Disclaimer

MatriXwoo2 does not give any warranty on accuracy, completeness, functionality, usefulness or other assurances as to the content appearing in this blog. MatriXwoo2 disclaims all responsibility for any losses, damage to property or personal injury suffered directly or indirectly from reliance on such information.

Isnin, 9 Mei 2016

Kanser Hati / Hepatoma


Berikut adalah golongan pesakit yang berisiko untuk mengidap hepatoma :
  1. Pengidap hepatitis B kronik
  2. Sirosis hati daripada apa-apa punca. 

Sesiapa yang mengalami simptom-simptom  dinasihatkan untuk menjalani ujian saringan dengan ujian ultrasound  dan ujian darah alpha feto protein. Pemeriksaan radiologi lanjutan seperti CT skan atau MRI diperlukan untuk mengesahkan diagnosa hepatoma dan rawatan yang berpatutan. Secara amnya, kemunculan simptom menandakan penyakit mungkin sudah berperingkat lewat.


Simptom
  1. Sakit di bahagian abdomen terutama bahagian rusuk kanan.
  2. Keletihan, hilang berat badan dan demam yang kerap.
  3. Pengesanan pembengkakan hati di bahagian abdomen.
  4. Jaundice (kuning di bahagian mata dan kulit).
  5. Sakit tulang akibat dari penyebaran kanser ke tulang.
  6. Ascites (pengumpulan cecair akibat sirosis di bahagian abdomen).
  7. Pendarahan daripada hepatoma mengakibatkan pendarahan pada cecair ascites


Komplikasi

  1. Muntah darah disebabkan oleh pendarahan varices di saluran makan – oesophagus (berpunca dari sirosis atau penyebaran hepatoma kedalam saluran darah)
  2. Sakit perut daripada pendarahan dalaman hepatoma
  3. Sakit pada bahagian abdomen akibat dari pembesaran hepatoma dan menyebabkan tekanan kepada struktur atau organ berdekatan
  4. Jaundice (kekuningan pada mata/kulit akibat daipada tahap bilirubin yang tinggi)
  5. Hepatic encephalopathy atau koma akibat kegagalan fungsi hati.


Rawatan

Rawatan bagi hepatoma terbahagi pada beberapa peringkat. Pengesanan awal hepatoma adalah sangat penting kerana rawatan yang akan ditawarkan juga boleh menyembuhkan pesakit tersebut. Andaikata pesakit di kesan pada peringkat akhir, rawatan yang ada akan menjurus kepada rawatan palliatif sahaja. 

Berikut adalah modaliti rawatan hepatoma (bergantung kepada peringkat hepatoma) :
  1. Pembedahan hepatektomi atau pembedahan sebahagian hati yang diserang sel kanser. Cara ini mempunyai kadar sembuh yang tinggi bagi pesakit hepatoma, bergantung pada peringkat hepatoma dan juga keadaan keseluruhan pesakit serta kepakaran yang ada.
  2. Pemindahan hati perlu dipertimbangkan sekiranya terdapat hanya satu kancer hati yang berukuran kurang dari 5cm atau kurang dan sama dengan 3c yang tidak boleh dibedah.
  3. Radiofrequency ablation – penggunaan haba secara radio-frekuensi terus kepada sel kanser di hati yang di jalankan oleh pakar radiologi.
  4. Suntikan ethanol secara terus kepada sel-sel kanser yang di jalankan oleh pakar radiologi.
  5. Kemotherapi – ubatan kemotherapi di suntik terus kepada sel tumour melalui salur darah pesakit oleh pakar radiologi atau dikenali juga dengan istilah TACE (Transarterial chemoembolisation)


Pencegahan

Pesakit yang mengidap hepatoma pada keseluruhannya adalah mereka yang telah pun di kesan mempunyai hepatitis B kronik atau sirosis pada hati. Atas sebab itu kesemua pesakit yang berisiko tinggi seperti pesakit hepatitis B kronik pesakit yang mempunyai sirosis dari punca alkohol atau sebab-sebab lain hendaklah mendapat rawatan susulan dan ujian saringan di klinik pakar. Ahli keluarga pesakit yang di kesan mengidap hepatoma dan pengidap hepatitis B atau C kronik, memerlukan saringan untuk penyakit hepatitis B/C.


Rehabilitasi
Pada amnya, pesakit yang telah menjalani pembedahan hepatektomi atau prosedur di atas akan menjalani program susulan khusus yang akan dinasihatkan oleh doktor yang merawat. Proses pemulihan akan bergantung kepada prosedur yang dijalankan dan keadaan kesihatan pesakit. Pesakit yang telah menjalani pembedahan sepatutnya boleh menjalani rutin harian seperti biasa selepas di akui sihat oleh pakar bedah. Kesemua pesakit ini akan menjalani ujian saringan darah dan skan abdomen secara berkala bagi mengesan penumbuhan balik hepatoma sekiranya ia berlaku kembali.


Rujukan
Data from Malaysian Liver Foundation ( www.liver.org.my )
Data from Malaysian society of gastroenterology and hepatology ( www.msgh.org.my )
Mohamed R, et al. J Gastroenterol Hepatol 2004 : 19 : 958-969
Data from electronic publication ( www.uptodate.com )
Management of hepatocellular carcinoma : an update . Hepatology July 2010
Data from National Cancer Registry , Malaysia ( December 2004 )
EASL-EORTC Clinical Practice Guidelines: Management of hepatocellular carcinoma : Journal of Hepatology 2012


Tiada ulasan:

Featured post

Metos Makan Waktu Malam

  Makan malam buat anda gemuk? Tiada bukti secara saintifik  membuktikan kerap makan di waktu malam akan mengakibatkan seseorang itu mengala...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...