Disclaimer

MatriXwoo2 does not give any warranty on accuracy, completeness, functionality, usefulness or other assurances as to the content appearing in this blog. MatriXwoo2 disclaims all responsibility for any losses, damage to property or personal injury suffered directly or indirectly from reliance on such information.

Khamis, 19 Mei 2016

Sawan Demam bukan Epilepsi



Sawan (seizure/fit/ convulsion) ialah fenomena akibat perubahan pada gelombang otak yang berlaku secara tiba-tiba.

Sawan demam merujuk kepada sawan di kalangan kanak-kanak yang berumur dari 6 bulan hingga 6 tahun yang demam akibat berlaku jangkitan atau radang selain jangkitan otak dan saraf.

Ia berlaku kepada kanak-kanak yang demam dengan suhu badan mencecah 38˚C/100.4˚F.

Lumrahnya sawan demam tidak menyebabkan kerosakan otak mahupun menggugat tahap intelektual kanak-kanak. Kanak-kanak yang mengalami sawan demam tidak diberi diagnosis epilepsi.

Sawan demam berlaku apabila kanak-kanak demam yang secara amnya akibat jangkitan virus atau bakteria selain radang pada otak dan saraf di mana sawan merupakan salah satu petanda klinikal.

Terdapat dua jenis sawan demam iaitu ringkas/simple atau kompleks. Sawan demam yang berlaku ringkas merupakan majoriti kes yang berlaku pada kanak-kanak melibatkan seluruh anggota badan. Ia juga berlaku sekali dalam episod demam dan tidak berulang.

Sawan kompleks pula jarang-jarang berlaku. Apabila berlaku ia mengambil tempoh lebih 15 minit yang adakalanya hanya satu anggota badan kaki atau tangan yang terlibat. 

Sawan ini berlaku lebih dari sekali dalam episod demam dan juga boleh berulang kali.

Kepekaan kepada perubahan suhu badan kanak-kanak supaya ubat demam dapat diberi mengikut dos dan tempoh masa yang sesuai.

Pada kebanyakan masa, sawan banyak berlaku serentak dengan demam. Langkah yang perlu diamalkan:
  1. Pemegang badan mereka secara kuat atau memasukkan sebarang objek dalam mulut.
  2. Letak kanak-kanak dalam posisi mengiring untuk mengelak dari tersedak semasa hilang kesedaran sewaktu sawan.
  3. Dapatkan rawatan doktor walaupun sawan tersebut berhenti secara sendiri.
  4. Sekiranya sawan berlarutan melebihi 5 minit, hubungi pihak ambulan atau pergi ke unit kecemasan terdekat untuk bantuan serta merta. Doktor akan mengenal pasti punca jangkitan yang mengakibatkan demam.
  5. Pemberian ubatan seperti paracetamol dan antibiotik sekiranya petanda klinikal mencadangkan jangkitan bakteria.
  6. Sekiranya sawan berlarutan atau berulang-kali, ubatan spesifik perlu diberikan untuk memberhentikan sawan. Ubatan biasanya diberikan secara suppository atau melalui dubur pesakit melainkan terdapat akses salur darah.
Bagi kanak-kanak bawah setahun, doktor mungkin mengesyaki jangkitan pada selaput otak bergantung kepada petanda klinikal dan ujian air tulang belakang disarankan kepada ibu bapa.

Bagaimanapun, sawan demam mungkin berulang dalam tempoh hayat kanak-kanak di bawah enam tahun.

Lebih kurang 30% kanak-kanak yang mengalami sawan demam akan mengalami sawan demam berulang-kali tetapi tidak semestinya pada setiap episod demam.

Bagi kanak-kanak berumur ≤ 18 bulan sawan berlaku pada suhu ≤ 40˚C semasa sawan julung kali.

Sawan berlaku dalam tempoh sejam demam atau sejarah sawan demam dalam kalangan ahli keluarga.
Namun, kanak-kanak dengan sawan demam mempunyai tindak balas yang bagus dan tidak mengalami kesan negatif terhadap perkembangan minda mereka.

Risiko kanak-kanak mengalami epilepsi selepas satu episod sawan demam ringkas adalah hampir menyerupai risiko populasi umum.

Kebiasaannya mereka yang akhirnya menghidap masalah epilepsi datang dari golongan yang sediakala mengalami masalah perkembangan otak dan saraf, sawan demam kompleks dan sejarah keluarga epilepsi.



Tiada ulasan:

Featured post

Metos Makan Waktu Malam

  Makan malam buat anda gemuk? Tiada bukti secara saintifik  membuktikan kerap makan di waktu malam akan mengakibatkan seseorang itu mengala...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...