapa tanda tanda sakit jantung di atas lebih daripada 10 minit
sehingga 25 minit, segera berjumpa dengan doktor atau terus hubungi ambulans
untuk membawa anda ke hospital.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan